Kepimpinan Negeri Pun Tak Boleh Kawal Ada Hati Nak Minta Kerusi Banyak


Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyerahkan kerusi tradisi parti mereka kepada Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
Nur Jazlan menyindir Bersatu yang menurutnya lesu di peringkat bahagian.
“Pemilihan Bersatu sebenarnya akan berlangsung pada bulan depan iaitu September tetapi sekarang masih tak selesai-selesai lagi pemilihan di peringkat bahagian. Nampak sangat Bersatu peringkat bahagian sangat lesu.
“Kepimpinan Bersatu Johor pun tak boleh kawal, apatah lagi untuk mengawal keadaan di bahagian. Lepas itu ada hati nak kerusi banyak dan suruh orang Umno sokong mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, semalam.
Justeru, Nur Jazlan mengingatkan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin agar memastikan persidangan dan pemilihan parti Bersatu dijalankan mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mengelakkan parti itu diharamkan.
“Ini juga supaya Bersatu tidak melalui pengalaman getir Umno pada tahun 2018 yang pernah diancam untuk diharamkan walaupun patuh kepada peraturan dan prosedur ROS,” katanya
Kenyataan itu hadir selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Bersatu memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa bahagian dan cawangan iaitu Semberong dan Batu Pahat dengan tidak wujud sebarang jawatan termasuk Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan.
Ekoran keputusan berkenaan, Presiden Bersatu akan melantik seorang Ketua Bahagian Penaja yang baharu bagi kedua-dua bahagian Bersatu ini setelah Persidangan Agung Tahunan (PAT) selesai pada hujung tahun ini.
Sementara itu, Nur Jazlan bersetuju dengan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muafakat Nasional adalah kerjasama politik yang kuat dan harus diteruskan untuk memastikan kestabilan politik selepas pilihan raya umum ke-15.
“MN dibina melalui persefahaman yang kuat antara dua pihak yang mempunyai kekuatan dan rekod prestasi tersendiri di jentera atau akar umbi mereka.
“Bandingkan dengan Bersatu, hanya parti baru yang ditubuhkan untuk mencapai tujuan tertentu,” katanya.
Bersatu dan Umno di Johor dilihat tidak sehaluan walaupun selepas Perikatan Nasional telah mengambil alih kuasa.
Bersatu dilihat tidak senang pemimpin Umno dilantik sebagai menteri besar yang baru, meskipun Bersatu memimpin negeri itu semasa era Pakatan Harapan.
Pergeseran antara kedua-dua pihak dilihat mengancam kestabilan kerajaan negeri Perikatan Nasional, yang mendorong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin campur tangan untuk mendamaikan kedua-dua pihak.
Pada pilihan raya 2018, Bersatu memenangi lapan kerusi DUN di Johor sementara BN memenangi 19 kerusi. Pada Nov 2018, tiga adun BN menyertai Bersatu. Mkini
The post ‘Kepimpinan negeri pun tak boleh kawal, ada hati nak minta kerusi banyak’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/06/kepimpinan-negeri-pun-tak-boleh-kawal-ada-hati-nak-minta-kerusi-banyak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Penat Ibu Nak Menangis Menangislah Mungkin Boleh Buat Hati Sedikit Tenang

Kalau Penat Ibu Nak Menangis Menangislah Mungkin Boleh Buat Hati Sedikit Tenang

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 324 hits
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan Kalau Perlu Menangis Menangislah Kita Bukan Superwoman Selamany...
Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 273 hits
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak anak kita nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta buta bulat bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini 4...
Nak Tau 4 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bila Berkunjung Ke Kuala Selangor

Nak Tau 4 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bila Berkunjung Ke Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 710 hits
NAK TAU 4 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN BILA BERKUNJUNG KE KUALA SELANGOR Bagi cikla Kuala Selangor tak kurang hebatnya dengan panorama dan tempat kunjungan menarik yang boleh korang lawati Selain ia popular dengan kehijauan sawah padi yang...
Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 417 hits
Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak Ibu ibu tentu selektif bab makanan bayi Jadi aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan ...
Kusut Bila Anak Tantrum Rupanya Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Cuba Kawal Dengan 7 Cara Ini

Kusut Bila Anak Tantrum Rupanya Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Cuba Kawal Dengan 7 Cara Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 332 hits
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak kanak dua tahun ke atas Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadap...
Baru Mula Online Bisnes Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah Begini Caranya

Baru Mula Online Bisnes Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah Begini Caranya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 310 hits
Semasa dalam tempoh PKP ni pasti ramai antara kita yang putus mata pencarian kan Mungkin ada yang dibuang kerja diberi cuti tanpa gaji dan ada syarikat yang terpaksa ditutup Ramai yang nak buat bisnes online tapi bukannya senang Banyak bend...
Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 338 hits
Jika anda selalu shopping online pasti pernah terlihat detergent candy atau laundry beads yang berwarna warni dan sangat menarik di mata Ia sebenarnya adalah sabun pencuci baju tetapi dibuat dalam bentuk kapsul Sekali pandang macam gula gul...
Berhati Hati Dengan Posisi Postur Tubuh Masa Menyusu Silap Gaya Boleh Sebabkan Sakit Belakang Yang Lama

Berhati Hati Dengan Posisi Postur Tubuh Masa Menyusu Silap Gaya Boleh Sebabkan Sakit Belakang Yang Lama

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 312 hits
Ada dikalangan anda yang mengalami masalah sakit belakang semasa menyusu walaupun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul Ramai yang mengeluh tentang sakit belakang Apabila bayi semakin meningkat usia beratnya bertambah dan boleh ...
Tiada Larangan Rentas Negeri Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Tiada Larangan Rentas Negeri Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 377 hits
Putrajaya 27 Julai Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung Sebenarnya tiada sekatan perjalanan Sebab itu saya kata masih boleh balik kampung cuma perlu p...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis