Dasar Pecah Perintah Politik Membenci Politik Memusuhi Politik Perkauman Dan Politik Islam Sebagai Alat 8829








Saya Sayang Tun Dr Mahathir MohamadSuka Halaman Ini · 4 Disember 2016 ·  KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi kancah Presiden Umno membela dirinya. Sepanjang ingatan saya, Perhimpunan Agung Umno adalah tempat di mana Presiden UMNO membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Tetapi kali ini lain sekali nadanya. Presiden UMNO menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal. Kononnya itulah tradisi di dalam UMNO dan amalan orang Melayu yang kuat pegangannya kepada Islam.

Bagi saya Najib Razak sedang tenat. Bagi seorang yang boleh berbohong tentang sumber wang berbilion ringgit di dalam akaunnya, maka dia juga telah berbohong atas nama agama Islam.

Tiada konsep wala' kepada pemimpin di dalam Islam jika pemimpin itu terang-terangan melakukan kemungkaran. Malah, Islam menganjurkan umatnya supaya sedaya upaya mencegah kemungkaran sebagai tanda keimanan kepada Allah s.w.t.

Najib di dalam ucapannya merujuk kepada kedudukan Rasulullah S.A.W dan Khalifah Islam yang mulia di sisi agama dan mesti ditataati. Tidakkah beliau sedar dua orang Khalifah yang merupakan sahabat rapat Baginda Rasulullah S.A.W, iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar, menyeru kepada para sahabat yang lain supaya menegur mereka jika mereka melakukan kesalahan dan tidaklah wajib kedua-dua mereka ditaati sekiranya mereka melakukan kesalahan di sisi agama.

Ketika Sayyidina Abu Bakar dipilih menjadi Khalifah, beliau berkata "Sesungguhnya aku dilantik menjadi ketua kamu sekalian namun aku bukanlah yang paling baik dalam kalangan kamu semua. Taatlah aku selama mana aku taatkan Allah".

Manakala ketika Khalifah Umar ibn Al Khattab dilantik sebagai Khalifah, beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah kepimpinannya, maka tegurlah beliau. Lantas bangkit seorang sahabat mengeluarkan sebilah pedang dan berkata, "jika kamu melakukan sesuatu yang salah pada sisi ajaran Allah, maka pedang inilah yang akan aku gunakan untuk menegurmu."

Berbeza sekali dengan ucapan dan tindakan Najib! Dia sama sekali tidak boleh menerima teguran, malah menghukum orang-orang yang menegurnya!

Sekarang, beliau menagih simpati dan ketaatan yang membuta tuli kononnya itulah ajaran Islam. Adakah Islam mengajar kita untuk mentaati seorang pemimpin melakukan kemungkaran dengan terang-terangan merompak wang rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikit pun? Sebenarnya, Najib telah berbohong atas nama Islam!

Masakan perwakilan UMNO dan orang Melayu seluruhnya lupa bahawa Najib sedang terpalit dengan skandal kewangan terbesar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum ini. Mana pernah seorang Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini diketahui menyimpan sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang dipercayai dicuri daripada kantung syarikat milik negara; dirinya disebut puluhan kali dalam Laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas kehilangan wang USD 3.5 billion dollar daripada syarikat milik negara; anak tirinya disiasat atas dakwaan menerima wang ratusan juta dollar hasil rompakan khazanah negara.

Tidakkah terlintas di benak fikiran kita Presiden Umno dan Perdana Menteri ini gayanya seperti seorang diktator sebuah negara dunia ketiga yang teramat korup?

Sungguh malang Malaysia yang harum namanya di bawah kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri terdahulu, kini menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat dunia kerana seluruh institusi kerajaan dan parti pemerintah gagal membendung salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak. Manakala, pemimpin dan rakyat yang cuba memperbetulkan keadaan ditohmah sebagai pengkhianat, ditekan dengan bermacam ugutan, ditahan secara salah di bawah undang-undang zalim dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas. Sedangkan penjenayah dan pengkgianat yang sebenar dibiarkan bebas dan terus bermaharajalela merompak harta rakyat dan mencuri khazanah negara!

Lebih malang lagi, Presiden Umno ini menggunakan alasan agama dan bangsa untuk menutup segala kemungkaran dan kesalahannya. Orang Melayu ditakut-takutkan kononnya jika Umno kecundang di dalam pilihanraya, maka hancurlah bangsa Melayu. Malaysia akan diperintah oleh sebuah parti Cina iaitu DAP. Kononnya DAP lah yang akan memerintah Malaysia.

Secara logiknya, DAP yang menguasai 38 daripada 222 kerusi Parlimen tidak akan memerintah Malaysia secara sendirian jika semua orang Melayu menolak UMNO dan mengundi parti-parti pembangkang Melayu yang lain seperti PPBM, PAS, PKR dan Amanah. Jika Umno kecundang dalam pilihanraya, sudah tentulah calon-calon Melayu daripada parti-parti ini akan menang dan menjadi Ahli Dewan Rakyat. DAP tidak akan dapat mengalahkan UMNO. Yang akan mengalahkan UMNO ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu PPBM, PAS, PKR dan Amanah.

Jika UMNO kalah dalam pilihanraya, maka tentulah kerajaan yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu juga. Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu dan bukan daripada parti DAP.

Jadi, orang Melayu tidak perlu takut tentang kedudukan mereka jika Umno kalah. Malah kedudukan orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya akan lebih terbela kerana dengan kekalahan Umno maka Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan segala perbuatannya merompak wang rakyat dapat dihentikan!

Ternyata Najib sedang gelisah. Tun Dr Mahathir yang kental perjuangan Melayunya sejak zaman penjajahan Inggeris, sehingga digelar sebagai seorang "ultra Melayu", dan kemudiannya menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selama 22 tahun, kini berada dalam barisan kepimpinan pembangkang. Saya sendiri yang berjuang lebih 40 tahun di dalam Umno dan pernah dilabel sebagai "Malay First" kini berada dalam barisan pembangkang. Kami berdua bersama-sama rakan-rakan yang lain sedang memperkukuhkan kepimpinan Melayu dalam barisan pembangkang untuk mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno dan Barisan Nasional yang telah rosak.

Saya dan Tun Dr Mahathir tidak lagi bersama Umno hari ini bukan kerana mengkhianati perjuangan Melayu, tetapi kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk Najib dan konco-konconya yang khianat terhadap perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air. Mustahil saya dan Tun Dr Mahathir akan mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam!

Saya percaya kepimpinan Melayu dalam barisan parti pembangkang semakin kuat dan mantap hari ini. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, adalah Ketua Pembangkang. Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, adalah Menteri Besar Selangor. Dato' Seri Mukhriz Mahathir kini Timbalan Presiden PPBM. Manakala Datuk Seri Shafie Apdal mengetuai Parti Warisan yang sedang menggocang kedudukan BN di Sabah. Ini tidak termasuk rakan-rakan pimpinan yang lain daripada parti-parti pembangkang.

Tindakan Najib menggunakan sentimen anti-DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu menunjukkan dia semakin gelisah dengan pemantapan kepimpinan Melayu dalam barisan parti-parti pembangkang. Orang Melayu kini mempunyai alternatif yang lebih baik dan lebih meyakinkan daripada Umno untuk memimpin mereka.

Bangsa Melayu mesti berani bangkit menentang kebatilan dan kejahatan. Bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mulia dan beradab. Budaya, tradisi dan agama orang Melayu iaitu Islam sentiasa mengangkat darjat kemuliaan orang Melayu. Sudah tentulah sebuah bangsa yang mulia ini tidak rela dipimpin oleh seorang manusia yang telah rosak akhlaknya akibat kemungkaran demi kemungkaran yang dilakukan olehnya.

Ingatlah pesanan Rasululullah S.A.W supaya kita semua bangkit menentang kemungkaran. Renungilah kata-kata para Khalifah Islam yang menyeru umat Islam supaya memperbetulkan kesalahan pemimpin dan tidak secara berterusan mentaati pemimpin yang melanggar perintah Allah.

InsyaAllah, bangsa Melayu yang benar-benar memahami dan mengamalkan ajaran Islam akan melakukan perubahan besar di Malaysia!

Saya menyeru orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu mengembalikan maruah negara dan membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk anak cucu kita.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu MalaysiaSaya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad - Siaran
https://www.facebook.com/sayasayangtunm/photos/a.159716777433474/1301238863281254/?type=3&theater
Saya Sayang Tun Dr Mahathir MohamadSuka Halaman Ini · 3 Disember 2016 ·  Perwakilan UMNO langsung tak tanya tentang Felda...Tentang Subsidi...
Tentang Rasuah terbesar di Sabah..Tentang kehilangan RM100 jta di KBS...tentang Rasuah di Melaka....

Kenapa tak tanya....Tak kan Orang UMNO tak kesah bab rasuah secara besar besaran yg melanda negara ni?
Mohd Ziul Kenapa x turun berhimpun kes ni
Mohd Ziul Perhimpunan keluarga penyamun .atuk ady ayah jib ibu maj anak jolok
Mohd HassanNazmi Emanuelle YaSaya Sayang Tun Dr Mahathir MohamadSuka Halaman Ini · 3 Disember 2016 ·  KRONOLOGI RM2.6 BILION
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah? mungkin Zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan Umno

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. ( Issue fitnah kembali berkumandang)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 29 : RM2.03 bilion telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.

Hidup Melayu.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/12/dasar-pecah-perintah-politik-membenci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dahnil Terseret Penyelewengan Dana Kemah Fadli Nilai Hukum Sudah Jadi Alat Politik

Dahnil Terseret Penyelewengan Dana Kemah Fadli Nilai Hukum Sudah Jadi Alat Politik

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 218 hits
Fadli Zon memandang terseretnya Danhil Azhar Simanjuntak dalam kasus penyelewengan Dana Kemah merupakan sandiwara politik Dia yakin Danhil tidak akan dipermasalahkan jika berada di kubu lawan politik Prabowo
Islam Merupakan Sesuatu Yang Memperbaiki Politik 8790

Islam Merupakan Sesuatu Yang Memperbaiki Politik 8790

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 196 hits
Pemulangan Jasad Dr Fadi ke Gaza Mesir Siap Buka Perbatasan Rafah Kamis 26 April 2018 16 09 Foto Warga setempat dan sanak famili mengarak jenazah ilmuwan Palestina DR Fadi Al Batsh dari kediamannya ke Surau Medan Idaman Kuala Lumpur pada Ra...
Benci Isu Perkauman Dan Islam Dipolitikan 8734

Benci Isu Perkauman Dan Islam Dipolitikan 8734

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 631 hits
Melayu kena kembali kepada fitrah kehidupan Mengapa Allah jadikan kita In Syaa Allah kita akan jadi hamba Nya yang beruntung di Akhirat kelak Aamiin Kamu cepat bangun tangisan tunangan korban kerusuhan dekat pura Hindu di Malaysia 9 jam lal...
Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 546 hits
Orang Melayu kategori penyamun membuatkan bangsa Melayu dipandang hina dan lemah Membina semula jati diri membina semula maruah ugama yang dianut bangsa Melayu sudah menjadi jihad dan wajib Tanpa Islam tanpa nilai Islam orang Melayu mungkin...
Kontak Sosial Sebagai Kebal Kepada Prasangka Terhadap Cabaran Islam Melayu Raja Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi 8777

Kontak Sosial Sebagai Kebal Kepada Prasangka Terhadap Cabaran Islam Melayu Raja Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi 8777

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1702 hits
Jayanya Kontrak Sosial menghindari rasa angkuh manusia dan prajudis di Malaysia RAMAI yang mempertikaikan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana dibimbangi nanti ada puak tertentu mengambil kesempatan mempertikaikan dasar yang boleh menggugat ...
Wakil Ketua Kpk Bantah Lembaganya Dijadikan Alat Politik Presiden Jokowi

Wakil Ketua Kpk Bantah Lembaganya Dijadikan Alat Politik Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 232 hits
Alexander menjabarkan jika selama ini semua tokoh dengan latar belakang berbagai partai politik telah ditangani oleh KPK Bahkan saat melakukan operasi tangkap tangan berbagai tokoh dari berbagai latar belakang politik pun ditangani KPK
Cara Print Bank Statement Bank Islam Online

Cara Print Bank Statement Bank Islam Online

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 3163 hits
Cara Print Bank Statement Bank Islam Online Pada kali ini saya kongsikan cara untuk kita dapatkan bank statement melalui Bank Islam Online Kebanyakan bank teleh memberikan kemudahan untuk mendapatkan statement online Bagi Bank Islam anda bo...
Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 585 hits
26 11 2018Exco DAP Selangor tuduh umat Islam serang kuil Subang JayaV Ganabatirau muat naik tuduhan dalam FB selepas rusuhan pagi tadiBANGI 18 Rabiulawal 1440H Isnin Ahli Exco Selangor V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang ...
4722 Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran Isma Dewan Tun Dr Ismail Pwtc 24 11 18

4722 Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran Isma Dewan Tun Dr Ismail Pwtc 24 11 18

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 469 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi menghadiri Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran ISMA di Dewan Tun Dr Ismail PWTC
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian