Kenyataan Hadi Lebih Ramai Mp Bukan Islam Provokatif Lim


Diterbitkan 5 Dis 2018, 6:22 petang 

Kenyataan Abdul Hadi Awang bahawa lebih ramai bilangan anggota parlimen bukan Islam di Dewan Rakyat disifatkan sangat provokatif, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim mengulas kenyataan presiden PAS itu yang bimbang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) akan tetap diratifikasi memandangkan komposisi anggota parlimen bukan Islam di Dewan Rakyat lebih ramai.

"Daripada menyebarkan perpaduan nasional di kalangan semua rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang etnik dan agama, Hadi terus mencuba dan memecahbelahkan rakyat Malaysia, dengan membuatkan orang Islam menentang orang bukan Islam."

"Pertama, angka yang dipetik oleh Hadi tidak tepat. Beliau berkata terdapat 66 anggota Parlimen bukan Islam dan 58 anggota Parlimen Muslim dalam Harapan. Sebenarnya, ada 62 orang anggota Parlimen Muslim dalam Harapan.

"Anggota Parlimen Bumiputera, termasuk Bumiputera bukan Islam, melebihi jumlah bukan bumiputera. Adakah Hadi menganggap Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak tidak sama, hanya kerana mereka bukan Islam?" kata Lim yang juga menteri kewangan.

Ahad lalu Abdul Hadi dilapor berkata pembangkang akan meneruskan himpunan kejayaan bantahan Icerd yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember ini di ibu negara.

“Dalam kerajaan Pakatan Harapan, 66 kerusi Parlimen dipegang orang bukan Islam dan hanya 58 milik orang Islam. Entah di mana silapnya jadi begini.

“Namun, jangan salah gunakan bilangan ini untuk luluskan Icerd dan sebab itu juga kita akan teruskan himpunan kejayaan membantah Icerd. Kita bukan nak buat huru-hara, tapi nak tunjuk protes,” kata Hadi seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mengulas lanjut Lim berkata daripada 28 anggota kabinet, termasuk senator, 17 daripada mereka beragama Islam, manakala hanya 11 orang bukan Muslim, dan di kalangan timbalan menteri, 18 beragama Islam dan hanya sembilan bukan Muslim.
Tambah beliau, daripada 222 anggota Parlimen, 140 daripadanya adalah Muslim, dengan hanya 82 dari mereka yang bukan beragama Islam.

"Bagaimanakah hak-hak orang Islam boleh terancam apabila anggota parlimen Muslim terdiri daripada 63 peratus anggota parlimen di Parlimen? Dengan menggunakan logik Hadi, tidakkah orang bukan Islam merasa terancam oleh 63 peratus anggota parlimen Muslim di Parlimen? "Katanya.

Lim berkata desakan PAS untuk menyertai perhimpunan anti-Icerd pada Sabtu ini hanya demi memenuhi survival dan kepentingan politik parti Islam itu meskipun kerajaan sudah berjanji Icerd tidak akan ditandatangani.

Beliau berkata adalah lebih baik PAS mengadakan protes terhadap semua skandal kewangan yang berlaku di bawah pentadbiran Umno BN daripada berhimpun bagi membantah Icerd yang sudah tidak lagi relevan.

"Ini akan menjadi perkara yang baik untuk semua rakyat Malaysia, baik untuk orang Islam mahupun untuk orang bukan Islam," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/kenyataan-hadi-lebih-ramai-mp-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 432 hits
Diterbitkan pada 30 November 2018Oleh Abdul Rahim SabriDatuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rusuhan kuil tiada kaitan dengan agama tetapi berkait dengan kaum di kalangan tertentu sahaja Foto oleh Farhan NajibMARANG 30 Nov PAS tekad menyertai...
Pdrm Anggarkan Lebih 1 97 Juta Rakyat Melayu Islam Sertai Himpunan Daulat 812

Pdrm Anggarkan Lebih 1 97 Juta Rakyat Melayu Islam Sertai Himpunan Daulat 812

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 941 hits
Mimpi Ngeri Kerajaan Pakatan Harapan Bermula8hb Disember 2018 pasti akan tercatit dalam sejarah Malaysia sebagai tarikh bermulanya kebangkitan orang Melayu Islam di Malaysia mula di bangkitkan dalam Dewan Rakyat pada 17hb Oktober 2018 oleh ...
Kit Siang Tiada Hak Bercakap Mengenai Orang Islam Hadi Awang

Kit Siang Tiada Hak Bercakap Mengenai Orang Islam Hadi Awang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 434 hits
MARANG Dia tak berhak bercakap mengenai orang Islam Itu reaksi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menempelak Lim Kit Siang berikutan pemimpin veteran DAP itu mempersoalkan tindakannya menentang cadangan meratifikasi Konvensyen An...
Umno Beri Keuntungan Untuk Perjuangan Islam

Umno Beri Keuntungan Untuk Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 166 hits
KOTA BHARU Kebersamaan Umno dengan Pas kini dilihat memberi keuntungan untuk masyarakat Islam dan Melayu amnya Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh berkata walaupun tiada isu kerjasama khusus dibincangkan...
Islam Bertambah Lemah

Islam Bertambah Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 302 hits
ISLAM BERTAMBAH LEMAH BILA MENTERI NI AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI DI JABATAN P M Pak Karamu Apa tujuan himpunan bantah ICERD Nina Farzuin Md Sharom 7 Disember 2018 AddThis Sharing Buttons Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Menteri di J...
Friday Sermon Reminds Muslims Of Status Of Islam Ruler

Friday Sermon Reminds Muslims Of Status Of Islam Ruler

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 255 hits
This week s sermon at mosques in Selangor has urged Muslims to be loyal to the rulers as long as they do not violate the shariah SHAH ALAM The Friday sermon at mosques in Selangor today reminded Muslims of the status of Islam as enshrined i...
Seruan Bangkitlah Melayu Demi Mempertahankan Islam

Seruan Bangkitlah Melayu Demi Mempertahankan Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 388 hits
Berjuang atas nama bangsa dengan kebaikan yang dituntut oleh Islam tidak menjadi kesalahan Apa yang salah ialah apabila berjuang atas nama bangsa sehingga menindas dan memusuhi bangsa lain Sepanjang Melayu berjuang untuk Melayu bangsa lain ...
Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 319 hits
December 7 2018Khutbah Jumaat meminta umat Islam tetap setia kepada raja selagi tidak melanggar syariah SHAH ALAM Khutbah Jumaat di Selangor hari ini mengingatkan umat Islam tentang status Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan men...
Dasar Pecah Perintah Politik Membenci Politik Memusuhi Politik Perkauman Dan Politik Islam Sebagai Alat 8829

Dasar Pecah Perintah Politik Membenci Politik Memusuhi Politik Perkauman Dan Politik Islam Sebagai Alat 8829

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 243 hits
KENYATAAN YB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIAPerhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi kancah Presiden Umno membela dirinya Sepanjang ingatan saya Perhimpunan Agung Umno adalah tempat di mana P...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah