Kenyataan Akhbar Kpk 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus Di Malaysia


Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus di MalaysiaBY DG OF HEALTH ON JANUARY 26, 2020Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak 10 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2020 jam 12.00 tengah hari, jumlah kumulatif kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah 23 kes; di mana 14 adalah warganegara Malaysia, lapan warganegara China dan satu warganegara Jordan.Daripada jumlah 23 kes PUI ini, terdapat hanya satu kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warganegara China berusia 40 tahun. Sementara itu, 18 kes PUI adalah negatif (12 warganegara Malaysia, 5 warganegara China dan 1 warganegara Jordan) dan telah discaj daripada hospital. Manakala empat (4) lagi kes PUI ini (2 warganegara Malaysia dan 2 warganegara China) yang diletakkan dalam isolasi di beberapa buah hospital, keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.Sementara itu, daripada 8 orang warganegara China yang merupakan kontak langsung dengan kes positif 2019-nCoV pertama di Singapura, didapati 3 daripadanya adalah positif iaitu seorang wanita berusia 65 tahun dan dua orang kanak-kanak lelaki berusia 2 dan 11 tahun. Terdapat 5 kes yang negatif di mana 4 orang telah pun dihantar pulang ke China manakala seorang lagi menemani anak-anak beliau di hospital.Sementara itu, 17 orang kontak rapat kes positif keempat diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.Kesemua empat kes positif dalam keadaan stabil dan sedang dipantau di dalam wad isolasi di hospital-hospital KKM yang telah dikenalpasti sebagai hospital rujukan bagi 2019-nCoV.Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit Novel Coronavirus. Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes. Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurang 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. Ia selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).Prosedur ini dilakukan bagi memastikan pencegahan penularan serta kawalan optima penyakit ini dapat dilaksanakan. Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24(a) Akta yang sama. KKM telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan kes-kes yang disyaki serta kes yang disahkan bagi tindakan isolasi dapat disempurnakan, demi menjaga ketenteraman dan kesihatan awam.Dalam kejadian awal pagi 26 Januari 2020, pihak polis telah membantu pihak KKM mengesan seorang kanak-kanak yang telah dibawa keluar oleh keluarganya dari sebuah hospital di Johor tanpa kebenaran pihak hospital. Kanak-kanak tersebut disyaki dijangkiti penyakit 2019-nCoV dan sedang dirawat di hospital terbabit. Kes telah berjaya dibawa kembali ke hospital berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil dan masih menunggu keputusan makmal. KKM mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama pihak polis ini.KKM juga ingin menyarankan kepada orang ramai yang bercadang mengunjungi negara China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Orang ramai khususnya para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; danElakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini situasi jangkitan 2019-nCoV dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat. Sila beri kerjasama bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan dengan berkesan.DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia26 Januari 2020



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kenyataan-akhbar-kpk-26-januari-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Akademi Sains Islam Malaysia 31 Januari 2020

Kenyataan Media Akademi Sains Islam Malaysia 31 Januari 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 469 hits
PPSMI TIDAK KELIRUKAN RAKYAT TAPI KELIRUKAN MURID Akademi Sains Islam Malaysia ingin melahirkan rasa terkejut dan kecewa yang amat sangat terhadap kenyataan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan M...
Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda Tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus

Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda Tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1402 hits
Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus Assalamu alaikum Belum pun habis isu jangkitan virus Infleunza A kini kita harus berjaga jaga pula dengan
Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 802 hits
Seperti yang kita sedia maklum sekarang sedang heboh dengan isu penyebaran wabak Novel Coronavirus 2019 nCoV yang merbahaya yang dipercayai berasal dari Wuhan China Bermacam macam spekulasi dan andaian telah dibuat dek kerana takut akan vir...
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 682 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Malaysia Catat Mangsa Keempat Jangkitan Baru Coronavirus Dari Wuhan

Malaysia Catat Mangsa Keempat Jangkitan Baru Coronavirus Dari Wuhan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 496 hits
Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes terbaru 2019 Novel Coronavirus atau 2019 nCoV membabitkan seorang lelaki rakyat China Mangsa keempat kes jangkitan paling baru coronavirus di Johor Bahru melibatkan seorang lelaki berusia 40 t...
Tanda Dan Cara Mencegah Jangkitan Novel Coronavirus

Tanda Dan Cara Mencegah Jangkitan Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 985 hits
Tanda tanda dan langkah langkah melindungi diri daripada jangkitan Novel Coronavirus Coronavirus adalah salah satu keluarga besar virus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan Ia merupakan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari ...
Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020

Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 721 hits
Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020Wabak Novel coronavirus kini kecemasan kesihatan global 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak 2019 nCoV sebagai PHEIC yang ke 6 dunia WHO isytihar koronavirus seb...
Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 547 hits
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS DI MALAYSIASTATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUSKementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan kes positif 201...
Terkini Pasaraya Wakaf Ummah Bulan Januari 2020

Terkini Pasaraya Wakaf Ummah Bulan Januari 2020

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 562 hits
22 Januari 2020 Kerja kerja memasang besi untuk 1st Floor Beam Grid 1 hingga Grid 4 sedang giat dilaksanakan BRC untuk 1st Floor Slab telah sampai ke tapak bina minggu lepas akan mula dipasang awal minggu depan Bagi pembinaan bulan Januari ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun