Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang




KUANTAN: Bekas pemain Pahang, Zulhamizan Zakaria menyifatkan tindakan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengumumkan skuad Tok Gajah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sebagai khabar angin.
Zulhamizan yang beraksi bersama Tok Gajah selama lapan tahun dari 1990 hingga 1998 berkata, dia agak terkilan apabila pihak lain tampil menyatakan Sri Pahang menarik diri dari Liga M musim depan.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ia dianggap sebagai khabar angin selagi pemilik Sri Pahang, Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah tidak mengeluarkan kenyataan rasmi.
"Saya tidak menafikan kemelut kewangan berlaku dalam kem Sri Pahang sejak beberapa bulan lalu, namun ia masih lagi pada tahap boleh lagi menguruskan pasukan hingga ke hari ini.
"Malah, saya difahamkan pemain Tok Gajah Rabu lalu sudah menerima dua bulan gaji, mereka akan menerima gaji lagi sebelum Aidilfitri atau selewat-lewatnya sebelum sepak mula final Piala Malaysia bulan depan.
"Faktor berkenaan membuktikan masalah kewangan masih lagi boleh diatasi oleh pihak pengurusan," katanya dihubungi di sini hari ini.
Beliau yakin Tengku Abdul Rahman masih sayangkan pasukan Tok Gajah dan ingin melihat skuad berkenaan terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia musim depan.
"Sebelum keputusan rasmi mengenai nasib Sri Pahang dibuat, saya berharap peminat Tok Gajah dapat turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan pada pasukan kesayangan kita di pentas final Piala Malaysia.
"Kehadiran peminat Pahang mampu mengubah keputusan, kejayaan perlawanan akhir itu mungkin mampu menyuntik semula semangat pemilik Sri Pahang (Tengku Abdul Rahman) untuk terus memimpin pasukan seterusnya kekal dalam Liga M musim depan," katanya.
Rabu lalu, Tunku Mahkota Ismail mendakwa dua pasukan yang memiliki sejarah dalam Liga M - Sri Pahang dan Kedah - tidak akan beraksi dalam kancah liga utama negara musim depan. #BHARIAN
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/skuad-tok-gajah-tidak-akan-beraksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liga Super 2024 Temerloh Ibarat Lubuk Tok Gajah Tiada Luck Sekali Lagi Tumpas Di Laman Sendiri

Liga Super 2024 Temerloh Ibarat Lubuk Tok Gajah Tiada Luck Sekali Lagi Tumpas Di Laman Sendiri

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 128 hits
PERLAWANAN tertunda Liga Super 2024 antara Sri Pahang dan Kuching City FC menyaksikan pasukan pelawat berjaya mencuri tiga mata penuh dalam aksi yang berlangsung di Stadium Temerloh Pahang Sri Pahang dilihat berdepan kesukaran untuk mematah...
Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Tidak menyangka sedih dan kecewa antara ungkapan rata rata penyokong setia Sri Pahang FC selepas tersebar berita skuad Pantai Timur itu tidak mampu meneruskan saingan Liga Malaysia musim depan Mereka seolah tidak mampu menerima keny...
Penonton Perlawanan Liga Super Antara Sri Pahang Fc Dan Kuching City Fc Hanya Perlu Keratan Tiket

Penonton Perlawanan Liga Super Antara Sri Pahang Fc Dan Kuching City Fc Hanya Perlu Keratan Tiket

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Penonton perlawanan Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada November lalu hanya perlu membawa keratan tiket untuk menyaksikan aksi tertunda kedua dua pasukan Selasa ini Ketua P...
Jamal Nasir Tak Terkejut Sri Pahang Dibubar Musim Depan Pengurusan Pasukan Tok Gajar Perlu Ditukar

Jamal Nasir Tak Terkejut Sri Pahang Dibubar Musim Depan Pengurusan Pasukan Tok Gajar Perlu Ditukar

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 325 hits
KUANTAN Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail tidak terkejut jika Sri Pahang tidak beraksi dalam Liga Super ataupun dibubarkan terus musim depan Jamal mengiyakan dakwaan pemilik Johor Darul Ta zim Tunku Mahkota Ismail yang meny...
Tengku Mahkota Johor Dedahkan Pasukan Sri Pahang Fc Dan Kedah Fc Mungkin Tidak Beraksi Musim Depan

Tengku Mahkota Johor Dedahkan Pasukan Sri Pahang Fc Dan Kedah Fc Mungkin Tidak Beraksi Musim Depan

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 311 hits
PASUKAN Sri Pahang dan Kedah Darul Aman FC berkemungkinan besar tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan Perkara itu didedahkan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong Joho...
Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Sri Pahang menamatkan kemarau kemenangan lebih empat bulan dalam saingan Liga Super apabila menewaskan PDRM 3 1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi Kali terakhir skuad Tok Gajah merekodkan kemenangan dalam liga ad...
Zainal Dakwa Situasi Yang Ganjil Jika Sri Pahang Fc Tiada Dalam Radar Bola Sepak Tempatan Musim Depan

Zainal Dakwa Situasi Yang Ganjil Jika Sri Pahang Fc Tiada Dalam Radar Bola Sepak Tempatan Musim Depan

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Legenda bola sepak Pahang Datuk Zainal Abidin Hassan menegaskan ia satu suasana yang ganjil untuk disaksikan sekiranya Sri Pahang FC hilang daripada radar bola sepak tempatan pada musim depan Menurutnya skuad Tok Gajah adalah s...
Penjaga Gol Kedua Sri Pahang Fc Sedia Bila Bila Masa Jika Khidmatnya Diperlukan Pada Aksi Final Piala Malaysia

Penjaga Gol Kedua Sri Pahang Fc Sedia Bila Bila Masa Jika Khidmatnya Diperlukan Pada Aksi Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Penjaga gol kedua Sri Pahang FC Azfar Arif Mohd Sukri sentiasa bersedia pada bila bila masa jika khidmatnya diperlukan skuad itu terutama menjelang final Piala Malaysia 12 April depan Pemain berusia 26 tahun itu berkata sebagai bent...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti