Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 24, 2025 8:15 AM
Gerakan mahasiswa sekretariat perhimpunan benci rasuah menyambut baik sokongan sayap Pemuda PAS dan Bersatu terhadap demonstrasi yang akan berlangsung Sabtu 25 Jan ini

Namun, sekretariat itu menegur parti politik berkenaan supaya jangan menjadi hipokrit dan menunggang populariti himpunan benci rasuah untuk kepentingan mereka.

“Pesanan kami kepada Pemuda PAS dan Armada Bersatu: Kami menjemput anda turut serta himpunan ini kerana ini merupakan himpunan untuk semua warga tanpa kira latar belakang parti atau ideologi.

"Tapi kami memberi amaran supaya jangan membawa logo, slogan, nama, dan imej parti ketika menyertai himpunan 25 Januari ini. Himpunan ini sepenuhnya milik rakyat dan bukan kepunyaan parti politik untuk ditunggang.
Gambar hiasan."Kalau anda didapati menunggang himpunan ini, rakyat tidak akan terkial-kial untuk menendang kamu keluar daripada himpunan serta pilihan raya akan datang,” kata mereka pada satu kenyataan semalam.

Terdahulu, sayap pemuda PAS dan Bersatu mengesahkan penyertaan mereka dalam “Himpunan Rakyat Benci Rasuah”.

Ketua penerangan Pemuda PAS Nadzir Helmi menggambarkan perhimpunan itu sebagai cerminan hak demokratik rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat dan pembangkang untuk memastikan agenda reformasi dan ketelusan terus diperjuangkan," katanya semalam.
Bagaimanapun, sekretariat gerakan mahasiswa itu mengingatkan bagaimana ahli parlimen PAS seperti Takiyuddin Hassan, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Siti Mastura Muhammad pernah hadir menyokong bekas perdana menteri Najib Razak semasa perbicaraan kes beliau berkaitan isu tambahan diraja.

“Solidariti yang dilakukan ini adalah untuk bersimpati dan menyokong seorang bekas PM yang terpalit isu rasuah melibatkan berbilion ringgit wang rakyat, kononnya beliau ialah mangsa kezaliman,” katanya.

Sekretariat itu juga mengingatkan bagaimana PAS menolak langkah untuk mengisytiharkan harta semasa pentadbiran PH pada 2019 .

"Alasan yang mereka gunakan sangat tidak masuk akal iaitu kerana ‘Islam melarang pengisytiharan harta'.
Gambar fail, pemimpin PAS hadir himpunan solidariti Najib di pekarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya."Rentetan daripada itu, PAS selaku pembangkang tidak pernah mencadangkan solusi antirasuah dan reformasi institusi kepada kerajaan Madani." kata mereka.

Sekretariat himpunan itu berkata PAS tidak kompeten untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah kerana terpalit kontroversi dan skandal.

"(Ia) menunjukkan bahawa PAS ini sama sahaja tidak berguna untuk membanteras isu rasuah negara. Mereka sanggup berpura-pura bersih untuk meraih undi rakyat.

"Sebab itu, kami mahu kritik pendirian PAS tentang komitmen mereka terhadap isu antirasuah.

"Kalau mereka pun mempertahankan seorang perasuah, apa yang antirasuah dan bersihnya di situ,” soal sekretariat itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/pemuda-pas-bersatu-jangan-tunggang-demo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 205 hits
Sinar HarianSHAH ALAM Sekretariat Rakyat Benci Rasuah memberi amaran kepada pemuda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar tidak membawa sebarang imej parti semasa menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara Sabtu ini SRBR berk...
Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 126 hits
suara tvBy23 01 2025KUALA LUMPUR Pemuda Pas menyatakan komitmen untuk turut serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu 25 Januari 2025 di Kuala Lumpur Perhimpunan anjur...
Rakyat Sabah Tetap Tolak Pas Dan Bersatu Borneo Tolak Parti Tunggang Is

Rakyat Sabah Tetap Tolak Pas Dan Bersatu Borneo Tolak Parti Tunggang Is

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 123 hits
KOTA KINABALU Perikatan Nasional terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana mana parti politik khususnya parti tempatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke 17 Sabah akan datang Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ...
Mengapa Bersatu Bakal Dikuburkan Oleh Pas

Mengapa Bersatu Bakal Dikuburkan Oleh Pas

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 150 hits
HarapandailyNORMAN RADZUANFadhli Shaari dimalukan buat kali kedua Sebelum ini cuba menunggang kes Najib Razak dengan berdemonstrasi untuk menghasut ahli ahli UMNO dan orang Melayu bersama sama tetapi ditolak oleh UMNO dan majoriti orang Mel...
Kalau Pas Tunggang Anwar Dapat Rm4 Juta Setahun Kata Idris

Kalau Pas Tunggang Anwar Dapat Rm4 Juta Setahun Kata Idris

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 141 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 27 2025 1 01 PMPAS menafikan dakwaan parti itu menunggang isu titah tambahan Yang di Pertuan Agong terkait Najib Razak kerana berpendapat ada kesempatan lain yang boleh dimanfaatkan mereka jika bertujuan menj...
Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 92 hits
Jamzuri ArdaniBuang laa kepiah tu buat malu jer cakap macam tu Kalau orang cakap PAS jadikan Abdul Rahman bin Muljam sebagai pejuang contoh okay ke
Versi Lebih Menyengat Tajam Terhadap Pas Bersatu

Versi Lebih Menyengat Tajam Terhadap Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 98 hits
Man TobaPengerusi Bersih cakap benda betul rakyat memang berhak kecewa Tapi realitinya majoriti pengundi PH dalam PRU15 dulu bukan sebab teruja dengan manifesto tapi sebab tak mahu negara ni jatuh ke tangan PAS dan Bersatu Mereka tahu kalau...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home