Kenyataan Sakit Hati


 
Apa yang PT95 kata tu betoi. Tapi jangan sakit hati, jangan dengki kalau puak UMNO sokong DSAI untuk bentuk kerajaan bagi selamatkan negara. At least depa bagi peluang.

Soal nak tarik sokongan tu sape-sape pun boleh buat. Tak semestinya UMNO.

Bersatu pernah tarik sokongan kepada PH. Kartel pernah buat. Puak pejuWANG pernah berada dlm PH pun tak pernah sokong atau hormat DSAI. At least kali ini, DSAI dpt peluang perbaiki ekonomi. DSAI jauh lebih baik dan tidak akan suka hati berbahagi jawatan dan ghanimah mcm Abah Yiddin.

Sekurang-kurangnya DSAI dapat peluang unutk buktikan laungan dia membela rakyat selama ini. Kalau harapkan PT95, pejuWANG, Mat SEBULU dan Warisan lsg tak sokong DSAI dan tak bagi peluang.

So PT95 tak payah lah dengki. Biar prosesnya berjalan dan YDPA yg tentukan samada boleh atau tidak DSAI dilantik sbgai PM.

Sabaqlah PT95 oiii...

Harus diingat, Abah Yiddin tak le seTOLOL PT95 yg terus letak jawatan takdan pun bincg dgn rakan2 atau ditentukan oleh MP2 di Dewan Rakyat samada masih cukup sokongan atau tidak.

- Zus Din

24 September 2020

P/s : takde plak letterhead atau Logo pejabat MP Langkawi? Smlm macai sibuk pertikaikan aku post kenyataan media Zahid yg takde letterhead atau logo rasmi. Apa kejadah?

*******************

KENYATAAN MEDIA (PT95)

1. Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kita simpulkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoritinya di Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

2. Jika kita menerima kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid adalah benar di atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka Tan Sri Muhyiddin tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

3. Yang penting sekarang ialah meneliti samada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti untuk kekal dikerusinya. Samada Datuk Seri Anwar mempunyai majoriti adalah perkara kedua dan ini sesuatu yang perlu dia buktikan.

4. Umum tahu bahawa majoriti yang dipunyai oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara satu atau dua orang sahaja – maka jika seorang atau dua orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Tan Sri Muhyiddin.

5. Bagi pihak saya, Tan Sri Muhyiddin dari peringkat awal lagi tidak mempunyai majoriti tetapi telah berjaya menutup kebenaran itu dengan membawa ketua-ketua parti mengadap DYMM Yang diPertuan Agong dan membuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.

6. Kerana itu, sejak dari perisytiharan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, saya telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.

7. Jika Tan Sri Muhyiddin berjaya mengalahkan undi tidak percaya itu maka selepas itu tidak timbul lagi isu dia tidak dapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

8. Jika dia kalah, Ahli-Ahli Dewan Rakyat berpeluang mengusulkan calon Perdana Menteri yang baru dan sesiapa yang mendapat majoriti akan dapat menerajui Kerajaan tanpa terlalu banyak tekanan berkaitan legitimasi.

9. Jika ini dapat kita lakukan maka kita dapat mengelakkan dari perlunya mengadakan pilihan raya umum pada ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19.

10. Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah saya nyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin awal-awal lagi.

11. Ketika itu saya membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah.

12. Tetapi Tan Sri Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai.

13. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di atas tujuh tuduhan kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Muhyiddin.

14. Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid semalam mengesahkan bahawa sokongan dari UMNO memang bersyarat.

15. Dan sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar juga pasti bersyarat walau tidak diumum. Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid. Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Tan Sri Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan Kerajaan.

16. Terpulanglah kepada Tan Sri Muhyiddin memikir akan pilihan yang terbuka padanya.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Ahli Parlimen Langkawi

24 September 2020










 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kenyataan-sakit-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sabah Minta Pemimpin Parti Hati Hati Keluarkan Kenyataan

Pas Sabah Minta Pemimpin Parti Hati Hati Keluarkan Kenyataan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 368 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 12 pmMUKTAMAR PAS Perwakilan PAS Sabah mengingatkan pimpinan parti mereka supaya berhati hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo Setiausaha P...
Imam Masjid Sedang Pimpin Shalat Dibacok Jamaahnya Pelaku Diduga Sakit Hati Karena Kotak Amal

Imam Masjid Sedang Pimpin Shalat Dibacok Jamaahnya Pelaku Diduga Sakit Hati Karena Kotak Amal

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 515 hits
Seorang imam masjid bernama Muhammad Arif diserang jamaahnya sendiri saat sedang memimpin shalat Maghrib di Kecamatan Kayu Agung Ogan Komering Ilir Sumatera Selatan Setelah membacok di bagian leher korban pelaku sempat melarikan diri namun ...
Tingginya Akhlak Dan Budi Misi Sakit Hati

Tingginya Akhlak Dan Budi Misi Sakit Hati

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 279 hits
Nizam Aka Amboiii tingginya akhlak dan budi Semasa bapa kamu nak dilantik sebgai PM kali yang ke 2 Dsai lah yang telah mengarahkan semua Ahli ahli Parlimen yang mewakili PKR supaya menyokong bapa sebagai PM dan berdiri teguh di belakang bap...
Paling Sakit Ujian Melibatkan Hati Perasaan Lisdawati Buat Ramai Tertanya Tanya

Paling Sakit Ujian Melibatkan Hati Perasaan Lisdawati Buat Ramai Tertanya Tanya

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 471 hits
Setiap hari kita akan diuji Adakah kita mampu utk menghadapinya Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga Persoalannya Adakah perlu kita diam makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusut...
Sakit Hati Dimaki Ferry Gorok Istri Kedua

Sakit Hati Dimaki Ferry Gorok Istri Kedua

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 278 hits
Kapolrestabes Medan Kombes Pol Riko Sunarko mengatakan penyidik sebenarnya sudah mengungkap kasus ini sejak 2 hari ditemukannya jenazah Fitri pada Minggu Namun Ferry yang diduga kuat sebagai tersangka pembunuhan itu melarikan diri
Wow Sedapnya Mango Bingsu Ni Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Makan Berebut

Wow Sedapnya Mango Bingsu Ni Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 453 hits
Bingsu yang cukup terkenal di Korea ini merupakan pencuci atau pemanis mulut yang menyegarkan Taburan beraneka buah buahan segar di atasnya buat hidangan Bingsu jadi cukup berselera Jika bosan dengan hidangan yang sama sesekali raikanlah an...
Suami Baru Je Selesai Kahwin Lain Ini Luahan Hati Rosyiiah Selepas Hidup Bermadu

Suami Baru Je Selesai Kahwin Lain Ini Luahan Hati Rosyiiah Selepas Hidup Bermadu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 406 hits
Sejak semalam tular gambar seorang wanita mengiringi ke majlis pernikahan suami sendiri Hantaran yang ditulis wanita terbabit Ke majlis sanding suamiku bersama beberapa keping gambar suaminya lengkap persalinan perkahwinan telah mencuri tum...
Ngo Tidak Puas Hati Gesa Ambika Didakwa Dengan Pertuduhan Baru

Ngo Tidak Puas Hati Gesa Ambika Didakwa Dengan Pertuduhan Baru

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 284 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan majikan yang dituduh membunuh pembantu rumah warga Indonesia dua tahun lalu mengundang ketidakpuasan hati pihak yang terlibat NGO Tenaganita menggesa Jabatan P...
Cek Fakta Hati Hati Akun Facebook Palsu Bupati Bekasi Minta Sumbangan Dana Covid 19

Cek Fakta Hati Hati Akun Facebook Palsu Bupati Bekasi Minta Sumbangan Dana Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 232 hits
Akun Facebook mengatasnakan Bupati Bekasi Eka Supria Atmaja meminta sumbangan dana Covid 19 adalah akun palsu Eka menengaskan akun Facebook yang mencatut namanya adalah modus penipuan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia