Mahathir Tidak Puas Hati Dewan Rakyat Tidak Bersidang Selepas Titah Diraja




Tiada sidang selepas titah diraja, usaha sekat usul undi tidak percaya, kata Mahathir
Langkah Putrajaya meminda aturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat Isnin depan dengan meniadakan persidangan selepas istiadat pembukaan penggal oleh Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai usaha untuk meyekat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Putrajaya itu juga merupakan satu usaha untuk menghalangnya berucap sebagai ahli Parlimen Langkawi bagi menjelaskan mengapa beliau membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
“Inilah yang ingin saya jelaskan. Saya tunggu untuk diberi peluang untuk menyokong undi tidak percaya kepada Muhyiddin. Pada masa itu saya akan jelaskan kenapakah saya bawa usul ini. Nampaknya ada cubaan untuk halang saya berucap sebagai ahli Dewan Rakyat.
“Jangan kata orang ramai, ahli Dewan Rakyat juga tidak boleh bercakap dalam Dewan Rakyat. Apakah jenis kerajaan ini, yang mana ahli Dewan Rakyat tidak boleh bercakap,” katanya dalam satu rakaman video disiarkan hari ini.
Terdahulu, Putrajaya memutuskan untuk meminda aturan majlis mesyuarat yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini menetapkan tiada sidang akan diadakan selepas selesai titah diraja yang dijadualkan pada jam 10 pagi hari itu.
Speaker Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa beliau menerima surat daripada perdana menteri memaklumkan keputusan itu disebabkan penularan wabak Covid-19 “masih belum reda sepenuhnya”.
Pindaan berkenaan dibuat selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Mahathir lagi, beliau ingin mendapatkan kepastian apakah Muhyiddin mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat semasa mengangkat sumpah di hadapan Agong pada awal Mac lalu, memandangkan terdapat 114 tandatangan akuan bersumpah ahli Parlimen yang tidak menyokong beliau .
“Biasanya ikut undang-undang, Agong akan melantik seorang yang dipercaya olehnya mendapat sokongan bilangan majoriti dalam Dewan Rakyat. Ini dapat ditentukan apabila Dewan Rakyat bersidang tetapi sekarang ini Dewan Rakyat tidak dibenarkan bersidang.
“Sebenarnya tidak ada sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana Dewan Rakyat tidak dapat bersidang menentukan sama ada benar atau tidak dia dapat majoriti pada hari angkat sumpah,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/13/mahathir-tidak-puas-hati-dewan-rakyat-tidak-bersidang-selepas-titah-diraja/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mahathir-tidak-puas-hati-dewan-rakyat-tidak-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 415 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 499 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima satu usul tergempar berkenaan gesaan agar sidang Parlimen pada 18 Mei ini yang dijadual berlangsung sehari sahaja dilanjutkan kepada lapan hari Dalam satu kenyataan hari ini Ariff berka...
Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 410 hits
PETALING JAYA Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengundi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen kata Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata ketetapan berkenaa...
Dapsy Yakin Kerjasama Dengan Dr Mahathir Bangkit Semangat Rakyat Kali Kedua

Dapsy Yakin Kerjasama Dengan Dr Mahathir Bangkit Semangat Rakyat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 471 hits
Ketua Pemuda Sosialis DAP Malaysia Howard Lee Chuan How yakin kerjasama parti itu dan PKR dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi membangkitkan semangat rakyat untuk mengubah hala tuju politik negara Howard menyokong penuh kenyataan...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 389 hits
Bangunan Parlimen Malaysia yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Hanya RTM dan Bernama dibenarkan mem...
Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 601 hits
Mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar mematuhi peraturan sidang Dewan Rakyat Isnin depan Jelas Najib ia merupakan sikap terpuji ba...
An Infamy Dewan Rakyat Sits With One Item On The Agenda

An Infamy Dewan Rakyat Sits With One Item On The Agenda

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 500 hits
A Kadir Jasin Views expressed herein are entirely mine I am writing in my personal capacity as a blogger It has nothing to do with whatever position I may hold Anonymous comments will not be published Fear of no confidence motion could the ...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 638 hits
Muktamad 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu Kita minta ahli ahli parlimen 1 Jangan tunjuk keras kepala sabotaj atau boikot Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya 2 Tolong jaga sedikit mulut itu Jangan mak...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas