Kenyataan Media Rasmi Ym Dato Seri Paduka Diraja Dato Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato Seri Baba Mrf Consultant Sdn Bhd


Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 23 Mac 2025, satu pertemuan bersama media telah diadakan bagi mewar-warkan Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd. Berikut adalah intipatinya :

Salam Sejahtera dan selamat tengahari, Terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan syukur dan berterima kasih kepada semua jemputan yang hadir serta rakan media yang dihormati sekalian. Kami turut ingin mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita kurniakan negara Malaysia keamanan dan kesejahteraan hendakNya. Saya Jaspal Singh sebagai peguam dan jurucakap sidang media pada hari ini. saya mewakili YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba (YM Dato’ Sri) dan MRF Consultant (M) Sdn Bhd (MRF).  

Tujuan YM Dato’ Seri dan MRF mengadakan kenyataan rasmi ini untuk menyampaikan beberapa perkara penting untuk perhatian awam serta tindakan lanjut pihak-pihak yang berkaitan. Sidang media ini kami tidak membuka ruang sesi soal jawab soalan untuk bertanya dari wartawan. Berikut adalah kenyataan kami; 
I. TUDUHAN KES DI MAHKAMAH Pengurusan tertinggi MRF telah memutuskan setelah mengambil kira perbincangan, nasihat perundangan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa oleh pihak berwajib. MRF menyatakan bahawa Pengasas kepada syarikat ini iaitu YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba (YM Dato’ Sri) di dapati tidak terlibat dengan kesalahan jenayah dan tidak disabitkan dengan mana mana jatuh hukuman yang dikenakan terhadapnya. YM Dato’ Sri telah memberikan kerjasama yang sangat baik serta akur dengan segala arahan yang berkuatkuasa ke atas beliau sepanjang prosiding mahkamah berjalan. Pihak kami telah mengemukakan dokumen-dokumen pengesahan berhubung pertuduhan ke atasnya. Inshaa Allah (Biiznillah), ada beberapa lagi keputusan positif yang akan diperolehi oleh YM Dato’ Sri dalam terdekat ini melalui pihak Mahkamah. Sesungguh Pengurusan MRF amat bersyukur dengan keputusan ini dan meminta semua pihak yang terbabit akur dan tidak lagi melakukan ganggu kacau serta memfitnah beliau serta MRF lagi

Sehubungan dengan itu, YM Dato’ Sri meminta semua pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti menyebarkan fitnah, menghina, menghasut dan apa-apa perbuatan yang terkutuk tersebut dengan mengaitkan diri beliau, seluruh keluarganya serta mana-mana orang berhubung kerjasama MRF di minta untuk berhenti dengan perbuatan yang dimaksudkan serta merta.   


II. KENYATAAN MEDIA 11 JANUARI 2024  Sesungguhnya YM Dato’ Sri telah memberikan tempoh yang panjang kepada pihak-pihak yang berkaitan perkara ini melalui satu kenyataan media rasmi yang telah disebarkan melalui media massa (Facebook) rasmi MRF Consultant (M) Sdn Bhd  bertarikh 11 Januari 2024 yang lalu agar pihak berkaitan hadir bertemu YM Dato’ Sri bagi permohonan maaf kepada  beliau. Namun tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut. Bermula dari kenyataan ini dikeluarkan MRF telah bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mana-mana pihak yang masih lagi tidak memadamkan posting perkara yang dimaksudkan di atas sama ada gambar, kenyataan melalui pelbagai media akan diambil tindakan dan saman dari pihak MRF.  
III. TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF  YM Dato’ Sri dan MRF turut menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkepentingan serta mana-mana yang disifatkan berpengaruh untuk membuat kenyataan rasmi seperti maksud dalam perkara I tersebut agar membersihkan nama baik YM Dato’ Sri dan pihak berkaitan yang mempunyai hubung kait dengan MRF  sebelum ini sehingga YM Dato’ Sri dan MRF menanggung kerugian yang besar. Hal ini termasuk membabitkan kerugian kepada pemohon-pemohon projek Rumahku Syurgaku (RKSK), senarai calon penerima pakej umrah serta lain-lain lagi yang telah kerugian menerima manfaat dari MRF. 
IV. RUMAHKU SURGAKU (RKSK) MRF turut menyatakan dalam kenyataan ini, bahawa bersetuju untuk melaksanakan semula projek Rumahku Syurgaku (RKSK) dengan peraturan yang baru dengan pemantauan oleh pihak berkuasa. Perlaksanaan akan dijalankan setelah semua kelulusan dan dokumentasi lengkap diterima daripada pihak berkaitan. MRF minta agar semua pihak termasuk mereka yang berminat dalam projek ini untuk bersabar sehingga satu kenyataan baru yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan MRF akan datang. 

V. SUMBER KEWANGAN MRF MRF menegaskan bahawa sumber kewangan syarikat adalah sumber yang jelas dan telah disiasat oleh pihak berkuasa kerajaan di bawah AMLA. (Money laundering and terrorism financing (ML/TF)). MRF telah menerima dokumen pengesahan perintah pembatalan penyitaan dibawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA)2001 (AKTA 613). 
VI. PENAFIAN NAMA INDIVIDUSeterusnya berhubung proses kelulusan dan pengurusan kewangan MRF, Pihak MRF menegaskan TIDAK mengunakan mana-mana nama Individu atau nama pertubuhan berdaftar dalam proses urusan ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, sekiranya mana-mana nama individu atau pertubuhan yang dikaitkan dalam perkara ini diminta berjumpa terus dengan pihak pengurusan tertinggi MRF dan mengemukakan bukti agar Pengurusan MRF dapat mengesahkan kesahihannya. MRF amat memandang serius perkara ini dan jika didapati tidak sah, Kami MRF akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat. 
VII. PROSES PENGURUSAN PERBANKANYM Dato’ Sri meminta agar institusi perbankan yang mempunyai hubung kait serta urusan kerjasama dengan MRF supaya dapat memberi perhatian dan melancarkan urusan MRF bagi urusan pengeluaran dana selanjutnya. Sekiranya beliau dan MRF masih tidak menerima layanan baik dari Institusi perbankan seperti yang dimaksudkan. YM Dato’ Sri dan  MRF sedia untuk mengadakan sidang media khas kedua berhubung perkara ini dan mengemukakan dokumen berkaitan kepada media.   
VIII. PINJAMAN DANA TANPA FAEDAH Selanjutnya, YM Dato’ Sri dan MRF ingin mengumumkan satu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkeperluan dan berkepentingan bahawa MRF bersedia dan mengalu-alukan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan yang sahih dan berdaftar untuk membuat pinjaman tanpa faedah serta bersetuju bersama mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa daripada MRF. Pihak yang dimaksudkan boleh mengemukakan proposal, kertas kerja, dokumen-dokumen berkaitan kepada MRF bagi diproses penilaiannya serta kelulusan selanjutnya. Berkuatkuasa permohonan boleh dilakukan selepas Mei 2025 ini. 
 IX. TUNTUTAN ANAK KANDUNG YM Dato’ Sri menegaskan dan menafikan tuduhan melalui bekas suami dan keluarganya terhadap dirinya berhubung perkara-perkara fitnah yang dilemparkan sehingga terdapat pihak-pihak terpengaruh dengan fitnah ini bagi YM Dato’ Sri membuat tuntutan hak jagaan anak beliau yang dinafikan sebelum ini. YM Dato’ Sri bersetuju untuk menuntut semula hak jagaan anak beliau agar beliau tidak lagi di ganggu oleh bekas suami dan keluarganya. 

 X. TINDAKAN PERUNDANGAN MRF turut bertegas untuk mengambil tindakan kepada penyebaran fitnah di media sosial membabitkan MRF termasuk berkaitan Pemilik MRF sendiri. Demikian juga, Pengurusan MRF turut menuntut permohonan maaf dari mana-mana pihak secara terbuka agar nama baik MRF dan Pemilik MRF dapat dibersihkan. 
Akhir sekali YM Dato’ Sri dan MRF memberikan penegasan sekali lagi bahawa segala kenyataan rasmi diberikan mempunyai maksud yang tersurat dan diambil perhatian kepada mereka yang terbabit. MRF masih lagi menjaga nama baik mereka yang terlibat agar mereka secara sukarela membersihkan nama baik MRF dan pemilik MRF. Segala rezeki ini adalah daripada Allah SWT yang Maha Kaya yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang meminta kepada-Nya. Sekian Terima kasih.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2025/03/kenyataan-media-rasmi-ym-dato-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 236 hits
Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Raya nak ke mana Anyamlah anyam Jangan tak anyam Anyam ketupat Biarlah cepat Bangunlah abang Bangunlah sayang Pergilah bersiap Marilah kita raya yang Raya raya nak kemana Raya raya nak ber...
Raya Nak Ke Mana Buah Tangan Dato Sri Siti Nurhaliza Sempena Lebaran Kali Ini

Raya Nak Ke Mana Buah Tangan Dato Sri Siti Nurhaliza Sempena Lebaran Kali Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 167 hits
Selepas ketandusan lagu raya berbentuk tradisional dan juga zapin kini Dato Sri Siti Nurhaliza tampil buah tangan terbaru sempena raya tahun ini Lagu ciptaan komposer berbakat besar Aisha Retno dan adiknya RADi manakala lirik ditulis oleh A...
Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 111 hits
Seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen apabila dikatakan memiliki rupa paras sama seperti Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok kanak kanak perempuan yang dikenali sebagai Fif...
Nama Muhammad Abdul Siti Nur Jadi Pilihan Ibu Bapa Namakan Anak

Nama Muhammad Abdul Siti Nur Jadi Pilihan Ibu Bapa Namakan Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 105 hits
Nama Muhammad Abdul Siti Nur jadi pilihan ibu bapa namakan anak Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Badrul Hisham Alias nama nama seperti Muhammad Abdullah Abdul Nur Siti dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan ...
Muhammad Abdul Nur And Siti Malaysia S Timeless Baby Name Favourites

Muhammad Abdul Nur And Siti Malaysia S Timeless Baby Name Favourites

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 103 hits
THE names Muhammad Abdul Nur and Siti continue to top Malaysia s baby name charts reflecting deep cultural roots and Islamic identity according to the National Registration Department JPN director general Badrul Hisham Alias said these name...
Orang Ramai Diminta Agar Berhati Hati Dengan Kewujudan Akaun Media Sosial Palsu Kerabat Diraja Pahang

Orang Ramai Diminta Agar Berhati Hati Dengan Kewujudan Akaun Media Sosial Palsu Kerabat Diraja Pahang

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Orang ramai diminta agar berhati hati serta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial yang menggunakan nama Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerabat diraja Pa...
Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 221 hits
Anta Permana lagu ikonik nyanyian Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini turut mencuri perhatian Raja Britain Raja Charles III sebagai salah satu pilihan peribadi Baginda Dalam satu perkongsian eksklusif di media sosial The Royal F...
Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Bekas pemain Pahang Zulhamizan Zakaria menyifatkan tindakan pemilik Johor Darul Ta zim Tunku Mahkota Ismail mengumumkan skuad Tok Gajah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan sebagai khabar angin Zulhamizan yang ...
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 146 hits
Pelaburan dalam Sapura Energy Bhd bukan dana hangus ia adalah suntikan untuk membantu vendor dan perlu dibayar semula PM RM1 1 bilion akan disalurkan terus kepada vendor yang terlibat dalam industri minyak dan gas yang dikendalikan oleh Sap...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minimalist Apartment In Moscow Blends Warmth And Precision

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

100 Genius Diy Pallet Outdoor Ideas To Transform Your Yard

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Insulting Fb Post On Agong President Xi From Hacked Acct Leads To Massive Racist Tirades But