Kepada Dong Zong Ketepi Kepentingan Diri Demi Perpaduan



Kepentingan diri tidak wajar diutamakan dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
Menurut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa, pendidikan sekolah vernakular sepatutnya tidak terlalu mengasingkan pelajar Cina dan bangsa-bangsa lain di Malaysia
Katanya, bermula dari Laporan Razak 1956 kepada Laporan Rahman Talib 1960 dan penilaian semula peranan pendidikan nasional pada 1974, kerajaan melihat pendidikan sebagai cara mencapai perpaduan antara kaum
“Demikianlah perpaduan menjadi agenda utama memacu pembangunan negara. Soalnya, apakah semua kita bergerak ke arah tersebut dalam kegiatan kita seharian?
“Atau kita hanya melihat kepentingan diri kita lebih utama daripada bergerak mencapai sebuah agenda nasional yang telah disepakati oleh semua pihak?
“Ingatlah bahawa kehidupan ialah tentang kadar keseimbangan antara apa yang kita ingini dan apa yang harus kita berikan,” katanya dipetik semasa merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa “Menerokai Masa Depan Pendidikan: Konsep, metodologi dan pragmatik” di Sekolah Menengah Tsun Jin.
Hampir 100 peserta menghadiri program anjuran Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) ini.
Mujahid berkata cabaran besar merealisasikan misi pendidikan bermula dengan persoalan bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam suasana hubungan kaum yang dicemari ucapan kebencian dan gelagat ahli politik yang menjurus kepada perkauman dan pandangan agama yang sempit.
Katanya, bidang pendidikan semasa perlu memahami bahawa tanpa satu visi dan misi nasional yang jelas, rakyat akan terheret dengan agenda kepentingan kumpulan sempit.
“Kita harus fokus kepada menolak semua kepentingan kekelompokan dan kepuakan kepada kepentingan dan kebaikan semua pihak melalui rundingan dan dialog berterusan,” katanya.
“Mempertahankan apa yang kita anggap benar dan betul bukanlah isu sebenarnya tetapi pendekatan hikmah, sikap rahmah dan punya kebijaksanaan adalah cabaran sebenarnya,” tambahnya.
Mujahid menegaskan kunci kepada perpaduan adalah meraikan kepelbagaian, dan kepelbagaian pula menuntut semua pihak menekankan keharmonian dalam menangani perbezaan.
“Keharmonian irama dan lagu tidak dapat dikecapi sekiranya kita mengambil langkah sendiri yang dibalas dengan langkah yang semakin tidak harmonis,” tambahnya.
Beliau memberi amaran keengganan meraikan kepelbagaian akan membawa kepada 2 jenis ekstremisme yang boleh menjejaskan bidang pendidikan negara.
“Satu ekstrim ialah jalur yang kasar dan keras dalam menafsirkan kehendak kaum dan agama (rasisme dan fanatisisme) manakala satu ekstrim lagi ialah jalur kebimbangan yang tidak berasas kepada apa sahaja yang dianggap ‘asing’ atas nama menjaga kepentingan lalu lahirlah ‘xenophobia’,” katanya.
Mujahid berkata, semua pertubuhan pendidikan, termasuk Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong), perlu ada satu pemikiran untuk mencapai agenda besar yang ditetapkan dasar negara.
“Saya amat meyakini kepada peranan Persatuan Pendidikan Dong Jiao Zong untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini kerana persatuan ini bukan sekadar menyemai benih atau menanam pokok tetapi mereka mendidik anak bangsa untuk mencapai aspirasi Perpaduan dan Kesepaduan Nasional,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25659

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Loyalis Bamsoet Nilai Airlangga Bolak Balik Art Golkar Untuk Kepentingan Diri Sendiri

Loyalis Bamsoet Nilai Airlangga Bolak Balik Art Golkar Untuk Kepentingan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 248 hits
Dia mengungkapkan Airlangga harus memberikan penjelasan agar kader kader Golkar tidak tertipu dengan pernyataan ketua umumnya sendiri Pasalnya Airlangga dinilai bolak balik Anggaran Rumah Tangga Golkar dengan menafsirkan tahap penjaringan p...
Mati Demi Pertahan Diri

Mati Demi Pertahan Diri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 326 hits
NEW DELHI Mangsa rogol berusia 23 tahun dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas dua hari kejadian dia dibakar oleh sekumpulan lelaki termasuk suspek yang pernah merogolnya Reuters yang memetik ANI melaporkan kejadian berlaku wanita t...
In Renewed Push Dong Jiao Zong Urges Chinese School Boards To Reject Jawi Script Lessons

In Renewed Push Dong Jiao Zong Urges Chinese School Boards To Reject Jawi Script Lessons

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 427 hits
Chinese education group Dong Jiao Zong and Chinese based NGOs want the state branches of the Chinese School Management Board Association to hold a meeting and refuse the implementation of Jawi script lessons in their vernacular schools Vern...
Cadangan Bodoh Ponteng Dong Zong Dituntut Minta Maaf

Cadangan Bodoh Ponteng Dong Zong Dituntut Minta Maaf

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 525 hits
Sebelum ini Dong Zong menggerakkan kempen mengumpul tandatangan membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Dong Zong pusat dan didakwa akan turut disertai sebahagian pertubuhan masyarakat...
Isu Jawi Desakan Dong Zong Jahat Tak Hormat Kementerian

Isu Jawi Desakan Dong Zong Jahat Tak Hormat Kementerian

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 439 hits
Desakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular disifatkan sangat jahat dan tidak menghormati Kementerian Pen...
Ex Dong Zong Leader Dies Scolding From Dr M Recalled

Ex Dong Zong Leader Dies Scolding From Dr M Recalled

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 446 hits
Quek Suan Hiang breathed his last yesterday at the age of 90 He had led the prominent Dong Zong for more than a decade before stepping down in 2005 He also headed the Suqiu which had courted Dr Mahathir Mohamad s wrath during his first tenu...
Education Ministry Dong Zong Jiao Zong Only Gave Us An Hour S Notice

Education Ministry Dong Zong Jiao Zong Only Gave Us An Hour S Notice

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 418 hits
Dong Zong chairman Tan Tai Kim says the group is adamant that the school s board of directors must be given the right to decide whether Jawi calligraphy should be taught to pupils PETALING JAYA Representatives from Chinese educationist grou...
Tardiness Due To Short Notice Says Moe In Response To Dong Zong

Tardiness Due To Short Notice Says Moe In Response To Dong Zong

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 488 hits
The Education Ministry claimed it was only given an hour s notice before Chinese education groups Dong Zong and Jiao Zong showed up at its office seeking a meeting yesterday The Star cited an unnamed ministry official as saying that at the ...
Dikaruniai Anak Spesial 10 Artis Ini Berjuang Demi Kesembuhan Buah Hati Tercinta Salut

Dikaruniai Anak Spesial 10 Artis Ini Berjuang Demi Kesembuhan Buah Hati Tercinta Salut

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 483 hits
Mulai dari penyakit langka hingga kelainan genetik para artis ini perjuangkan hal terbaik bagi anak anak mereka
Prn Sabah Bukan Calon Lompat Parti Rafizi Ingatkan Pkr Semangat Reformasi

Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

7 Ulam Power Untuk Badan Sihat

Perkembangan Terkini Redenominasi Rupiah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pemimpin Sekolah Mendapat Autonomi Dalam Pelaksanaan Pengajaran Bersama

Vpn Terbaik Untuk Pengguna Malaysia Selamat Laju

Jenis Daging Lembu Panduan Lengkap Power Untuk Pilih Potongan Terbaik

Bel M Tower Panduan Lawatan Pelancong Muslim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Kali Kedua Dak Akak Masuk Raudah

Filem Penghukum Nusantara Assassin

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk Ini Penjelasan Sebenar