Kenyataan Mb Terengganu Tidak Tepat Mengelirukan Rahman Dahlan


 MALAYSIA POST

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu berkenaan rundingan pembahagian kerusi di antara Umno, Bersatu dan PAS bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Beliau berkata, dakwaan yang dibuat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan Umno ingkar kepada persetujuan agihan kerusi tersebut juga adalah tidak tepat.
“Apa yang berlaku dalam rundingan kerusi di antara Umno, Bersatu dan PAS dan saya tahu kerana saya adalah wakil daripada Umno. Tidak ada satu persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut.
“… seperti mana yang didakwa Menteri Besar Terengganu, kononnya Umno ingkar dengan keputusan dicapai kerana seorang individu yang digelarkan ‘abang long’ telah membuat keputusan untuk tidak menghormati persetujuan tersebut.
“Dalam perundingan ini, satu masalah yang besar apabila parti Perikatan Nasional (PN), Bersatu meletakkan syarat yang terlalu ketat dan tidak munasabah yang tidak diterima oleh Umno,” katanya dalam rakaman video di Facebook miliknya.
Beliau berkata, dalam rundingan 27 Oktober lalu, PN meletakkan syarat yang sukar diterima apabila Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan Umno tidak dibenarkan meletakkan ramai calon sehingga memungkinkan parti itu membentuk kerajaan secara bersendirian.
“Alasan beliau ialah Umno mungkin tidak akan memberikan jawatan EXCO, ahli majlis dan ketua kampung kepada Bersatu dan PAS,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sepatutnya kebimbangan PN itu tidak timbul kerana Umno bersedia memasukkan butiran tersebut dalam perjanjian bertulis.
“Namun, syarat kedua pula, Bersatu mahu menentukan siapa calon ketua menteri dari Umno.
“Kedua-dua syarat itu tidak boleh diterima oleh Umno, Ketua Menteri ini datang dari Umno, dan biarlah Umno yang menentukan siapa calon Ketua Menteri dalam PRN Melaka ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, dakwaan dibuat Ahmad Samsuri sebenarnya jauh daripada fakta sebenar.
“Mengenai kehendak Bersatu agar Umno tidak bertanding di banyak kerusi, ia juga tidak boleh diterima berdasarkan kepada fakta.
“Umno tidak mahu berunding kerusi dengan hanya mengambil kerusi Melayu, kemudian dibahagi dua – sebahagiannya diberikan kepada BN, (manakala) sebahagian lagi kepada PN.
“Itu adalah formula yang tidak boleh diterima, dan pada saya sendiri, itu adalah formula yang menidakkan potensi terbaik untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut,” katanya.
Beliau berkata, sepatutnya rundingan pembahagian kerusi di antara BN dan PN itu dibuat mengikut kekuatan parti dan ia juga digunakan gabungan terbabit di Melaka.
Katanya, hal itu jelas berdasarkan cara PN membahagikan kerusi dalam kalangan parti komponen mereka.
“Bersatu bertanding di 15 kerusi, PAS hanya diberikan lapan kerusi. Bermakna Bersatu bertanding dua kali ganda lebih banyak daripada PAS. Jadi tidak ada juga pengagihan kerusi sama rata.
“Kenapa dengan Umno pula syarat yang dikenakan ialah Umno dan PN mesti bertanding hampir sama rata walaupun semua orang mengakui Umno mempunyai kekuatan jentera, keahlian dan cawangan yang jauh lebih besar daripada parti lain?” katanya.
Beliau berkata, dalam rundingan kedua, wakil Bersatu dan PAS meninggalkan bilik mesyuarat sebelum perbincangan tamat.
“Mereka keluar, walk out, meninggalkan Umno bersendirian di dalam bilik mesyuarat, tiada persetujuan dicapai sepertimana yang didakwa Menteri Besar Terengganu,” katanya. – Malaysiapost


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/kenyataan-mb-terengganu-tidak-tepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Outstation Kuala Terengganu

Outstation Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Baru dua minggu lepas aku pergi Terengganu sekarang aku ada kat Terengganu lagi Tapi aku pegi Kuala Terengganu pulak Bukan untuk bercuti tapi kerja outstation Hehe Dah lame rasanya aku tak keluar outstation sejak kena quaran...
Tempat Menarik Kuala Terengganu

Tempat Menarik Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 582 hits
Sedang saya sibuk buat pakej 3H2M ke Kuala Terengganu ni saya ambik masa sikit untuk tulis entri tak seberapa ni Untuk semua jugak Sebabnya saya sebagai agen pelancongan akan cuba sedaya upaya bagi yang terbaik untuk kemudahan semua Kuala T...
Penyokong Terengganu Tidak Dibenarkan Masuk Ke Larkin

Penyokong Terengganu Tidak Dibenarkan Masuk Ke Larkin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 219 hits
Adakah benar atau hanya satu propaganda Menurut cerita dari satu pages Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dikhabarkan penyokong tidak dibenarkan memakai jersi Terengganu sewaktu perlawananan JDT bertemu Terengganu Berikut adalah Printsc...
Operasi Tangkapan Seekor Harimau Jantan Di Ladang Felda Kerteh 2 Kemaman Terengganu

Operasi Tangkapan Seekor Harimau Jantan Di Ladang Felda Kerteh 2 Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 283 hits
OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2 KEMAMAN TERENGGANU Sebentar tadi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2 Ke...
Jelajah Masjid Kristal Terengganu

Jelajah Masjid Kristal Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 360 hits
Hye Saiapa dah pernah pergi ke Masjid Kristal Memang lawa beb Bangga aku jadi orang Malaysia hehe Masjid ni terletak kat Pulau Wan Man di Kuala Terengganu Struktur binaannya memang awesome Tak sia2 aku outstation jalan2 kat Kuala Terengganu...
Jelajah Taman Awam Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

Jelajah Taman Awam Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 565 hits
Setelah dua minggu aku outstation kat sini baru la boleh rasa jalan jalan adeh Takpe la janji ada jugak pengalaman aku jalan jalan kat Kuala Terengganu ni Hehe Aku rindu sangat nak mandi swimming pool last time aku mandi swimming pool masa ...
Taman Koperat Ukhwah Pulau Serai Dungun Terengganu

Taman Koperat Ukhwah Pulau Serai Dungun Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 307 hits
TAMAN KOPERAT UKHWAH PULAU SERAI DUNGUNKINI DIBUKA UNTUK JUALAN SEMI D DI PULAU SERAI DUNGUN TERENGGANUKELEBIHAN TAMAN KOPERAT UKHWAHRekabentuk anggun ruang yang selesa dan lokasi yang strategikBinaan dinding berasaskan batu bata tanah liat...
Anugerah Penghargaan Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu Darul Iman

Anugerah Penghargaan Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu Darul Iman

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 287 hits
Tahniah kepada pemenang2 dalam kategori pelancongan dan kebudayaan negeri Terengganu Pencalonan sebenarnya dibuat berdasarkan pengalaman sendiri iaitu pencalonan untuk diri sendiri dicalonkan oleh para penggiat industri pelancongan atau NGO...
Do Not Miss Opportunity To Enjoy The Season Mencandat Squid At Kapas Island Terengganu

Do Not Miss Opportunity To Enjoy The Season Mencandat Squid At Kapas Island Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 591 hits
TIP DAN TEKNIK MENCANDAT SOTONGMencandat sotong adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri Di negeri terengganu ada berbagai bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nela...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci

Tolong Menonolong Dan Rasa Hormat Dan Menghormati Dalam Pekerjaan

Genereasi Z Adakah Anak Anak Kita Fahami Isunya

Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat