Keputusan Dnaa Kes Zahid Dr Mahathir Kata Pendedahan Sebelum Ini Terbukti Benar


agendaily.com05/10/2023
Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan Zahid Hamidi memintanya campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya.
Keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi membuktikan dakwaannya sebelum ini adalah benar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir membangkitkan pendedahan sebelum ini yang mendakwa Zahid memintanya untuk campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya dan keputusan DNAA dibuat Peguam Negara menjawab segala persoalan tersebut.

Untuk rekod, Dr Mahathir juga disaman Zahid selepas membuat pendedahan tersebut dan perbicaraan dijangka bermula pada 6 November ini.

Berikut kenyataan penuh Dr Mahathir berhubung DNAA kes rasuah Zahid:

1. Semasa perbicaraan Zahid Hamidi dia mendakwa bahawa saya menggugut dia akan didakwa atas jenayahnya melainkan dia membubarkan UMNO.

2. Saya tidak mengulas kerana saya fikir saya tidak patut mengulas mengenai perbicaraan itu melainkan saya dipanggil untuk menjadi saksi.

3. Tetapi saya tidak dipanggil. Sebaliknya AG (Peguam Negara) memutuskan untuk menawarkan DNAA kepadanya yang bermakna mahkamah tidak dibenarkan memutuskan dakwaannya. Tetapi sebenarnya dakwaan itu tidak sepenuhnya benar.

4. Zahid datang berjumpa saya selepas UMNO (Barisan Nasional) kalah dalam Pilihan Raya Ke-14. Ketika itu beberapa ahli UMNO termasuk Hamzah Zainudin telah meletak jawatan dalam parti dan telah menyertai Bersatu. Saya menjangkakan Zahid akan melakukan perkara yang sama. Tetapi dia kelihatan bertekad untuk menghidupkan semula UMNO.

5. Saya memberitahunya bahawa UMNO tidak boleh dihidupkan semula. Saya nasihatkan dia bubarkan UMNO.

6. Setakat itu dakwaan Zahid betul. Tetapi saya tidak menggugut untuk mendakwanya kerana menyeleweng dana Yayasan Akal Budi (YAB).

7. Saya tidak melakukannya semata-mata kerana saya tidak tahu banyak tentang kejahatannya. Itu adalah sesuatu yang AG (Tommy Thomas) akan teliti.

8. Zahid datang berjumpa saya semula. Dia membawa fail tebal. Dia mendakwa bahawa dia tidak bersalah dan fail akan membuktikannya.

9. Saya cuma suruh dia tunjukkan fail kepada hakim. Saya memberitahunya saya tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa untuknya.

10. Dia menarik balik fail. Saya percaya AG lebih suka pertuduhan terhadapnya dan dia terpaksa menjawab di mahkamah.

11. Peguam Negara berhak untuk mendakwa sesiapa sahaja jika dia yakin bahawa terdapat kes. Pendapat PM tidak diperlukan.

12. Saya harap saya dipanggil sebagai saksi untuk mengesahkan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Zahid itu benar atau tidak. Tetapi saya tidak dipanggil. Namun saya perlu menjelaskan bahawa saya tidak pernah menggugut Zahid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/keputusan-dnaa-kes-zahid-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Kes Rasuah Zahid Badan Kehakiman Cipta Rekod Dunia Dr Mahathir

Hentikan Kes Rasuah Zahid Badan Kehakiman Cipta Rekod Dunia Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 424 hits
agendaily com26 09 2023Dr Mahathir membidas tindakan kerajaan campuran Anwar yang membebaskan anak muridnya Zahid Hamidi Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan kerajaan campuran menerusi Peguam Negara yang baharu dalam menghentikan kes...
World Record Mahathir Says On Zahid Discharge Despite Prima Facie Case

World Record Mahathir Says On Zahid Discharge Despite Prima Facie Case

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 456 hits
Dr Mahathir Mohamad today continued his censure of the move to free Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi from a string of corruption charges despite the proving of a prima facie case against him hailing it as a world record for the Mala...
Pelajari 6 Struktur Cerpen Yang Benar Sebelum Membuat Cerita

Pelajari 6 Struktur Cerpen Yang Benar Sebelum Membuat Cerita

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 171 hits
Struktur cerpen adalah elemen penting yang harus penulis penuhi sebelum mulai mengarang sebuah cerita Apa saja isinya Yuk simak informasi selengkapnya
Sprm Siasat Kes Rasuah Cetak Buku Sejak Sebulan Lalu Kata Azam Baki

Sprm Siasat Kes Rasuah Cetak Buku Sejak Sebulan Lalu Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 327 hits
SPRM siasat kes rasuah cetak buku sejak sebulan lalu kata Azam Baki Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 202
Azam Sprm Tunggu Keputusan Agc Kes Sanusi Pegawai Ksm

Azam Sprm Tunggu Keputusan Agc Kes Sanusi Pegawai Ksm

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 451 hits
SPRM telah menghantar kertas siasatan bagi dua kes iaitu melibatkan pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ...
Kita Ada Maklumat Dalaman Zahid Kata Ada Adun Pn Akan Bersama Bn

Kita Ada Maklumat Dalaman Zahid Kata Ada Adun Pn Akan Bersama Bn

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 344 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata BN mempunyai maklumat dalaman Adun PN akan bersama gabungan itu PUTRAJAYA Presiden Umno Zahid Hamidi mendakwa beberapa Adun Perikatan Nasional Pahang akan keluar gabungan itu untuk menyokong Barisan Nasion...
Sendiri Ada Kes Dnaa

Sendiri Ada Kes Dnaa

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 273 hits
Chewah Nampak macam baik Tapi sebenarnya dia baru tersedar Nak main isu DNAA macamana kalau dia sendiri pun ada kes yang DNAA Guane boh Raja Gelap II
Baiki Umno Sebelum Kukuhkan Hubungan Dengan Ph Kata Wan Agyl

Baiki Umno Sebelum Kukuhkan Hubungan Dengan Ph Kata Wan Agyl

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 172 hits
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan berkata hubungan antara Umno dan PH akan lebih kukuh jika Umno sendiri kuat Seorang pemimpin Pemuda mahu kepimpinan Umno fokus pada usaha memperkukuh parti sebelum menambah baik hubungannya de...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji

Rafizi Musuh Politik Dalam Pkr Label Saya Kuat Merajuk