Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri Isi Contoh
Salah satu tajuk popular yang biasa ditanya dalam peperiksaan adalah kepentingan menjaga kebersihan diri.
Berikut dikongsikan maklumat mengenai karangan berkaitan karangan ini.
Isi Penting Karangan Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri
1. Kesihatan akan Terjamin
Apabila tidak menjaga kebersihan, mudah mendapat penyakit.
Contohnya, kebersihan yang paling penting bagi tempat tinggal dan persekitaran.
Penyakit tersebut mampu berjangkit terhadap orang lain.
Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya orang awam sentiasa mengekalkan kebersihan alam sekitar.
2. Badan yang Cergas dan Sihat
Selesa melakukan pekerjaan apabila mempunyai badan yang sihat.
Contoh, mereka yang telibat dalam sektor sukan seperti atlet dapat mencapai keputusan dan kejayaan yang cemerlang.
Badan yang cergas dan sihat bermula daripada penjagaan kesihatan.
3. Imej atau Perwatakan yang Menarik
Contoh, kebersihan pakaian yang dipakai oleh kita dalam kehidupan seharian.
Imej dipandang tinggi sekiranya mempunyai imej atau perwatakan yang menarik.
Memudahkan kita bergaul dengan orang ramai dan mengelakkan orang menjauhkan diri daripada kita.
4. Memberikan Keselesaan Hidup
Terutamanya kebersihan tempat tinggal mahupun alam persekitaran.
Kawasan yang bersih akan menjauhkan daripada adanya penyakit kepada orang di sekeliling.
Menghindarkan serangan nyamuk, lalat, dan haiwan perosak-perosak lain.
Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Kebersihan diri
i) PENDAHULUAN
Menjaga kebersihan merupakan satU amalan yang panting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sarna ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.
ii) ISI 1: KESIHATAN AKAN TERJAMIN
Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Apabila tidak menjaga kebersihan, kita akan mudah mendapat penyakit. Ini terutamanya kebersihan yang paling penting bagi tempat tinggal dan persekitaran. Tambahan pula, penyakit tersebut mampu berjangkit terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya orang awam sentiasa mengekalkan kebersihan alam sekitar.
iii) ISI 2: MEMBENTUK BADAN YANG CERGAS DAN SIHAT
Di samping ini, penjagaan kebersihan juga akan membentuk badan yang cergas dan sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita akan selesa dan dapat melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, mereka yang telibat dalam sektor sukan seperti atlet, atlet tersebut dapat mencapai keputusan dan kejayaan yang cemerlang. Oleh kerana itulah untuk mendapatkan badan yang cergas dan sihat, ianya bermula daripada penjagaan kesihatan.
iv) ISI 3: IMEJ ATAU PERWATAKAN YANG MENARIK
Di samping itu, sekiranya kita menjaga kebersihan, kita akan menonjolkan imej atau perawatakan yang menarik. Sebagai contoh, kebersihan pakaian yang dipakai oleh kita dalam kehidupan seharian. Ini kerana imej kita dipandang tinggi sekiranya mempunyai imej atau perwatakan yang menarik. lni memudahkan kita bergaul dengan orang ramai dan mengelakkan orang menjauhkan diri daripada kita.
v) ISI 4: MEMBERIKAN KESELESAAN HIDUP
Selain itu, menjaga kebersihan juga penting bagi memberikan keselesaan hidup. Ini terutamanya kebersihan tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan menjauhkan daripada adanya penyakit kepada orang di sekeliling. Selain itu, kita juga akan menghindarkan serangan nyamuk, lalat, dan haiwan perosak-perosak lain. Olah itu, kehidupan kita akan menjadi selesa tanpa sebarang gangguan akibat menjaga kesihatan.
vi) PENUTUP
Amalan menjaga kebersihan perlulah menjadi amalan seharian kita semua. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi apabila selalu mengamalkan amalan penjagaan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diamalkan daripada generasi ke generasi yang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kepentingan-menjaga-kebersihan-diri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kepentingan-menjaga-kebersihan-diri