Kenyataan Media Dsai


 
























Kenyataan Media

21 Disember 2021

Saya kesal dengan sikap dan cara negara ini dipimpin tatkala rakyat berbilang kaum sedang dirundung malapetaka banjir setelah hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada hujung minggu yang lalu.

Setakat hari ini, 17 mangsa telah dilaporkan maut di Selangor dan 8 mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 lagi kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda-tanda jelas berhubung keadaan rumah dan tahap kelangsungan hidup seusai banjir surut.

Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas.

Tindakan lembab dari kerajaan persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelerasan yang kucar kacir dengan pihak kerajaan serta dengan agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga.

Kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memungkinkan beberapa pegawai untuk bertindak dengan inisiatif sendiri dalam membantu warga yang terkesan.

Penyelerasan yang lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan dan kekecewaan.

Krisis ini adalah mimpi buruk yang nyata kepada Perdana Menteri tatkala malapetaka tadbir urus ini melatari 100 hari pentadbirannya. Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau.

Kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sedari awal bencana ini, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada kita semua bahawa mereka juga mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan dari musibah ini, termasuk masalah wabak yang masih mengganas.

Saya kagum dengan semangat kekeluargaan sebenar yang telah ditonjolkan rakyat berbilang kaum tatkala pemimpin-pemimpin utama kerajaan sibuk bermesyuarat.

Sewaktu saya turun mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terkandas, saya turut mendengar dan menyaksikan sendiri babak-babak yang luarbiasa yang memaparkan sikap belas dan keprihatinan yang tinggi. Saya turut berkongsi kekecewaan mereka berhubung kelemahan kerajaan dalam krisis ini.

Perubahan iklim dan tahap kesedaran kita yang lemah terhadap peranan dan kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan yang amat dahsyat terutamanya dalam aspek keberlakuan bencana alam di masa hadapan. Kita tidak mampu untuk memikir dan menyiasat apa yang menjadi punca kelemahan kita hujung minggu yang lalu.

Perdana Menteri sekarang ini mesti ambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa diraja termasuk jawatankuasa Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana. Dalam masa yang sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan sesudah banjir.

Kerajaan mesti punyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada orang ramai dan mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat.

Saya juga ingin mendesak kerajaan persekutuan untuk membetulkan ketempangan dalam Majlis Keselamatan Negeri Selangor di mana Menteri Besar mesti dikembalikan kuasa dan peranannya dalam mengemudi krisis ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang telah digerakkan Kerajaan Negeri Selangor kepada mangsa-mangsa banjir.

ANWAR IBRAHIM

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kenyataan-media-dsai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 179 hits
Isu Patutkah Perlaksanaan Hukuman Penjara Terhadap Bekas Perdana Menteri Najib Razak ditangguhkan Sehingga Keputusan Rayuannya di Mahkamah Persekutuan Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman telah difailkan oleh Najib Razak di Mahkama...
6133 Kerajaan Lambat Bertindak Banyak Nyawa Tergadai Kenyataan Media Ppim 25 12 2021

6133 Kerajaan Lambat Bertindak Banyak Nyawa Tergadai Kenyataan Media Ppim 25 12 2021

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR 25 Disember Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas semua mangsa banjir Hal ini adalah berikutan dengan kejadian banjir telah mengorbankan lebih daripada 30 mangsa dan dijangka...
Jadikan Media Sosial Senjata Dalam Pru 15 Norliza

Jadikan Media Sosial Senjata Dalam Pru 15 Norliza

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 213 hits
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim bergambar bersama ahli ahli parti selepas Persidangan perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor Pulau Pinang hari ini BUKIT GELUGOR Dekati rakyat d...
Buli Baju Merah Semua Murid Pemilik Akaun Media Sosial Dipanggil

Buli Baju Merah Semua Murid Pemilik Akaun Media Sosial Dipanggil

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 310 hits
Oleh TANGKAP layar video viral pelajar dibuli rakan rakan KESEMUA individu yang terlibat dalam video yang didakwa kes buli murid berbaju merah di sebuah sekolah berasrama penuh akan dipanggil untuk memberi keterangan Pada masa sama pemilik ...
Mengenal Agent Social Media Indihome Mereka Yang Melayani Pelanggan 24 Jam Setiap Hari Dengan Sepenuh Hati

Mengenal Agent Social Media Indihome Mereka Yang Melayani Pelanggan 24 Jam Setiap Hari Dengan Sepenuh Hati

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 249 hits
Yuk kenalan sama Agent Social Media IndiHome orang orang yang selalu bisa ngasih solusi 24 jam setiap hari melalui akun IndiHomeCare di berbagai platform media sosial
Hiburan Sedar Keadaan Semasa Masih Belum Reda Selebriti Ini Guna Media Sosial Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Sedar Keadaan Semasa Masih Belum Reda Selebriti Ini Guna Media Sosial Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 350 hits
Biarpun keadaan di sekitar Lembah Klang sudah semakin pulih dah hujan pun sudah terlihat sudah berhenti namun masih ada kebanyakkan tempat yang dilanda banjir masih belum reda Banyak individu yang terkandas akibat banjir ada yang tidak pula...
Metmalaysia Denies Storm From Typhoon Rai Claims On Social Media

Metmalaysia Denies Storm From Typhoon Rai Claims On Social Media

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 196 hits
MetMalaysia in a statement today said Typhoon Rai is now moving towards south east Da Nang Vietnam at about 20 kilometres per hour and is away from Malaysia Bernama picKUALA LUMPUR Dec 20 The Malaysian Meteorological Department refuted info...
Polis Bomba Nafikan Isu Tular Di Media Sosial Kejadian 16 Hanyut Lima Hilang Di Telemong

Polis Bomba Nafikan Isu Tular Di Media Sosial Kejadian 16 Hanyut Lima Hilang Di Telemong

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 235 hits
KUANTAN Polis menafikan tular menerusi media sosial hari ini mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong Bentong Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata orang ramai...
Di0rang Bercuti Check In Aku S4bar Luah4n Isteri Shuk Di Media S0si4l

Di0rang Bercuti Check In Aku S4bar Luah4n Isteri Shuk Di Media S0si4l

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 130 hits
Isteri kepada pelawak terkenal Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera kerap kali menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama selebriti tersebut
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks