Kepulangan Isa Samad Kepada Umno Kelebihan Buat Kerajaan



Pendengaran rayuan bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, dijadual semula pada 26 Jun ini di Mahkamah Rayuan.
Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd Isa ketika dihubungi berkata Timbalan Pendaftar Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes secara dalam talian 7 Mac lalu, selepas pihaknya memohon penangguhan pendengaran rayuan itu yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.
Tapi.. boleh pulak seorang Penganalisa kata Kepulangan Isa kepada Umno kelebihan buat kerajaan perpaduan..
Kelebihan apanya?
Laporan berkaitan..
PETALING JAYA: Kepulangan bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad kepada Umno akan meningkatkan peluang gabungan perpaduan pada PRN akan datang, kata penganalisis.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata Isa, yang pernah menjadi menteri besar selama 22 tahun, masih berpengaruh, terutamanya di Negeri Sembilan.
“Dengan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), dan melihat Perikatan Nasional (PN) berhempas pulas untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang, saya boleh katakan (kepulangan Isa) akan membawa manfaat kepada Umno, BN dan, dari satu segi, kerajaan perpaduan serta PH.
“Saya tak rasa Isa akan adi calon pada PRN akan datang, tetapi beliau akan memainkan peranan penting dalam berkempen untuk kerajaan perpaduan dan BN, disebabkan pengaruhnya di Negeri Sembilan,” kata Azmi kepada FMT.
Azmi berkata, Isa akan menyertai Umno semula sebagai ahli biasa justeru tidak akan menjejaskan hierarki parti sedia ada, khususnya pada peringkat negeri.
Pada 27 Mei, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan Isa telah diterima semula ke dalam parti. Bekas Ahli Parlimen Jempol itu memohon untuk menyertai Umno semula pada Julai tahun lepas.
Isa, 74, meninggalkan Umno pada Oktober 2018 untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson sebagai calon bebas kerana parti itu tidak meletakkan calon.
Dalam pertembungan banyak penjuru di Port Dickson, Anwar Ibrahim menang dengan 31,016 undi, manakala pesaing terdekatnya, Nazari Mokhtar daripada PAS, memperoleh 7,456 undi. Isa memperoleh 4,230 undi.
Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, kepulangan Isa kepada Umno akan membantu parti itu mengukuhkan sokongan akar umbi.
“Saya tak rasa beliau akan bertanding (pada PRN), tetapi dijangka berkempen untuk Umno bagi menarik pengundi, terutamanya yang lebih berusia, yang sebaya dengannya,” katanya.
Katanya, tumpuan Umno kini adalah untuk meletakkan muka baharu sebagai calon. pilihan raya - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/kepulangan-isa-samad-kepada-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 208 hits
agendaily com04 06 2023Datuk Seri Ahmad Maslan gesa perwakilan PAU menumpukan kepada persediaan menghadapi PRN enam negeri nanti Selaku parti utama dalam kerajaan campuran UMNO perlu membantu parti parti lain dalam gabungan itu bagi memenan...
Umno Semakin Mengecil Tak Lagi Jadi Parti Tunjang Dalam Kerajaan

Umno Semakin Mengecil Tak Lagi Jadi Parti Tunjang Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 301 hits
ismaweb net 24 05 2023DAP sama sekali tidak pernah tinggalkan agenda Malaysian MalaysiaBANGI 4 Zulkaedah 1444H Rabu Sekiranya gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional diteruskan bersama dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke 16...
Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 250 hits
agendaily com19 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli UMNO agar melihat calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri sebagai waki...
Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 201 hits
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu sebagai janggal Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata penjelasan kepada a...
Isa Reunites With Umno Expresses Optimism On Dap Collaboration

Isa Reunites With Umno Expresses Optimism On Dap Collaboration

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 266 hits
Veteran politician Isa Abd Samad is optimistic that Umno s grassroots can forge a working relationship with their long time former rival DAP to ensure political stability The former Umno vice president who recently rejoined the BN component...
Isa S Return To Umno A Boon For Unity Govt Says Analyst

Isa S Return To Umno A Boon For Unity Govt Says Analyst

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 217 hits
Isa Samad quit Umno in 2018 to contest in the Port Dickson by election as an independent candidate PETALING JAYA Former Negeri Sembilan menteri besar Isa Samad s return to Umno will boost the unity coalition s chances in the upcoming state ...
Mak Mertua Nak Menantu Kerja Kerajaan Tapi Sekarang Kerja Di Syarikat Swasta Ini Hakikat Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Mak Mertua Nak Menantu Kerja Kerajaan Tapi Sekarang Kerja Di Syarikat Swasta Ini Hakikat Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 183 hits
Mak mertua nak menantu kerja kerajaan tapi sekarang kerja di syarikat swasta ini hakikat sebenar yang ramai tak tahu Topik berkenaan kelebihan bekerja di sektor kerajaan dan swasta sudah lama dibahaskan oleh orang ramai sama ada di media so...
Hapus Kuota 30 Rumah Mampu Milik Rehda Beritahu Kerajaan

Hapus Kuota 30 Rumah Mampu Milik Rehda Beritahu Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 218 hits
Rehda berkata rumah yang dijual dalam pasaran terbuka menjadi terlalu mahal hingga tidak menarik minat pembeli sekali gus meningkatkan risiko pembangunan tersebut akan lewat disiapkan sakit atau terbengkalai PETALING JAYA Persatuan Pemaju H...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking