Do Not Miss Opportunity To Enjoy The Season Mencandat Squid At Kapas Island Terengganu



TIP DAN TEKNIK MENCANDAT SOTONG
Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong.

Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi.


Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira.

Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.


MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain.

Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.


Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri).

Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.


Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap.

Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA


1.Candat Twist
Candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline.

Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.


2. Candat Umpan
Berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan.

Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.


Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air.

Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.


3.Candat Udang
Telah diperkenalkan dan diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.

Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut. Begitulah serba sedikit tip untuk anda semua.


Pada kebiasaan selepas mencandat sotong, sesi memasak pula dilakukan. Gambar dibawah mengajak anda beramai untuk dapat menikmati keenakkan sotong tersebut. Terliur tak? hehehe. jadi pergilah mencandat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wakduit.blogspot.com/2017/03/do-not-miss-opportunity-to-enjoy-season.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapas Island Squid Breeding Ground Home Of Squid

Kapas Island Squid Breeding Ground Home Of Squid

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 173 hits
A 20 minute boat ride from the Marang Jetty to the south of Kuala Terengganu takes you to Pulau Kapas the nearest island to the mainland It is relatively small compared to the northern islands of Perhentian and Redang Not many resorts are a...
Tis The Season To Get Creative Design Christmas Stickers To Win A Galaxy Z Flip3 5g

Tis The Season To Get Creative Design Christmas Stickers To Win A Galaxy Z Flip3 5g

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 329 hits
Christmas is on its way Are you excited and counting down the days If you haven t already begin building your Christmas spirit now so you can make even more wonderful memories this year To bring in the excitement for the most wonderful time...
Loan Financed The Movies Not 1mdb Money Says Riza Aziz

Loan Financed The Movies Not 1mdb Money Says Riza Aziz

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 277 hits
Riza Aziz said that after signing an agreement with Alsen Chance Holdings Ltd a company owned by the Saudi Arabian royal family he received monies amounting to US 1 173 104 and US 9 000 000 KUALA LUMPUR Hollywood producer Riza Aziz and his ...
The 9 Best Rustic Homes To Enjoy The Fall

The 9 Best Rustic Homes To Enjoy The Fall

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 294 hits
Houses in the country in the mountains near the sea and above all above all away from the hustle and bustle and pollution The sunny days of autumn invite you to go on excursions in The post appeared first on
I Was The Man Behind Bersatu Not Dr M Says Muhyiddin

I Was The Man Behind Bersatu Not Dr M Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 274 hits
Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin claims he not Dr Mahathir Mohamad took the first step to form Bersatu He said this was after he was sacked by former prime minister Najib Razak from Umno Muhyiddin said as Najib s deputy he was c...
Puregon Dan Gonal F Not To Forget The Amazing Buah Delima

Puregon Dan Gonal F Not To Forget The Amazing Buah Delima

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
sambungan dari entry sebelum ni rawatan ubat kesuburan pertama di Hospital Selayang I was on Puregon injection Plan pertama ialah bagi suntikan Puregon 75 iu selama 5 hari bermula dari hari ke 2 hingga hari ke 7 menstruasi untuk teruskan de...
Not Save In Bank The Money This Woman Eaten By Termites

Not Save In Bank The Money This Woman Eaten By Termites

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 195 hits
The money eaten by termitesBEIJING A woman origin China loses his money after all the money his savings eaten by termites This case instantly makes she shocked Unknown woman his name it getting money amounting 42 thousand pounds from his ch...
Spooky Season Is Here Get Into The Halloween Spirit With Disney Hotstar

Spooky Season Is Here Get Into The Halloween Spirit With Disney Hotstar

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 391 hits
Halloween is right around the corner and there s no better way to get into the spooky spirit than to catch the best horror films and TV shows on Disney Hotstar While some thrive on the The post appeared first on
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan