Aliran Trafik Plus Lebih 1 Juta Bermula 10 Jun 2020



Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Di antara kelonggaran yang telah diberi adalah seperti berikut;
1- Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

2- Perkhidmatan gunting rambut, salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu,bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan
dibenarkan.

3- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

4- Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

5- Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

6- Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

7- Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

8- Beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Teks Perutusan YAB PM-PKPP-07062020
Pautan : https://drive.google.com/file/d/15tR65XGWmttnNQ4ISbKbBiHrY2905-P7/view?usp=sharing


Sejujurnya perkara yang paling menarik tentang pengumuman ini adalah kebenaran rentas negeri. Sementelahan kita masih lagi dipertengahan Syawal, pasti ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung dan meraikan hari raya Aidilfitri.

Perkara ini turut menarik perhatian pihak PLUS dan mereka menjangkakan sehingga 15 peratus tambahan aliran trafik bermula 10 Jun sehingga 14 Jun. Jumlah kenderaan pada hari biasa menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada hari biasa dicatat sebanyak 1 juta.

Untuk makluman umum, semua gerai R&R termasuk tempat makan dibuka mulai 15 Jun ini, selain PLUS akan menjalankan kerja pembersihan menyeluruh di semua R&R sebagai langkah tambahan bagi kerja pembersihan berjadual. Transaksi langsung bagi urusan tambah nilai di lorong perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go tidak disediakan bagi membendung penularan COVID-19.

PKPP: PLUS jangka aliran trafik lonjak hingga 15 peratus
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697761/pkpp-plus-jangka-aliran-trafik-lonjak-hingga-15-peratus

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2020/06/aliran-trafik-plus-lebih-1-juta-bermula.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Nova 7 Dan Nova 7 Se Bakal Dipasarkan Di Malaysia Bermula 19 Jun 2020

Huawei Nova 7 Dan Nova 7 Se Bakal Dipasarkan Di Malaysia Bermula 19 Jun 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 548 hits
Huawei Malaysia kini telah hadir dengan video acah baru untuk siri peranti Huawei Nova 7 sekaligus memperlihatkan mereka akan memasarkannya bermula 19 Jun 2020 ini di Malaysia Huawei Nova 7 merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi...
Harga Ron 95 Dan Ron 97 Naik 5 Sen Bermula Esok Hingga 12 Jun 2020

Harga Ron 95 Dan Ron 97 Naik 5 Sen Bermula Esok Hingga 12 Jun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 413 hits
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menerusi kenyataan media mengumumkan harga runcit bagi produk petroleum bagi tempoh 6 Jun 2020 sehingga 12 Jun 2020 Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formu...
Gbp Usd 12 Jun Cot Laporan Pedagang Aliran Menaik Lebih Tenang Kdnk Uk Pada Bulan April Tolak 20 4

Gbp Usd 12 Jun Cot Laporan Pedagang Aliran Menaik Lebih Tenang Kdnk Uk Pada Bulan April Tolak 20 4

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 320 hits
GBP USD 1H Helo pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar AS meneruskan proses jatuh setelah ditutup untuk kali kedua di bawah koridor trend menaik Oleh itu mod pedagang masih berubah menjadi lemah dan latar belakang maklumat t...
Dengan Lebih 4 Juta Undian Son Yejin Dinobat Most Beautiful Woman Of 2020

Dengan Lebih 4 Juta Undian Son Yejin Dinobat Most Beautiful Woman Of 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 352 hits
Kalau anda anda dah lama mengikuti arena hiburan Korea dan juga seluruh dunia pasti anda pernah dengar mengenai undian Most Beautiful Woman yang berlangsung hampir saban tahun Tahun 2020 juga tidak ketinggalan apabila undian untuk ranking i...
Bermula 2 Jun 2020 Permohonan Baharu Lesen Arak Dibekukan Serta Merta

Bermula 2 Jun 2020 Permohonan Baharu Lesen Arak Dibekukan Serta Merta

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 527 hits
Foto FacebookMaklumat daripada Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bermula 2 Jun 2020 Permohonan Baharu Lesen Minuman Keras dibekukan serta merta Syabas diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa yang menerajui...
Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Ekonomi Malaysia dijangka berada di landasan pemulihan bermula akhir tahun ini dan kembali kepada pertumbuhan memasuki 2021 kata Bank Dunia Pengurus Negaranya bagi Malaysia Dr Firas Raad berkata negara perlu meneruskan la...
Rakyat Malaysia Disaran Menggunakan Minyak Petrol Petronas Untuk Pergerakan Rentas Negeri Bermula 10 Jun Ini

Rakyat Malaysia Disaran Menggunakan Minyak Petrol Petronas Untuk Pergerakan Rentas Negeri Bermula 10 Jun Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 682 hits
Umum mengetahui bahawa 10 Jun 2020 rakyat Malaysia di benarkan untuk membuat pergerakan rentas negeri selepas selama 3 bulan di kenakan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac 2020 Sejak dari hari tersebut ekonomi Malaysia telah jatuh dan k...
Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Minggu Pertama Jun

Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Minggu Pertama Jun

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 575 hits
PUTRAJAYA Sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes COVID 19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah a...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze