Kepelbagaian Bukan Bermakna Harus Bermusuhan Pemuda Pas


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 29, 2025 10:22 AM
Sempena Tahun Baru Cina, Pemuda PAS menyiarkan mesej dalam bahasa Cina di laman Facebook rasmi mereka bagi menyeru persefahaman dan toleransi antara kaum

Dalam keadaan ketegangan kaum dan agama terus menjadi tajuk utama, sayap pemuda parti itu menegaskan kepelbagaian harus diraikan dan bukannya jadi punca perpecahan.

“Kepelbagaian etnik tidak bermakna kita harus bermusuhan, salah faham, atau bersengketa. Sebaliknya, kepelbagaian membolehkan kita belajar dan memahami perbezaan antara satu sama lain.

“Jika kita dapat bersatu dalam kepelbagaian ini, pasti kita mampu membina semangat setiakawan yang kukuh dalam negara,” kata Pemuda PAS dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Semalam, PAS menggesa semua pihak agar mengamalkan sikap saling menghormati dengan menegaskan bahawa ia adalah asas kepada keharmonian Malaysia dan kunci utama dalam mengelakkan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Dalam perutusan Tahun Baru Cina parti itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata beberapa isu kontroversi melibatkan agama Islam boleh dielakkan sekiranya semua pihak menghormati sensitiviti masing-masing.

Katanya kegagalan berbuat demikian hanya akan mengundang respons yang sama buruknya daripada kelompok yang terkesan.

“Secara khusus, beberapa isu dan kontroversi melibatkan ajaran serta hukum-hakam Islam dan keperluan diet umat Islam misalnya boleh dielakkan sekiranya semua pihak saling menghormati dan memahami batas-batas serta sensiviti setiap kumpulan dalam masyarakat.

"Sikap mengambil mudah, sewenang-wenang, apatah lagi meremehkan kepentingan serta sudut pandang sah orang lain adalah berlawanan sama sekali dengan identiti saling menghormati Malaysia dan tidak boleh dipertahankan," kata Takiyuddin.

Meskipun tidak merujuk kepada sebarang kontroversi secara khusus, Takiyuddin dipercayai merujuk kepada insiden berkaitan sandwic “ham” baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Takiyuddin berkata sikap saling menghormati harus menjadi identiti teras rakyat Malaysia setelah melalui kehidupan bersama sejak sekian lama.

"Dengan kata lain, sikap saling menghormati dan saling memahami bukanlah sekadar nilai atau idealisme yang dirujuk pada masa-masa tertentu, tetapi merupakan cara hidup dan cara berfikir Malaysia yang menjadi amalan pada setiap masa.

"Atas kesedaran dan harapan itu, PAS mengalu-alukan dialog yang berterusan bagi mengatasi salah faham atau kecenderungan dan tindak-tanduk yang kelihatan gagal menjunjung tonggak teras masyarakat Malaysia itu dalam konteks hubungan antara rakyat yang berlainan anutan dan kepercayaan, sekali gus mendedahkan semua kepada konflik dan ketegangan yang tidak perlu mahupun produktif,' katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/kepelbagaian-bukan-bermakna-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 305 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 3 2025 9 00 PMPengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung menegur Pemuda PAS agar berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai pelawak Harith Iskander Saya rasa para pemimpin Pemuda PAS seolah olah salah...
Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comPemuda Amanah mengakui kekuatan PAS dan kesukaran bersaing dengan parti itu Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda berkata lebih lebih lagi dengan kewujudan PAS lebih 60 tahun Kita kalau nak lawan dengan PAS melalui berapa ban...
Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 249 hits
Sinar HarianSHAH ALAM Sekretariat Rakyat Benci Rasuah memberi amaran kepada pemuda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar tidak membawa sebarang imej parti semasa menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara Sabtu ini SRBR berk...
Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 179 hits
suara tvBy23 01 2025KUALA LUMPUR Pemuda Pas menyatakan komitmen untuk turut serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu 25 Januari 2025 di Kuala Lumpur Perhimpunan anjur...
Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 275 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 8 15 AMGerakan mahasiswa sekretariat perhimpunan benci rasuah menyambut baik sokongan sayap Pemuda PAS dan Bersatu terhadap demonstrasi yang akan berlangsung Sabtu 25 Jan ini Namun sekretariat itu men...
Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 165 hits
Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang Muhammad Hafiz Alias mengingatkan Amanah bahawa pemimpin PH juga pernah kalah kes saman PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PAS menepis pelawaan menyertai Amanah mengatakan ahlinya tidak akan menyertai parti...
Pas Perlu Mengamalkan Apa Yang Ia Sarankan Tentang Kepelbagaian

Pas Perlu Mengamalkan Apa Yang Ia Sarankan Tentang Kepelbagaian

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 184 hits
Pas perlu ingat bahawa rasa hormat perlu diperoleh dan bukan dipaksa ke atas orang lain Rasa hormat juga perlu dua hala dan bersifat timbal balik Aliran mengalu alukan seruan terbaru Pas kepada semua pihak di Malaysia untuk memperjuangkan s...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured