Kepala Anak Saya Ditendang Seperti Bola Anak Dibuli Bapa Akan Saman 10 Pelajar Termasuk Pengetua Guru Disiplin


'Kepala anak saya ditendang seperti bola' - Anak dibuli, bapa akan saman 10 pelajar, termasuk pengetua & guru disiplin




Seorang bapa berusia 52 tahun mahu mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar yang menyerang (buli) anaknya di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, baru-baru ini, termasuk guru yang gagal mengambil tindakan. 

Menurut lelaki itu, anak lelakinya berusia 16 tahun diserang sekumpulan pelajar terbabit pada jam 9.40 pagi, 11 Mei di padang sekolah. Mangsa terdahulu dimaklumkan ada pelajar yang mahu bertemu dengannya di lokasi dan apabila datang ke lokasi, dia dikelilingi 10 pelajar lain. 


Mangsa dimaki dan ditengking serta ditolak salah seorang suspek sebelum ditumbuk di bahagian muka. Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi terjatuh. 


"Anak saya memaklumkan, sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya. Dia juga memberitahu, mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. 


"Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka. Anak saya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan. 


"Apabila saya bertemu dengan pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil? 


"Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri serta dia masih belum sembuh sepenuhnya," katanya. 


Ekoran kejadian itu, dua laporan polis telah dibuat dan dia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar terbabit. 


Difahamkan, itu bukan kali pertama anaknya menjadi mangsa buli. Pada tahun 2019, anaknya dibuli dan apabila lelaki itu pergi ke sekolah, dia dimaklumkan oleh guru yang mangsa dengan pembuli telah berbaik. 


Bagaimanapun dalam tahun yang sama, salah seorang daripada pembuli terbabit mengugutnya menggunakan pisau. Namun mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sehingga April 2020. Terkejut mendengar insiden tersebut, bapa mangsa terus memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah agar pembuli terbabit dikenakan tindakan. 


Malangnya, pada Julai 2020, pihak sekolah memaklumkan pelajar terbabit tidak lagi datang ke sekolah. Alasan yang diberikan itu mengundang rasa kecewa bapa mangsa. 


"Anak saya seorang yang pendiam dan sukar untuk menceritakan masalah dihadapinya selain takut dengan ugutan pelajar yang membuli serta mengarahkannya tidak membuka mulut. 


"Pihak sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas kejadian buli yang berlaku sehingga kejadian itu kerap berulang. Kejadian buli ini bukan saja berlaku kepada anak saya, malah beberapa pelajar lain dan pelajar yang suka membuli ini didalangi kira-kira 10 orang yang diketuai beberapa pelajar senior. 


"Kumpulan ini dipercayai merekrut pelajar junior untuk menyertai mereka, sebab itu kejadian ini berlarutan hingga anak saya yang kini berada di Tingkatan Empat masih dibuli oleh kumpulan sama," ujarnya. 


Bapa mangsa akan memfailkan saman terhadap sekumpulan pembuli terbabit, termasuk pengetua sekolah dan guru disiplin kerana cuai dan tidak menjalankan tugas mengikut prosedur Kementerian Pendidikan.  Dia juga sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dan tidak lagi berhasrat menghantar anaknya ke sekolah itu. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Pihaknya telah mengambil keterangan dari mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/05/kepala-anak-saya-ditendang-seperti-bola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ibu Bapa Nekad Saman Anak Menantu Rm2 8 Juta Bagi Tempoh Setahun Untuk Timang Cucu

Hiburan Ibu Bapa Nekad Saman Anak Menantu Rm2 8 Juta Bagi Tempoh Setahun Untuk Timang Cucu

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 268 hits
Di negara India baru baru ini kecoh dengan satu berita mengenai ibu bapa mahu menyaman anak serta menantu mereka sendiri kerana terlalu mahukan cucu dengan segera Lagi membuatkan hal itu lebih mendapat perhatian adalah jumlah saman yang ing...
Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 268 hits
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dah sinonim duit raya dengan anak anak Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga sanak saudara anak anak rakan atau jiran tetangga Memandangkan anak anak yang menerima dui...
S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 407 hits
LAIN orang lain rezeki dan ujiannya Begitulah juga kisah perkongsian wanita ini mengenai seorang lelaki warga emas yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah bank baru baru ini Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu pada perkongsian vide...
Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 240 hits
Untuk memegang title sebagai anak sulung bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang kerana tanggungjawab yang dipikul boleh dikatakan seakan akan sama seperti ibu bapa Apabila seseorang itu merupakan anak pertama di dalam keluarga menjadi ...
Ini 7 Perangai Anak Belajar Dari Tingkah Laku Ibu Bapa Tapi Ramai Tak Perasan

Ini 7 Perangai Anak Belajar Dari Tingkah Laku Ibu Bapa Tapi Ramai Tak Perasan

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 332 hits
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak anak Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa Lebih lebih lagi jika ada anak y...
Hiburan Orang Dah Puji Kita Buka Aib Ibu Bapa Galak Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

Hiburan Orang Dah Puji Kita Buka Aib Ibu Bapa Galak Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 234 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang wanita ini di laman Twitter mungkin dapat membuka mata anda terutamanya buat ibu bapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat dewasa Dalam hantaran tersebut wanita dikenali sebagai itu memberi nasihat ...
Padah Kongsi Video Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ibu Bapa Serah Diri Pada Polis

Padah Kongsi Video Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ibu Bapa Serah Diri Pada Polis

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 295 hits
PONTIAN Berikut video viral anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta sepasang suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini hari ini Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata Bahag...
Anak Pecahkan Patung Teletubbies Ibu Bapa Terpaksa Bayar Rm30 000 Video

Anak Pecahkan Patung Teletubbies Ibu Bapa Terpaksa Bayar Rm30 000 Video

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 243 hits
Patung Teletubbies kuning ini telah pun berada di kedudukannya sejak November tahun lalu dan tidak menghalang laluan pelanggan St Headline HONG KONG Ibu bapa seorang kanak kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 30 000 yua...
Selain Demam Ini Kesan Sampingan Selepas Vaksin Anak Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

Selain Demam Ini Kesan Sampingan Selepas Vaksin Anak Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 201 hits
Ada kalanya kesan selepas vaksin itu tidak terjadi sejurus sahaja suntikan diberikan Ia mungkin akan muncul selepas beberapa jam atau hari juga dianggap sebagai tanda vaksin berfungsi dengan baik Jadi selepas vaksin apa perlu buat jika si k...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hiburan Lagu Anta Permana Nyanyian Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles Iii Tersenarai Dalam The King S Music Room

Dia Marah Ambil Nyawa Sendiri Pada Hari Jadi Kim Soohyun Keluarga Kim Saeron Tampil Dedah Perkara Sebenar

Setiap Perdana Menteri Ada Cabaran Ada Kejayaan

Sabah Pusat Rasuah Sucikan Diri Di Mahkamah

Choosing The Right Galvanised Pipe Malaysia For Your Project Needs

Tangisan Sayu Remaja Ke 3 Tragedi Honda Jazz Selamat Disemadikan