Kenyataan Media Bersama Sheikh Umar Bagharib Bin Ali Taqiuddin Che Man 30 April 2020





*KENYATAAN MEDIA BERSAMA*
Sheikh Umar Bagharib Bin Ali (ADUN Paloh)
Taqiuddin Che Man (ADUN Pulai Sebatang)
_30 April 2020_

----------

1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor adalah 'mangsa keadaan' percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton.

2. Kesan paling malang kepada PPBM Johor adalah hilang kerusi Menteri Besar (MB). PPBM Johor menjadi 'korban' paling sadis dalam sejarah pengkhianatan ini. Maskipun mungkin ia adalah 'barter trade' untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) 'proceed' dengan jawatan sebagai Ketua Kerajaan di peringkat persekutuan, namun tiada siapa boleh menafikan bahawa kehilangan kedudukan MB di Johor memberi implikasi besar terhadap percaturan dan peranan setiap parti di peringkat negeri.

https://www.facebook.com/790852001027924/posts/2956863871093382/

3. Dalam politik, kita boleh memahami bagaimana kedudukan MB sebagai ketua eksekutif amat signifikan dalam banyak hal yang secara tidak langsung memberi kesan kepada survival politik sesebuah parti.

4. Mungkin pada peringkat awal lagi, PPBM Johor sepatutnya boleh mencontohi Kedah yang mengambil sikap berkecuali daripada mengikuti formulasi penjajaran semula politik di peringkat persekutuan yang membentuk Perikatan Nasional (PN). Tiada apa yang perlu dirisaukan berkaitan PN. Ramai pimpinan atasan dalam PN sendiri pun kerapkali menegaskan bahawa PN adalah gabungan politik yang rapuh dan tidak diikat oleh apa-apa perjanjian yang kemas. PN hanyalah berfungsi sebagai gabungan yang disifatkan 'sementara' sahaja pada saat krisis melibatkan 'langkah Sheraton'. Ibarat rumahtangga, PN bukanlah lahir kerana ikatan kasih dan cinta.

5. Selebihnya, tidak ada apa yang istimewa. Tidak ada setiakawan, tidak ada perjuangan bersama untuk mencapai kemenangan, tidak ada 'susah senang bersama' dalam berjuang untuk pilihanraya dan paling penting, tidak ada mandat rakyat yang legit yang membolehkan PN berjalan tegak bermaruah pada ketika ini. Yang ada hanyalah episod 'sailang' demi survival politik atas seribu satu alasan yang diwujudkan untuk mengabsahkan tindakan yang dilakukan.

6. Justeru, apa perlunya bergolok-gadai di Johor untuk bercakap soal PN? Bahkan PN 'entah ada entah tidak' dalam PRU15 nanti, juga kita tidak pasti.

7. Apabila TSMY merelakan UMNO mengetuai kerajaan negeri di Johor, hakikatnya ia tidak memberi kekuatan kepada partinya sendiri. Sebaliknya, jika kita ambil contoh tindakan Dato' Seri Mukhriz di Kedah misalnya, ia memberikan lebih kuasa dan 'power of demand' kepada PPBM dalam PN yang sekadar merupakan kerjasama politik yang disifatkan sebagai 'rapuh' dan tidak memiliki halatuju kehadapan yang jelas.

8. Apa yang terlihat sekarang, UMNO terus mengambil kesempatan mengukuhkan kedudukan mereka pada saat ini. Langkah TSMY dan rakan-rakan 'Sheraton' ibarat bonus yang mempercepatkan gerak kerja UMNO untuk kembali ke tampok kuasa yang pastinya mewariskan politik lapuk serta tidak berintegriti di segenap lapisan kepimpinannya termasuklah kerakusan 'warlord' di peringkat akar umbi.

9. PPBM Johor wajar mengikut jejak PPBM Kedah. Dengan perkiraan kedudukan majoriti yang akan lebih kuat serta mendukung mandat diberikan oleh rakyat dalam PRU14 lalu, Johor boleh ditadbir secara stabil serta pembangunan negeri dapat diberikan fokus sepenuhnya.

10. Pasca PRU14, negara baru sahaja menjengah gerbang politik baru tadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuklah di Johor. Iya, PPBM sendiri parti yang baharu. PH juga adalah kolasi politik yang baharu. Namun kita tidak lemah untuk cepat belajar, menyesuaikan diri dan mengemukakan kepimpinan terbaik untuk masa depan negeri dan tanah air ini.

TAMAT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kenyataan-media-bersama-sheikh-umar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Ketua Amk Malaysia 22 April 2020

Kenyataan Ketua Amk Malaysia 22 April 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 276 hits
HENTIKAN LAYANAN DOUBLE STANDARD TERHADAP WAKIL RAKYAT PAKATAN HARAPANSaya bersimpati dengan kejadian yang menimpa YB P Prabakaran Ahli Parlimen Batu merangkap Ketua AMK Wilayah Persekutuan yang ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 186 Akt...
Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli Kereta Kenyataan Media Menteri Kewangan 6 Mei 2020

Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli Kereta Kenyataan Media Menteri Kewangan 6 Mei 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1614 hits
Alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Malaysia akhirnya kontroversi telah diselesaikan YB Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan hari ini tentang pengecualian caj tambahan yang dikenakan ke at...
Bermula 28 April 2020 Mat Sabu Seru Ahli Amanah Perlu Ingatkan Rakyat Tentang Kerajaan Pintu Belakang

Bermula 28 April 2020 Mat Sabu Seru Ahli Amanah Perlu Ingatkan Rakyat Tentang Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 360 hits
PRESIDEN Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mahu ahli parti itu giat memperingatkan rakyat bahawa kerajaan yang adalah bukan diperolehi melalui mandat rakyat tetapi melalui pintu belakang Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berk...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 21 April 2020 Kemaskini Coronavirus Minyak Wti Menjunam

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 21 April 2020 Kemaskini Coronavirus Minyak Wti Menjunam

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 379 hits
Minyak West Texas Intermediate melemah pada hari Isnin Sebut harga jatuh kepada minus 35 Di MICEX perdagangan WTI dihentikan Lihat carta untuk hari Isnin Harga terakhir pada carta ialah 7 sen setong Minyak brent sebaliknya bertahan sekitar ...
Covid 19 Terkini 21 April 2020

Covid 19 Terkini 21 April 2020

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 400 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID 19 dan telah discaj daripada wad adalah ...
5868 Faszzfood Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal Dan Patuh Syariah Bmf Media Tv 15 04 2020

5868 Faszzfood Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal Dan Patuh Syariah Bmf Media Tv 15 04 2020

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 416 hits
Sepertimana yang kita semua tahu mulai hari ini Perintah Kawalan Pegerakan telah memasuki fasa ketiga dan dijangkakan akan berakhir pada 28 April ini Pada ketika itu umat Islam telah pun memasuki bulan suci Ramadhan Amat sinonim bagi rakyat...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 371 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Analisis Harian Instaforex 20 April 2020

Analisis Harian Instaforex 20 April 2020

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 300 hits
Hari ini kita melihat pasangan mata wang XAUUSD dan melihat bagaimana kita akan memainkan dengan lantunan Kami menggunakan garis anjakan semula Fibonacci lanjutan sokongan rintangan momentum dan aliran trend untuk mengenal pasti peluang per...
Covid19 Sidang Media Perkembangan Terkini Kkm 20 4 2020

Covid19 Sidang Media Perkembangan Terkini Kkm 20 4 2020

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 362 hits
SIARAN LANGSUNG SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 OLEH Dr Noor Hisham Abdullah
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids