Kepimpinan Tun M Dipuji Jadi Idola Rakyat Pakistan


      Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR - Ramai rakyat Pakistan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola mereka dan memuji kepimpinannya, menurut seorang wartawan dari Pakistan.

Javaid Ur Rehman, koresponden untuk saluran televisyen berita Pakistan’s 92 News di Kuala Lumpur berkata adalah tidak mengejutkan apabila Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengundang Dr Mahathir untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu bagi menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Pakistan pada 23 Mac sebagai tetamu utama.

Loading...
Imran Khan, dalam kunjungan rasmi pertamanya ke Malaysia pada November tahun lepas, berkata beliau memandang Dr Mahathir sebagai sumber inspirasi untuk beliau melaksanakan transformasi di negaranya.

Legenda sukan kriket Pakistan itu menjadi Perdana Menteri Pakistan yang ke-22 pada Julai 2018.

Javaid, yang telah tinggal di Malaysia selama hampir 10 tahun, berkata: "Tun Dr Mahathir ialah antara pemimpin yang sangat terkenal di Pakistan dan kami memandang tinggi pencapaian Malaysia sebagai Harimau (Ekonomi) Asia. Kami mengharapkan yang berbaik."

Katanya hubungan erat antara Pakistan dan Malaysia melonjak ke paras lebih tinggi sempena lawatan Imran Khan itu.

"Ia satu lawatan yang telah lama ditungu-tunggu oleh rakyat Pakistan untuk memastikan hubungan baik dan perpaduan antara dua negara Islam itu akan berterusan," katanya kepada Bernama.

Javaid berkata Malaysia sering menjadi fokus utama warganegara Pakistan, sama ada untuk datang bekerja atau melancong, kerana mereka tertarik dengan keindahan alam semula jadinya dan mengagumi keharmonian rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama.


Wartawan itu berkata sepanjang beliau tinggal di negara ini, beliau telah menulis kira-kira 90 ke 100 artikel untuk disiarkan di Pakistan.

Katanya ada banyak perkara yang boleh ditulis mengenai Malaysia kerana negara ini adalah antara hab terpenting di Asia Tenggara dan dalam kalangan negarai-negara Harimau Asia dari segi ekonomi.

Beliau juga berkata Malaysia kerap menganjurkan acara-acara bertaraf antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA), dan pelbagai acara sukan di peringkat antarabangsa.

"Di samping itu, acara kebudayaan tahunan juga menjadi fokus utama untuk memperagakan bagaimana rakyat Malaysia dapat hidup bersama-sama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan ini boleh dijadikan contoh oleh rakyat Pakistan," kata beliau.

Javaid mencadangkan agar program pertukaran pelajar dan kebudayaan diadakan antara kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, berkongsi pengalaman dan saling mempelajari budaya antara satu sama lain.

"Saya mengajak rakyat Malaysia untuk melawat Pakistan supaya mereka dapat menikmati keindahan kebudayaan dan keramahan penduduknya, makanan dan pemandangan alam semula jadinya, selain dapat mempereratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang indah ini," kata beliau.

Pakistan adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Pada 2017, jumlah dagangan antara Malaysia dan Pakistan adalah sebanyak RM5.76 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 3.5 peratus daipada jumlahnya pada 2016.

- Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/kepimpinan-tun-m-dipuji-jadi-idola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Rasa Muak Dengan Menteri Menteri Kabinet Yang Baharu Tun Daim

Rakyat Rasa Muak Dengan Menteri Menteri Kabinet Yang Baharu Tun Daim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM 30 Jan BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus bergaduh sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh me nimbulkan rasa muak rakyat kepada k...
Informasi Rakyat Muak Menteri Bergaduh Sesama Sendiri Tun Daim

Informasi Rakyat Muak Menteri Bergaduh Sesama Sendiri Tun Daim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 370 hits
DAIM ZAINUDDIN menyampaikan ucapan dalam majlis Launcheon Talk Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Dewan Sri Budiman Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor semalam BERNAMASHAH ALAM 30 Jan BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kera...
Rakyat Boleh Nilai Sendiri Dakwaan Tun Mahathir

Rakyat Boleh Nilai Sendiri Dakwaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 283 hits
SEREMBAN 17 Feb 8211 Rakyat akan dapat memastikan kebenaran dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih sepanjang tempoh dua minggu kempen p
Ketua Dpr Politis Atau Tidak Rakyat Rasakan Kemurahan Bbm

Ketua Dpr Politis Atau Tidak Rakyat Rasakan Kemurahan Bbm

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 211 hits
Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Bambang Soesatyo menilai penurunan harga BBM merupakan keberhasilan pemerintahan Jokowi dalam pembangunan ekonomi Kebijakan ini juga indikator kemajuan pelayanan masyarakat yang baik di masa pemerintahan Jokowi...
Dasar Baru Moa Pentingkan Kebajikan Rakyat

Dasar Baru Moa Pentingkan Kebajikan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 308 hits
RENCANA KHAS Salahuddin menjadi harapan golongan B40 BERSEMPENA dengan valentine day 14 Februari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub akan meluncur dan membentangkan dasar kementeriannya secara rasmi Walaupun sebelum ini...
Ignore Growing Umno Pas Ties Just Continue Serving The Rakyat

Ignore Growing Umno Pas Ties Just Continue Serving The Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 288 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has advised Pakatan Harapan to ignore the growing camaraderie between Umno and PAS and to focus instead on serving the rakyat We respect the relationship between PAS and Umno but what ...
Fadli Zon Nilai Penurunan Harga Bbm Untuk Curi Simpati Rakyat

Fadli Zon Nilai Penurunan Harga Bbm Untuk Curi Simpati Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 226 hits
Wakil Ketua DPR Fadli Zon mengkritisi kebijakan penurunan Harga Bahan Bakar Minyak Dalam pandangannya penurunan harga BBM hanya pemoles untuk mencuri simpati masyarakat
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik