Kenyataan Media Perdana Menteri






Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah menggerakkan Ops Tiris yang telah berlangsung sejak 1 Mac 2023 yang mana ia bertujuan bagi membanteras permasalahan penyelewengan minyak diesel bersubsidi tatkala ia memanfaatkan pihak yang tidak layak.


Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824.00 telah dirampas.


Justeru, atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Ops Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakup barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1KG, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).


Sehingga 14 Jun 2024, sejumlah RM12,956,089.96 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng.


Lantaran itu, Kerajaan Madani akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.


Subsidi tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya. Malah, Kerajaan masih perlu menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.


Tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.


Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.


Selain itu, Kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak Kerajaan ini mengambil alih tampuk kepimpinan meski harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt.


Sebagai contoh dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga
RM33-RM35.


Perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.


Selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.


Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.


Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.


Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.


Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani Kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat.


 
ANWAR IBRAHIM
17 Jun 2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/kenyataan-media-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 429 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa syarikat penghantaran makanan memastikan prosedur penghantaran makanan melibatkan makanan halal ditambah baik bagi mengelakkan kesilapan oleh semua pihak Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berka...
Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri Sempena Mesyuarat Pra Kabinet

Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri Sempena Mesyuarat Pra Kabinet

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 123 hits
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri bersempena mesyuarat Pra Kabinet Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di ...
Kkm Ketepikan Pemegang Taruh Isu Parallel Pathway Kenyataan Media Ppim 12 06 2024

Kkm Ketepikan Pemegang Taruh Isu Parallel Pathway Kenyataan Media Ppim 12 06 2024

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 615 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyisihkan pendapat pakar perubatan yang menentang laluan selari dan pihak berkepentingan lain terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971...
Perdana Menteri Luangkan Masa Ziarah Wan Rosdy Di Institut Jantung Negara

Perdana Menteri Luangkan Masa Ziarah Wan Rosdy Di Institut Jantung Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara Perdana Menteri memaklumkan keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau me...
Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 132 hits
KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH NASIONAL 12 Jun 2024KERAJAAN DAN PEMBANGKANG SEPAKAT BUKTI RASIONALISASI SUBSIDI ADALAH TEPATKesepakatan pembangkang dalam dasar rasionalisasi subsidi diesel yang diumumkan oleh kerajaan adalah bukti bahawa kera...
Rasinonalisasi Subsidi Bukan Untuk Naikkan Elaun Menteri Kata Pm

Rasinonalisasi Subsidi Bukan Untuk Naikkan Elaun Menteri Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 246 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan wang hasil subsidi yang disasarkan semula tidak akan digunakan untuk menaikkan elaun menteri kementerian lain Beliau berkata penjimatan RM4 juta itu akan dibelanjakan untuk menampung kos pen...
Tiada Tarikh Akhir Tamatkan Kemiskinan Di Sabah Kata Menteri

Tiada Tarikh Akhir Tamatkan Kemiskinan Di Sabah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 350 hits
TARIKH akhir Julai yang ditetapkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di Sabah tidak boleh dilihat sebagai jangka waktu untuk mencapai sasaran itu tetapi sebagai nasihat menggiatkan lagi usaha untuk menamat...
Sabah Turut Rancang Teruskan Program Mm2h Sendiri Kata Menteri

Sabah Turut Rancang Teruskan Program Mm2h Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 197 hits
SABAH kini turut mengumumkan rancangan untuk meneruskan program Malaysia Rumah Keduaku versinya sendiri walaupun selepas Putrajaya menggantung lesen ejen menguruskan permohonan MM2H termasuk di negeri itu dan Sarawak Tindakan itu dibuat sel...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin