Kenyataan Jijik Kasthuri Selar Pemimpin Pas Samakan Wanita Dengan Barang


 
Kasthuri Patto mengecam komen AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim yang menurutnya, memperkecilkan kedudukan dan martabat wanita di Malaysia.PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen DAP menyelar tindakan pemimpin PAS yang membuat kenyataan menyamakan wanita dengan “barang” ketika mengulas mengenai isu seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke balai polis kerana berseluar pendek.
Kasthuri Patto, yang lantang memperjuangkan hak asasi wanita dan kanak-kanak dalam Dewan Rakyat, menyifatkan kenyataan ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim sebagai “menjijikkan”, lebih-lebih lagi apabila ia dikeluarkan oleh pemimpin sebuah parti Islam.
“Saya berasa jijik dengan komen pemimpin PAS yang sekali lagi memperkecilkan kedudukan dan martabat wanita di Malaysia dalam kenyataannya yang membuat perbandingan sosok wanita dengan ‘barang’,” katanya kepada FMT.
“Sudah masuk 2023, mahu lihat Malaysia kembali sebagai ‘Harimau Asia’ tetapi apabila pemikiran mereka ini terperangkap dalam zaman batu, mana mungkin negara akan maju?
“Adakah kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual, atau warga emas yang dianiaya juga dikategorikan sebagai ‘barang’?”
Dilaporkan semalam bahawa Azman, yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menerima kecaman di media sosial kerana dikatakan menyamakan wanita dengan “barang”, yang menurutnya harus “dibungkus comel dan kemas”.
Beliau membuat kenyataan sedemikian dalam ciapan di Twitter, mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman berhubung dakwaan seorang wanita tidak dibenarkan masuk membuat laporan di balai polis kerana berseluar pendek.
“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas,” kata Azman di Twitter.
“(Kalau) main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.”
Kebanyakan pengguna media sosial membidas Azman, mendakwa beliau seakan-akan memandang rendah wanita.
Bagaimanapun, beliau mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan ia hanyalah peribahasa dan analogi.
Minggu lepas, seorang wanita mendakwa dilarang memasuki Balai Polis Kajang untuk membuat laporan mengenai kemalangan dialaminya.
Dakwanya, beliau dilarang masuk walaupun memakai seluar pendek menutup bahagian lututnya dan hanya dibenarkan selepas kakaknya membawa seluar panjang untuknya.
Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, mereka yang pergi ke balai polis perlu menjaga prinsip kelima Rukun Negara dan berpakaian sopan serta menjaga akhlak.
Kasthuri, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan menambah, pemimpin PAS seharusnya memberi teguran dengan menumpukan kepada tanggungjawab dan amanah pihak polis untuk menerima laporan daripada mana-mana individu tanpa diskriminasi.
“(Pemimpin PAS) sepatutnya fokus terhadap tanggungjawab pihak polis untuk terima laporan daripada sesiapa pun tanpa melihat pakaian mereka, terutama sekali selepas kejadian kemalangan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/kenyataan-jijik-kasthuri-selar-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Wanita Bukan Barang Warganet Bidas Pemimpin Pas

Kami Wanita Bukan Barang Warganet Bidas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 129 hits
Kebanyakan pengguna media sosial membidas ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim dan mendakwa beliau seakan memandang rendah wanita PETALING JAYA Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti bara...
Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 127 hits
MalaysiakiniSeorang pemimpin kanan PAS dikecam kerana menyamakan wanita dengan barang dan menilai mereka dengan murah atau sebaliknya berdasarkan keadaan ia dijual Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata sesuatu barang itu akan...
Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 103 hits
MALAYSIADATELINEPAS akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri...
Penyelamatan Dramatis Wanita Tua Bertahan 177 Jam Di Bawah Puing Gempa Turki

Penyelamatan Dramatis Wanita Tua Bertahan 177 Jam Di Bawah Puing Gempa Turki

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 133 hits
Tim penyelamat berhasil menarik lebih banyak korban selamat dari puing puing seminggu setelah gempa bumi dahsyat mengguncang Turki dan Suriah Salah satunya Saadet Sendag seorang wanita tua Turki berhasil diselamatkan setelah 177 jam tertimb...
Dua Pelancong Wanita Bukan Islam Tersilap Masuk Masjid Nabawi

Dua Pelancong Wanita Bukan Islam Tersilap Masuk Masjid Nabawi

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 275 hits
Dua pelancong wanita bukan Islam memasuki pekarangan Masjid Nabawi di Madinah pada Selasa lalu Foto Saudi GazetteMADINAH Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di Madinah menyatakan bahawa kemasukan dua wanita bukan Islam di pekarangan tempat suci ...
Video Ada Bukti Sperma Wanita Muda Pelaku Pelecehan Di Jambi Ngotot Jadi Korban

Video Ada Bukti Sperma Wanita Muda Pelaku Pelecehan Di Jambi Ngotot Jadi Korban

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 156 hits
Afrito menjelaskan barang bukti yaitu baju Yunita serta sperma saat ini sedang di uji laboratorium Kini polisi juga masih mencari petunjuk lainnya
Tragis Gara Gara Hindari Lubang Pemotor Wanita Di Kampar Tewas Terlindas Truk

Tragis Gara Gara Hindari Lubang Pemotor Wanita Di Kampar Tewas Terlindas Truk

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 92 hits
Yunita Sari tewas setelah sepeda motor yang dikendarainya menghindari lubang hingga menyenggol truk tronton di jalan lintas Pekanbaru Bangkinang Kelurahan Air Tiris Kecamatan Kampar Kabupaten Kampar Riau Senin sekitar pukul 10 45 WIB
Hiburan Tengok Banyak Kali Nak Tergelak Geram Tengok Video Ali Puteh Wanita Dayak Kongsi Cara Santet Yang Real

Hiburan Tengok Banyak Kali Nak Tergelak Geram Tengok Video Ali Puteh Wanita Dayak Kongsi Cara Santet Yang Real

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 323 hits
Tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai kisah antara pelawak Ali Puteh dan balu arwah abang kandungnya iaitu Abam Bocey mengenai isu tuntutan saman dan juga kekecohan di rumah kelamin milik Hidayah dan suaminya itu Sema...
Sanggup Tolak Pencen Demi Gaji Yg Lagi Tinggi Wanita Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja G0men Selesa Jadi B0dyguard

Sanggup Tolak Pencen Demi Gaji Yg Lagi Tinggi Wanita Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja G0men Selesa Jadi B0dyguard

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 127 hits
REZEKI tak pernah salah alamat Begitulah kisahnya mengenai bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian