Kepentingan Gantang Dan Cupak Dalam Islam



 Akta Timbang dan Sukat 1972 antara lain bertujuan menyeragamkan alat timbang dan sukat terutamanya yang digunakan dalam aktiviti perniagaan, berdasarkan sistem unit antarabangsa (International System of Units, SI). Akta ini melarang penggunaan unit selain metrik seperti unit imperial, termasuklah gantang dan cupak dalam perniagaan.
 

Namun begitu, di kalangan umat Islam, penggunaan gantang dan cupak masih digunakan dalam urusan ibadat iaitu sebagai ukuran sukatan untuk menunaikan zakat fitrah dan zakat pertanian, serta membayar fidyah.
 

Dari Umar berkata yang bermaksud: “Rasullullah SAW telah memfardukan zakat fitrah, iaitu satu gantang tamar atau satu gantang gandum pada bulan Ramadan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.” (Riwayat al-Bukhari (1433) dan Muslim (984).
 

Pembayaran fidyah puasa adalah 1 cupak iaitu bersamaan satu perempat gantang bagi sehari puasa yang ditinggalkan. 
 

Bagi nisab zakat pertanian pula, Rasullullah SAW menetapkan 5 wasq di mana 1 wasq bersamaan 60 gantang. Justeru nisab zakat pertanian adalah bersamaan 300 gantang. Nisab ini penting bagi menentukan sama ada para petani wajib membayar zakat atau tidak untuk sesuatu musim tanaman. 
 

Ukuran gantang dan cupak berbeza-beza mengikut tempat. Justeru, ulama telah sepakat untuk menggunakan ukuran gantang dan cupak Baghdad. Ini termasuk amalan digunakan di Malaysia.
 

Namun begitu, ada juga ulama memilih menggunakan gantang dan cupak Madinah yang dianggap lebih “berkat”. Dalam hadis sahih Nabi SAW mendoakan untuk orang Madinah agar diberkati gantang dan cupak mereka.
 

Doa Nabi SAW bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah sukatan mereka, Ya Allah! Berkatilah gantang dan cupak mereka. (Dalam riwayat lain disebut berasingan) Ya Allah! Berkatilah cupak mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 

Dalam riwayat lain Nabi SAW berdoa bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah untuk kami pada gantang kami. Ya Allah! Berkatilah untuk kami pada cupak kami. Ya Allah! Berkatilah untuk kami pada Madinah kami.” (Riwayat Muslim)
 

Cupak Nabi atau Madinah ataupun disebut Mudd Nabawi dan gantang Nabi atau Madinah atau disebutkan Sa Nabawi.
 

Memandangkan penggunaan gantang hampir tidak lagi digunakan di seluruh dunia, dan ukuran sukat gantang atau sistem sukat tidak sama di setiap tempat, maka satu “pelarasan” ukuran sukat ditukar kepada timbangan atau berat.
 

Pada tahun 2003, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-57 sudah berbincang panjang lebar pasal cara hendak tetapkan harga zakat fitrah di seluruh Malaysia. 
 
Muzakarah telah memutuskan: 
- Harga zakat fitrah untuk negeri-negeri Semenanjung Malaysia berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kilogram. 
- Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram. 
 

Dengan kata lain, ia masih menggunakan ukuran gantang Baghdad sebagai asas sukatan sepertimana ditetapkan syarak, tetapi ditukar kepada ukuran berat berdasarkan kepada jenis makanan asasi setempat.
 

Hal yang sama untuk menentukan berat untuk jenis makanan lain yang dijadikan untuk membayar zakat fitrah, contohnya kurma. Kurma mempunyai banyak jenis dan setiap jenis mempunyi ciri-ciri yang berbeza seperti berat, bentuk, tekstur dan sebagainya.
 

Jadi, setiap negara, kawasan atau tempat akan mempunyai berat berbeza untuk setiap satu gantang Baghdad bagi kurma untuk tujuan membayar zakat.
 

Dengan kata lain, kita tidak boleh guna satu ukuran berat yang sama untuk semua tempat untuk menimbang kurma bagi dijadikan zakat fitrah.
 

Jika untuk menimbang jenis makanan asasi yang sama pun sudah berbeza beratnya, maka tentu sekali berbeza untuk jenis makanan asas yang berbeza.
 

Urusan menukar sukatan gantang kepada unit berat kilogram dilakukan secara teliti oleh pakar mengikut kaedah standard yang ketat yang disahkan pihak berkuasa agama.
 

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan (MSPK), SIRIM di bawah Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 adalah bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan unit metrik yang tepat dalam setiap aktiviti pengukuran di Malaysia selain menjadi rujukan
kebolehkesanan.    
 

Justeru, ia dapat menghapuskan kekeliruan dalam penukaran sukatan gantang ke unit metrik. Tambahan ia telah menjadi keputusan dibuat melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
 

Seperti dijelaskan sebelum ini, ukuran atau kapsiti gantang di setiap tempat berbeza. Bahkan tiada ukuran yang benar-benar tepat untuk kapasiti setiap gantang biarpun digunakan di kawasan yang sama. Sebab itu masyarakat antarabangsa kini menggunakan sistem unit antarabangsa (International System of Units, SI).
 

Isu ketidaksamaan ini sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Terdapat perbezaan pendapat antara ulama Hijaz dan Iraq berkenaan berat yang setara untuk satu gantang di  mana Imam Abu Hanifah dan penduduk Iraq menganggarkan satu gantang bersamaan 8 kati.
 

Manakala Imam Malik, Syafie, Ahmad dan beberapa ulama Hijaz yang lain menganggarkan berat satu gantang bersamaan 5 1/3 kati berdasarkan penggunaan gantang yang diwarisi generasi demi generasi sejak zaman Rasulullah SAW lagi.  
 
Pendapat ini didasarkan kepada beberapa bukti, antaranya kisah diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada al-Husain bin al Walid, bahawa Abu Yusuf sepulangnya dari mengerjakan haji menceritakan hal beliau bertanya penduduk Madinah tentang gantang dan mereka menyatakan gantang yang mereka gunakan adalah gantang yang sama dengan gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW. 
 

Beliau meminta bukti dan pada keesokan harinya lebih kurang 50 orang penduduk Madinah dari keturunan Muhajirin dan Ansar telah membawa setiap seorang sebuah gantang. Setiap mereka menyatakan gantang tersebut diwarisi daripada ayah, datuk atau moyang mereka dan setiapnya telah digunakan pada zaman Rasulullah SAW. 
 

Abu Yusuf memeriksa gantang tersebut dan mendapati kesemuanya sama (saiz). Beliau telah menimbang isi kandungan gantang dan mendapati beratnya kurang sedikit sahaja dari 5 1/3 kati. 
 

Oleh yang demikian beliau telah menukar pendapatnya dari 8 kati kepada 5 1/3 kati. Al-Husain mengerjakan haji pada tahun berikutnya lalu menemui Imam Malik dan menanyakan perihal gantang ini. Imam Malik menyatakan gantang yang ada di Madinah pada waktu tersebut adalah sama dengan gantang pada zaman Rasulullah SAW.    
 

Walau bagaimanapun, apabila ditanya berat yang setara dengan satu gantang, Imam Malik menegaskan bahawa gantang adalah penyukat kapasiti dan tidak boleh ditukarkan kepada berat.
 

Al-Qardawi (1980) memetik kajian ‘Ali Pasha Mubarak yang mengatakan tiada perbezaan  ketara antara gantang Baghdad dan Madinah dan demikian juga untuk kati Baghdad dan kati Makkah (Hijaz). Berat 1 gantang bersamaan 5 1/3 kati adalah berat biji bijian. Manakala jika 1 gantang diisi penuh dengan air beratnya adalah kurang sedikit dari 8 kati. 
 

Justeru menurut Mubarak, ulama Iraq menimbang menggunakan air manakala penduduk Madinah menimbang menggunakan biji bijian.
 

Apapun kita di Malaysia dalam menentukan berat satu gantang Baghdad yang dijadikan asas untuk membayar zakat fitrah, mahupun cupak untuk membayar fidyah ditentukan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Tidak perlu diragui atau dipersoalkan.
 

Gambar – gantang digunakan di Malaysia pada masa dahulu. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2023/05/efa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam India Ditindas Dibunuh Dan Diseksa Dengan Kejam Tv Pertiwi 06 05 2023

Umat Islam India Ditindas Dibunuh Dan Diseksa Dengan Kejam Tv Pertiwi 06 05 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 202 hits
Gerakan Hindutva oleh golongan pelampau Hindu di India didakwa sudah mula memasuki negara dengan secara halus dan jika tidak dikawal ia mampu mencetuskan pergaduhan mega antara penganut hindu India di negara ini dan agama lain di negara ini...
Semua Pihak Perlu Desak Kerajaan India Henti Keganasan Terhadap Umat Islam Utusan Malaysia 07 05 2023

Semua Pihak Perlu Desak Kerajaan India Henti Keganasan Terhadap Umat Islam Utusan Malaysia 07 05 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 211 hits
PETALING JAYA Semua pihak perlu mendesak kerajaan India menghentikan pembunuhan terancang besar besaran ke atas etnik minoriti Islam yang kini berlaku di negara itu Malah pihak berkuasa negara ini turut digesa menyia sat hubung kait kumpula...
Guna Bayaran Youtube Sedia Makanan Halal Untuk Pelajar Islam Di As

Guna Bayaran Youtube Sedia Makanan Halal Untuk Pelajar Islam Di As

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 437 hits
Huzaifah Baharuddin dan isteri Samantha Baharuddin simpati apabila tiada makanan halal di kafeteria sekolahnya untuk dimakan pelajar muslim kecuali roti PETALING JAYA Berbekalkan bayaran diterima hasil tontonan kandungan disediakannya di Yo...
Ngo Islam Gesa Kerajaan India Hentikan Serangan Ke Atas Muslim Tv Pertiwi 08 05 2023

Ngo Islam Gesa Kerajaan India Hentikan Serangan Ke Atas Muslim Tv Pertiwi 08 05 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 319 hits
BANGI Isnin Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara Islam di India oleh fanatik penganut Hindu Golongan fanatik berkenaan dikenali sebagai Hindutva yang sering menyebabkan puluhan ribu umat Islam di negara itu sering mengalam...
Islamik Kah Sistem Perbankan Islam Kat Malaysia Aa Tv News 07 05 2023

Islamik Kah Sistem Perbankan Islam Kat Malaysia Aa Tv News 07 05 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 281 hits
PPIM yang mempunya pengalaman 20 tahun berhadapan dengan pelbagai aduan diterima pelanggan pelanggan bank Bank yang menjalankan Perbankan Islam harus merujuk kepada mahkamah yang mempunyai jurisdiksi keatas perundangan yang selari dengan sh...
Hiburan Malaysia Ke Oversea Ni Didakwa Hanya Islam Dalam Ic Pakaian Seksi Selebriti Wanita Di Event Raih Perhatian

Hiburan Malaysia Ke Oversea Ni Didakwa Hanya Islam Dalam Ic Pakaian Seksi Selebriti Wanita Di Event Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 202 hits
Sedia maklum agama rasmi di negara Malaysia adalah Islam jadi imej sebagai orang Islam sememangnya amat dititik beratkan oleh masyarakat lagi lagi jika anda seorang selebriti ataupun pempegaruh Seperti baru baru ini di sebuah event fesyen y...
3r Task Force Nabs Another Suspect For Insulting Islam

3r Task Force Nabs Another Suspect For Insulting Islam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 168 hits
The police s 3R task force has arrested a 40 year old man for allegedly insulting Islam in a video that has gone viral The suspect detained in Wangsa Maju Kuala Lumpur yesterday had purportedly mocked the Islamic salam greeting Two mobile p...
Senarai Individu Mendapat Pengecualian Tauliah Mengajar Islam Di Pahang Tular

Senarai Individu Mendapat Pengecualian Tauliah Mengajar Islam Di Pahang Tular

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 593 hits
KUALA LUMPUR Tiga belas tokoh agama dan pendakwah diberikan pengecualian tauliah mengajar agama Islam di Pahang Menurut sepucuk surat pekeliling ditandatangi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Ahma...
Guna Nama Islam Tapi Bab Fitnah No Wahid

Guna Nama Islam Tapi Bab Fitnah No Wahid

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 288 hits
Tengok cara walaun berfikir Dia tak faham maksud yang orang nak sampaikan Atau dia sengaja putar belit sebab nak tutup kejahatan ulama su mereka Hakikatnya bukan kita malu nama Islam dilekatkan pada sesebuah parti tapi Islam dimalukan denga...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan