Isu Jawi Desakan Dong Zong Jahat Tak Hormat Kementerian



(Isaweb) – Desakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular, disifatkan sangat jahat dan tidak menghormati Kementerian Pendidikan.
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, tindakan itu membuktikan bahawa kumpulan pendesak Cina berkenaan sangat konsisten dengan pendirian menentang apa sahaja pendekatan bagi mengukuhkan identiti kenegaraan dalam menyemai perpaduan antara kaum serta integrasi nasional.
Bukan sahaja tidak menghormati keputusan kementerian, malah katanya, Dong Zong juga jelas bersikap besar kepala dan sombong dengan sewenang-wenangnya menekan serta mengugut pihak berwajib dalam isu itu.
“Mentang-mentanglah mendapat sokongan para pimpinan DAP dan MCA, mereka rasa mereka kuat dan tidak boleh digugat oleh sesiapa termasuk Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri Malaysia.
“Fenomena ini memberikan mesej penting kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Dong Jiao Zong menjadi platform perjuangan bangsa Cina untuk bersepakat mempertahankan sistem persekolahan vernakular yang bercanggah dengan Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Dong Zong dan kumpulan pendidikan Cina lain membangkitkan kembali isu tulisan jawi apabila memaklumkan mahu menghantar memo kepada Kementerian Pendidikan untuk menuntut supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah rendah vernakular.
Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dilaporkan berkata, mereka tidak berpuas hati apabila lembaga sekolah tidak tersenarai sebagai pembuat keputusan dalam pengajaran jawi di sekolah vernakular tahun depan, walaupun sudah lima pertemuan diadakan dengan kementerian.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa jemaah menteri memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat sahaja dalam buku teks.
Katanya, jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksana secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.
Mengulas lanjut, Muhammad Lukman berkata, pendekatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sangat lunak dengan kumpulan rasis berkenaan juga menjadi antara faktor Dong Zong semakin kuat dan berani mendesak.
“Kerajaan harus bertegas dan tidak melayan kerenah mereka ini. Identiti kenegaraan dan perpaduan kaum adalah lebih utama untuk dipupuk daripada melayan desakan Dong Jiao Zong yang amat tidak berasas ini,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/11/28/isu-jawi-desakan-dong-zong-jahat-tak-hormat-kementerian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
In Renewed Push Dong Jiao Zong Urges Chinese School Boards To Reject Jawi Script Lessons

In Renewed Push Dong Jiao Zong Urges Chinese School Boards To Reject Jawi Script Lessons

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 368 hits
Chinese education group Dong Jiao Zong and Chinese based NGOs want the state branches of the Chinese School Management Board Association to hold a meeting and refuse the implementation of Jawi script lessons in their vernacular schools Vern...
Education Ministry Dong Zong Jiao Zong Only Gave Us An Hour S Notice

Education Ministry Dong Zong Jiao Zong Only Gave Us An Hour S Notice

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 323 hits
Dong Zong chairman Tan Tai Kim says the group is adamant that the school s board of directors must be given the right to decide whether Jawi calligraphy should be taught to pupils PETALING JAYA Representatives from Chinese educationist grou...
Tardiness Due To Short Notice Says Moe In Response To Dong Zong

Tardiness Due To Short Notice Says Moe In Response To Dong Zong

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 421 hits
The Education Ministry claimed it was only given an hour s notice before Chinese education groups Dong Zong and Jiao Zong showed up at its office seeking a meeting yesterday The Star cited an unnamed ministry official as saying that at the ...
Cadangan Bodoh Ponteng Dong Zong Dituntut Minta Maaf

Cadangan Bodoh Ponteng Dong Zong Dituntut Minta Maaf

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 435 hits
Sebelum ini Dong Zong menggerakkan kempen mengumpul tandatangan membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Dong Zong pusat dan didakwa akan turut disertai sebahagian pertubuhan masyarakat...
Kepada Dong Zong Ketepi Kepentingan Diri Demi Perpaduan

Kepada Dong Zong Ketepi Kepentingan Diri Demi Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 235 hits
Kepentingan diri tidak wajar diutamakan dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Menurut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa pendidikan sekolah vernakular sepatutnya tidak terlalu mengasingkan pelajar C...
Ex Dong Zong Leader Dies Scolding From Dr M Recalled

Ex Dong Zong Leader Dies Scolding From Dr M Recalled

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 335 hits
Quek Suan Hiang breathed his last yesterday at the age of 90 He had led the prominent Dong Zong for more than a decade before stepping down in 2005 He also headed the Suqiu which had courted Dr Mahathir Mohamad s wrath during his first tenu...
Hormat Keputusan Mahkamah Ajar Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

Hormat Keputusan Mahkamah Ajar Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 270 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa diiringi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Dong Zong Low Chee Chong bergambar kenangan bersama ahli akademik dan peserta seminar ketika hadir pada Seminar Akademik Antarabangsa Mene...
Orang Berbuat Jahat Terus Dipandang Jahat Ermm

Orang Berbuat Jahat Terus Dipandang Jahat Ermm

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 405 hits
Semoga Kak Hana tak marahkan Tedi hehehe Ini adalah sedikit coretan Tedi selepas membaca komentar Kak Hana bertajuk Orang berbuat jahat terus dipandang jahat di Bukan nak menjawab cuma nak melempiaskan apa yang Tedi terfikir Persepsi manusi...
Buat Baik Berpada Pada Buat Jahat Jangan Sekali

Buat Baik Berpada Pada Buat Jahat Jangan Sekali

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1084 hits
Nampaknya siri memperlekehkan Peribahasa Melayu semakin banyak Tedi jumpa Kali ini peribahasa Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali pula menjadi mangsa Sebelum Tedi mengulas lanjut biarlah Tedi lampirkan dulu sumber2 yang berkaita...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti