Kenyataan Media Anggota Pentadbiran Kerajaan Daripada Parti Barisan Nasional



1) Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memberi kesan negatif kepada keadaan ekonomi rakyat dan negara. Justeru, negara memerlukan sebuah pentadbiran Kerajaan yang stabil bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan secara teratur dan tersusun.
2) Langkah pertama dalam membolehkan perkara ini dapat dicapai adalah dengan memastikan Belanjawan 2021 disokong dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Ini juga adalah selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menasihati Ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
3) Anggota pentadbiran dari Barisan Nasional (yang merupakan Ahli Dewan Rakyat) mengambil maklum cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN berkenaan Belanjawan 2021. Cadangan dan pandangan ini akan diambil kira untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa.
4) Kami juga telah bersetuju agar Kerajaan yang telah dibentuk secara muafakat ketika ini terus didokong termasuklah dengan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat.
5) Untuk memastikan kestabilan kerajaan yang lebih jitu, kami berpendapat Pilihan Raya Umum diadakan secepat mungkin sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan untuk memperolehi mandat rakyat yang jelas.
6) Sehingga itu, kami telah bersepakat untuk mengukuhkan kedudukan BN di dalam Kerajaan sedia ada dan pada masa yang sama akan menyusun gerak kerja bagi memastikan BN menjadi suara terkuat di dalam Kerajaan.
7) Dalam hal ini, suatu mesyuarat yang telah diadakan bersama Pengerusi BN, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah memutuskan agar ahli Jemaah Menteri dari BN mengadakan perjumpaan dan bermesyuarat secara lebih kerap bersama Pengerusi BN bagi mendapatkan panduan berkenaan pendirian dan dasar parti BN untuk disampaikan kepada Jemaah Menteri.
8.) Berdasarkan perkara yang dinyatakan ini, kami percaya rakan-rakan Ahli Parlimen BN yang lain akan turut serta memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 bagi memastikan perancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
______TAMAT______
Kenyataan bersama oleh :
1. YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob – Menteri Kanan Pertahanan
2. YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong – Menteri Pengangkutan
3. YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan – Menteri Sumber Manusia
4. YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad – Menteri Pengajian Tinggi
5. YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa – Menteri Wilayah Persekutuan
6. YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican – Menteri Belia dan Sukan
7. YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah – Menteri Tenaga dan Sumber Asli
8. YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein – Menteri Luar Negeri
9. YB Khairy Jamaluddin – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
10. YB Datuk Halimah Mohamed Sadique – Menteri Perpaduan Negara
11. YB Datuk Seri Dr. Adham Baba – Menteri Kesihatan
12. YB Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said – Timb. Menteri Dalam Negeri I
13. YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad – Timb. Menteri Pembangunan Luar Bandar I
14. YB Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Abd. Muttalib – Timb. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15. YB Mohd Shahar Abdullah – Timb. Menteri Kewangan II
16. YB Datin Mastura Mohd Yazid – Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
17. YB Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah – Timb. Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I
18. YB Datuk Zahidi Zainul Abidin – Timb. Menteri Komunikasi Dan Multimedia
19. YB Arthur Joseph Kurup – Timb. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),
20. YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng – Timb. Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi I
The post Kenyataan Media: Anggota Pentadbiran Kerajaan Daripada Parti Barisan Nasional appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/24/kenyataan-media-anggota-pentadbiran-kerajaan-daripada-parti-barisan-nasional/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 368 hits
Media sosial adalah medium yang popular di masa kini Medium yang menghubungkan antara manusia di alam maya tanpa mengira lokasi anda berada Namun penggunaan media sosial boleh menjadi buruk jika disalah guna untuk tujuan memuaskan nafsu Ter...
Pegawai Annuar Pertahankan Kenyataan Umno Parti Yang Kalah

Pegawai Annuar Pertahankan Kenyataan Umno Parti Yang Kalah

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 288 hits
Kenyataan Annuar UMNO parti yang kalah satu kejujuran politik Tun Faisal Tun Faisal berkata pandangan itu hanya bermatlamat mempertahankan agenda penyatuan ummah kuasa politik ummah dan memastikan UMNO tidak tersilap langkah dalam percatura...
Kelulusan Belanjawan 2021 Memberi Petunjuk Keyakinan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional

Kelulusan Belanjawan 2021 Memberi Petunjuk Keyakinan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia Kamaruzaman Mohamad menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kelulusan Rang Undang undang Perbekalan tanpa melalui undian belah bahagi Menurur beliau Belanjawan 2021 amat penting bagi...
Kenyataan Media Amanah Pulau Pinang

Kenyataan Media Amanah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 239 hits
Sabtu 28 November 2020 1 Politik itu satu marathon yg punyai pelbagai halangan Adapun halangan marathon itu menguji ketahanan dan kecekalan mental dan fizikal pemainnya Marathon Politik itu satu perjalanan atau perjuangan yg panjang ada mas...
Mengintip 8 Anggota Keluarga Kerajaan Dunia Yang Jalani Pekerjaan Reguler Rendah Hati

Mengintip 8 Anggota Keluarga Kerajaan Dunia Yang Jalani Pekerjaan Reguler Rendah Hati

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 303 hits
Mulai dari guru hingga model para bangsawan ini ternyata juga diperbolehkan menjalani pekerjaan rakyat biasa lo
Mana 800 Siaran Tv Rm2 Juta Untuk Murid Soal Maszlee Kepada Kerajaan

Mana 800 Siaran Tv Rm2 Juta Untuk Murid Soal Maszlee Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 162 hits
November 16 2020 Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata projek itu diberikan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik meminta penjelasan Putrajaya berhubung status 800 rancan...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 247 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan negeri Pahang membelanjakan RM20 27 juta termasuk RM16 081 juta khusus untuk membantu meringankan beban rakyat negeri ini yang terkesan dengan pandemik wabak Covid 19 sejak awal tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan R...
Update Kerajaan Negeri Tamat Perjanjian Tambak Laut Dengan Pemaju Melaka Gateway

Update Kerajaan Negeri Tamat Perjanjian Tambak Laut Dengan Pemaju Melaka Gateway

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 319 hits
MELAKA menamatkan perjanjian penambakan laut dengan syarikat pemaju Melaka Gateway KAJ Development Sdn Bhd hari ini Foto internet AYER KEROH 16 Nov Kerajaan negeri menamatkan perjanjian penambakan laut dengan syarikat pemaju Melaka Gateway
Kerajaan Atasi Penyebaran Berita Palsu Melalui Undang Undang Sedia Ada

Kerajaan Atasi Penyebaran Berita Palsu Melalui Undang Undang Sedia Ada

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan komited menangani sebarang berita dan laporan palsu serta penyalahgunaan media sosial melalui undang undang sedia ada setakat ini Pada masa sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata keraja...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy