Perjelas Kenapa Genting Hk Diberi Pinjaman Tanpa Jaminan Anwar Beritahu Tengku Zafrul


FMT Reporters
-January 27, 2022 6:52 PM

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz segera menjawab persoalan mengapa bank dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong.
PETALING JAYA: Pembangkang mendesak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz segera menjawab persoalan mengapa tiga bank dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong.

Ketuanya, Anwar Ibrahim membuat desakan itu susulan media melaporkan bahawa keuntungan tiga bank, iaitu Maybank, CIMB dan RHB Bank Bhd dijangka terjejas berikutan masalah dihadapi pengendali kapal persiaran, Genting Hong Kong yang amat terkesan ekoran pandemik Covid-19.

“Menurut laporan media, ketiga-tiga bank tersebut telah memberi pinjaman tanpa jaminan berjumlah USD600 juta (RM2.51 bilion).

“Saya mendesak Menteri Kewangan untuk segera menjawab persoalan mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, desakan itu dibuat kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank berkenaan.

Beliau turut mempersoal bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat perjudian itu boleh diberikan dengan sebegitu mudah.

“Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia.

“Menteri Kewangan juga dituntut menjelaskan bagaimana pinjaman RM2.51 billion ini akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis. Bagi saya, penjelasan perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, keuntungan tiga bank Malaysia Maybank, CIMB dan RHB Bank dijangka terjejas berikutan masalah yang dihadapi pengendali kapal persiaran, Genting Hong Kong yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.

Straits Times Singapura melaporkan, ketiga-tiga bank itu adalah antara beberapa pemiutang tidak bercagar utama bagi Genting Hong Kong dengan gabungan pendedahan berjumlah USD600 juta (RM2.5 bilion).

Pemfailan pembubaran Genting Hong Kong dibuat seminggu selepas anak syarikatnya bagi pembuatan kapal di Jerman, MV Werften, mengalami situasi ketakmampuan membayar.

Ia satu perkembangan yang mencetuskan kemungkiran silang bagi pelbagai pengaturan pembiayaan keseluruhan syarikat itu bernilai lebih USD2.7 bilion, lapornya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/perjelas-kenapa-genting-hk-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 211 hits
Sudah tentulah DSAI selaku ketua pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran Sewenangnya RM2 51b diberi pinjam itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat Apakah Zafrul ma...
Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 237 hits
Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat...
Zafrul Tells How Genting Hk Got Rm2 5bil In Unsecured Loans

Zafrul Tells How Genting Hk Got Rm2 5bil In Unsecured Loans

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 229 hits
Finance minister Tengku Zafrul Aziz gave an assurance that the affected banks can withstand any loss resulting from the loans PETALING JAYA Finance minister Tengku Zafrul Aziz has provided several reasons how failed Genting Hong Kong got RM...
Saya Setuju Tengku Zafrul Naik Bot Tinjau Tak Selamatkan Mangsa Banjir

Saya Setuju Tengku Zafrul Naik Bot Tinjau Tak Selamatkan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 165 hits
Walaupun sesetengah orang mentertawa dan mempersenda kemunculan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa Taman Sri Muda dilanda banjir baru baru ini Presiden Amanah Mohamad Sabu sebaliknya memuji menteri kewangan terbabit Malah ahli parlimen Kota Ra...
Zafrul Perlu Letak Jawatan Kes Pinjaman Tanpa Cagaran Rm 2 5b Kepada Syarikat Judi

Zafrul Perlu Letak Jawatan Kes Pinjaman Tanpa Cagaran Rm 2 5b Kepada Syarikat Judi

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 159 hits
1 KWSP PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus GLC yang mempunyai kepentingan rakyat GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan dengan pinjaman RM2 5B tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK milik r...
Pinjaman Syarikat Judi Zafrul Perlu Siasat Bukan Beri Alasan Mudah

Pinjaman Syarikat Judi Zafrul Perlu Siasat Bukan Beri Alasan Mudah

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 244 hits
Kontroversi pinjaman tanpa cagaran ke atas syarikat perjudian Genting Hong Kong yang muflis baru baru ini tidak wajar dijawab secara selesa oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILA...
Tengku Zafrul Letak Jawatan Jika Pengeluaran One Off Kwsp Dibenarkan

Tengku Zafrul Letak Jawatan Jika Pengeluaran One Off Kwsp Dibenarkan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 288 hits
PUTRAJAYA Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap Jelas beliau sebarang keputusan berkenaan term...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco