Kepala Otak Ph Bn Masih Era Purba


 

Pendekatan politik kerajaan PH-BN masih era purba
KUALA TERENGGANU: Pemikiran dan pendekatan politik kerajaan PH-BN hari ini dianggap masih berada di zaman purba kala. Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, mereka cuba untuk membendung maklumat yang disampaikan kepada rakyat.
“Mereka terpaksa membendung maklumat yang dikeluarkan melalui media sosial, seolah-olah nak perbodohkan rakyat, dia ingat zaman ini zaman batu dia cuba untuk nak mencengkam atau membendung maklumat sampai kepada rakyat.
“Yang kedua mereka marah sangat sebab pembohongan mereka itu terserlah dan tidak boleh nak tipu kerana dalam media sosial segala ucapan-ucapan boleh diputar balik untuk didengar oleh masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa laman berita yang menerbitkan kandungan mengkritik kerajaan disekat.
Tambah beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), rakyat malah lebih menyampah dengan tindakan kerajaan yang kontra dengan ucapan mereka sewaktu menjadi pembangkang.
“Janji reformasi soal kebebasan bersuara zaman mereka menjadi pembangkang tapi apa yang berlaku sebaliknya.
“Maka apa yang berlaku ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan, cakap tidak serupa bikin itulah kerajaan kakitokrasi yang hanya ada kuasa tetapi pengaruh tidak ada, maka inilah yang berlaku.
“Nak tunjukkan kuasa, maka mencengkam rakyat dengan ugutan-ugutan yang ada,” katanya.
Bagaimanapun kata beliau, semua maklum bahawa kebebasan bersuara pasti ada hadnya.
“Cukup dengan akta yang ada seperti akta hasutan dan sebagainya boleh ambil tindakan. Apa yang dikritik oleh portal-portal, televisyen internet dengan bentuk fakta bukannya berbentuk auta.
“Contohnya mereka sebut hari ini mereka tidak pernah janji pun turun harga minyak, itu janji pada 2008, kononnya pada waktu itu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba boleh kita keluarkan balik bagaimana video mereka berucap pada tahun 2022 masih berjanji yang sama.
“Jadi akhirnya hari ini terutama rakyat yang celik IT dan media sosial menolak kepimpinan PH yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau dalam masa sama turut mengulas berhubung undang-undang baharu berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Menurut beliau, sepatutnya orang yang permainkan agama yang menolak peranan agama Islam patut diambil tindakan bukan orang yang nak menegakkan agama.
“Yang keduanya berkenaan soal bangsa ia terdapat dalam 153 hak keistimewaan orang Melayu, itu yang termaktub. Yang perlu diambil tindakan bila orang pertikaikan tentang hak keistimewaan orang melayu bukan orang yang memperjuangkan hak orang Melayu.
“Yang ketiganya soal Raja, itu pun perkara yang telah pun wujud di dalam perlembagaan soal kedaulatan raja-raja. Orang yang hina institusi ini memang perlu diambil tindakan. Tetapi orang nak pertahankan kedudukan raja-raja, tidak boleh dianggap sebagai nak pertikaikan raja-raja,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/9/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kepala otak PH-BN masih era purba.. 
Lihat juga komen ini..
(i) Jom lihat perbezaan antara kes-kes rasuah yang digugurkan September 8, 2023. Dari semalam  walanon duduk sebar artikel ‘101 kes rasuah yang digugurkan oleh PN’. Wow biar betul? Okey biar aku jawab ya. 


1. Musa Aman (46 Pertuduhan).

Jawapan: Pertuduhan ditarik balik oleh Peguam Negara sebab, saksi penting tidak ada dan dokumen penting kes tidak diperolehi dari bank di Hong Kong. Kalau dibicarakan, kes tanpa saksi dan dokumen penting memang akan kalah.

2. Tengku Adnan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Tengku Adnan telah melalui proses bicara penuh dan dibebaskan oleh hakim bukan kes ditarik Pendakwa Raya. 

3. Ahmad Maslan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Ahmad Maslan digugurkan selepas dia bersetuju bayar kompaun sebanyak RM1.1 juta. 

4. Zahid Hamidi (40 pertuduhan).

Jawapan: Hakim membebaskan Zahid Hamidi dalam kes 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN) kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. 

5. Azeez Rahim (9 pertuduhan).

Jawapan: Kes ini dibebaskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tapi kes ini pun hakim yang bebaskan Azeez Rahim selepas membenarkan notis usul yang difailkan oleh peguam Azeez 

6. ShaRahim. 
fee Abdullah (2 pertuduhan).

Jawapan: Shafee Abdullah dibebaskan oleh hakim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie. 

Jadi, Semua 101 kes terhadap pemimpin-pemimpin Umno ini tidak sama dengan pertuduhan 47 kes Zahid Hamidi yang dilepaskan selepas pendakwaan membuktikan prima facie dan kes telah dibicarakan selama 4 tahun dan lebih 40 orang saksi telah dipanggil. 

Terimalah hakikat kerajaan madani, dari kerajaan bebas rasuah kepada kerajaan membebaskan perasuah. (Rujuk NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/9/2023)

(ii) Sudah lebih 50 tahun PAS perintah, tidak ada seorang pun pimpinan, wakil rakyatnya disiasat, didakwa kerana terlibat dengan rasuah. Seorang pun tak ada. Ini rekod bersih yang tidak ada pada parti PH dan juga BN, tidak ada!

Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud
Di Muar, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, seseorang pemimpin harus bebas daripada rasuah dan bukannya membebaskan perasuah.
Tambahnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir PAS sebanyak dua kali semenjak merdeka telah berjaya membuktikan sebuah pentadbiran yang penuh integriti dan pemimpin bebas rasuah.
“Terbukti kita diberi peluang oleh rakyat dengan pertolongan Allah, kita telah memerintah negeri Kelantan lebih daripada 50 tahun iaitu dari tahun 1959 sampai tahun 1978. Dan diberi peluang kali kedua pada tahun 1990 hingga ke hari ini." 
Antara sedutan dari kenyataan beliau semasa berucap di ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Dewan BJ Ballroom, di sini, malam ini.
Sekian.

Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/kepala-otak-ph-bn-masih-era-purba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Wanita Ibarat Roti Jala Masa Tidur Pun Masih Boleh Berfikir Pakar

Otak Wanita Ibarat Roti Jala Masa Tidur Pun Masih Boleh Berfikir Pakar

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 230 hits
Dalam kajian yang dibuat oleh University of Pennsylvania otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza LELAKI boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA APA dan masih tenang PEREMPUAN tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA APA kerana ia menyebabkan perempuan me...
Islam X Pemerintahan Adalah Kepala Otak Bahlol Dap

Islam X Pemerintahan Adalah Kepala Otak Bahlol Dap

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 132 hits
DAP kekalkan sekular Islam tiada peranan dalam pemerintahanDi Muar DAP mengekalkan perlembagaan yang memperjuangkan sekularisme dan Malaysian Malaysia walaupun ada pemimpin dari kalangan gabungan Umno BN minta menarik perlembagaan tersebut ...
Kpk Masih Tunggu Cak Imin Belum Ada Konfirmasi Soal Kehadiran

Kpk Masih Tunggu Cak Imin Belum Ada Konfirmasi Soal Kehadiran

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 153 hits
Pemeriksaan Cak Imin diperlukan lantaran korupsi ini diduga terjadi saat Cak Imin memimpin Kemnaker di tahun 2012
Harga Masih Sama Ja

Harga Masih Sama Ja

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 140 hits
Heboh satu malaysia pasal kenaikan harga tapi harga beras import buat sementara yg aku nampak tadi kat Aeon untuk beras tempatan masih harga terkawal tempat lain macam mana
Banyak Kendaraan Dinas Masih Pakai Bbm Bersubsidi

Banyak Kendaraan Dinas Masih Pakai Bbm Bersubsidi

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 286 hits
Uji emisi dilakukan untuk mendukung upaya menekan polusi udara
Business Partner Kacak Masih Bujang Puteri Sarah Tak Akan Ganggu Milik Orang

Business Partner Kacak Masih Bujang Puteri Sarah Tak Akan Ganggu Milik Orang

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 290 hits
Pelakon wanita Puteri Sarah yang membuat comeback selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia lakonan dilihat telah melebarkan sayap ke Indonesia Dia yang kini menjadi usahawan juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan seorang aktor ka...
Jokowi Kesatuan Asean Sampai Saat Ini Masih Terpelihara Dengan Baik

Jokowi Kesatuan Asean Sampai Saat Ini Masih Terpelihara Dengan Baik

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 131 hits
Jokowi meyakini negara yang tergabung dalam ASEAN memiliki rasa kecintaan yang sama
Powernya Banyak Tenaga Hamil 7 Bulan Masih Lincah Menari Ayda Jebat Buat Wargamaya Bimbang

Powernya Banyak Tenaga Hamil 7 Bulan Masih Lincah Menari Ayda Jebat Buat Wargamaya Bimbang

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 148 hits
Pelakon dan penyanyi cantik manis Ayda Jebat mencuri perhatian wargamaya bila mana beraksi lincah di atas pentas biar pun kini sedang sarat hamil anak keduanya Ayda yang kini hamil tujuh bulan dilihat cukup bertenaga biarpun sudah memasuki ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry