Kento Momota Bakal Beraksi Di Ss Purple League
Kejohanan badminton secara liga di Malaysia iaitu SS Purple League kembali lagi.
Kejohanan yang bermula pada 21 Disember dan akan berakhir pada 27 Januari 2019 ini menampilkan lapan pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan terulung ini.
Bukan sahaja diwakili pemain tempatan, ia juga menarik minat pemain-pemain bertaraf dunia untuk sama-sama memeriahkan kejohanan yang telah memasuki tahun kelima ini.
Purple League Malaysia yang diinspirasikan oleh bekas pemain remaja kebangsaan Datuk Jack Koh yang kini memegang jawatan CEO di Malaysia Purple League. Sekiranya anda melihat kembali bagaimana tertubuhnya Purple League ini pasti anda akan melihat betapa bersungguhnya Datuk Jack Koh cuba untuk membangunkan sukan badminton di negara kita. Bukan satu tugas mudah untuk membangunkan sebuah Liga Badminton yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dengan bantuan agensi berkaitan seperti Kementerian Belia dan Sukan serta para penaja, liga ini semakin mula dikenali.
Dalam kejohanan pada tahun ini, pemain no 1 dunia dari Jepun, Kento Momota dijangka akan bersama-sama bermain Gem In Mall, Cyberjaya manakala pusingan akhir pula akan berlangsung di Genting Highlands pada 24 hingga 27 Januari 2019.
Kehadiran pemain bertaraf dunia ini pasti akan menarik minat penonton dan juga memberikan saingan sengit dalam kejohanan ini.
Kento Momota akan beraksi mewakili pasukan Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya. Selain itu, bintang beregu yang cun melecun dari Australia , Gronya Somerville akan beraksi untuk Kelab Badminton Petaling.
Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini juga para pemain dunia pernah beraksi di Purple League. Ada juga pemain-pemain yang mula di Purple League dan mula menyinar di kejohanan antarabangsa,
Pastinya juga format SS Purple League ini cukup unik apabila ia menampilkan 11 mata dengan 3 set. Bagi mereka yang telah follow Purple League pada tahun depan mungkin sudah biasa dengan format ini.
Format yang menampilkan aksi lebih pantas kerana pemain perlu menyelesaikan tugas secepat mungkin bagi mendapatkan mata untuk pasukan yang diwakili.
Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1.5 juta pasti menjadi taruhan terbaik bagi menyaksikan pertarungan hebat antara para kelab-kelab tersebut.
Ligakampung.com melihat satu perkembangan positif tentang penyertaan para pemain dunia di Purple League ini. Semoga ia memberi inspirasi terutama kepada para pemain tempatan bagi mendapatkan aksi kompetitif.
Ia peluang yang baik untuk meningkatkan tahap kualiti dan skill masing-masing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/kento-momota-bakal-beraksi-di-ss-purple-league/