Kentang Bertunas Dan Berwarna Hijau Boleh Dimakan Atau Tidak


 Assalamualaikum & Hi Semua, 
kredit image: Healthline


Kentang Bertunas selamat untuk dimakan atau tidak? Sudah lama sebenarnya Nadhie dengar pasal ni. Tentang kentang bertunas yang dikatakan tidak selamat untuk dimakan. Pun begitu persoalannya benarkah itu? 


Disebabkan tiadanya penerangan jelas daripada yang ahli nya, maka sukar untuk mengatakan ya atau tidak. Sebagai langkah berjaga-jaga kita akan mengelakkan sahaja apa-apa yang berkaitan dengannya.


Namun, penerangan daripada Dr. Fatimah Salim seorang ahli kimia berkaitan dengan Kentang Bertunas ini sangat jelas dan mudah difahami mengapa Kentang Bertunas sebenarnya tidak selamat untuk di makan. Boleh baca seperti di bawah. 


Jom ikuti perkongsian daripada Dr. Fatimah Salim seperti di bawah.


KENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?




Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah 👇🏻). Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum. 
 

Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ. 

Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya. Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain.

Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang. Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut... yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian. 


Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri. 


Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan? 


BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja. 


Semoga bermanfaat 🌹
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia


Rujukan: Kuete, V., 2014. Health Effects of Alkaloids from African Medicinal Plants. Toxicological Survey of African Medicinal Plants, p. 611-633.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/11/kentang-bertunas-dan-berwarna-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Expired Di Rumah Apa Perlu Anda Buat Perkara Ini Boleh Tentukan Busuk Atau Segar

Telur Expired Di Rumah Apa Perlu Anda Buat Perkara Ini Boleh Tentukan Busuk Atau Segar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 373 hits
Telur Expired Di rumah Apa Perlu Anda Buat Perkara Ini Boleh Tentukan Busuk Atau Segar ANDA mempunyai sepapan telur yang telah diletakkan dalam peti sejuk tetapi ia telah melepasi tarikh luput atau tanggal jualannya Bagaimana sekarang Anda ...
Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 548 hits
Jho Low orang di balik tabir 1MDB kata bekas pengarah November 17 2021 Jho Low hanya dinamakan sebagai penasihat Terengganu Investment Authority tetapi pelantikannya tidak didokumenkan selepas TIA menukar nama kepada 1MDB menurut Ismee Isma...
Karamel Sagu Berkrim Cukup Lemak Sedap Dimakan Sejuk

Karamel Sagu Berkrim Cukup Lemak Sedap Dimakan Sejuk

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 284 hits
Hari ni tekak terasa nak makan yang manis manis Jom kita buat karamel sagu berkrim Sedapnya lapisan bawah tak berapa manis lapisan atas pula berkaramel Alahai sedapnya sejuk tekak menikmatinya KARAMEL SAGU BERKRIMBahan bahan Loyang 4 inciKu...
Ganja Perubatan Boleh Mohon Kepada Pbkd Kemuka Bukti Saintifik Khairy

Ganja Perubatan Boleh Mohon Kepada Pbkd Kemuka Bukti Saintifik Khairy

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 297 hits
Oleh BANYAK negara maju telah menjalankan kajian menggunakan kanabis untuk perubatan Gambar Internet PERMOHONAN bagi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi dinilai dan didaftarkan...
Apakah Siri Kayangan Akan Berakhir Hari Ini Atau Teruskan

Apakah Siri Kayangan Akan Berakhir Hari Ini Atau Teruskan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 515 hits
Jangkaan nya kayangan tetap kayangan Enggang sama enggang Hanya drama kalau nampak berkawan dengan pipit sekejap dan sementara Bila datang kepada PERATURAN mereka ada keistimewaan dan terang terangan overuled Cuma kembali kepada hukum alam ...
Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 289 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSehingga semalam masih tiada sebarang petunjuk bahawa Perikatan Nasional berpotensi untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka kata Ketua Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim Bahkan katanya jika sen...
Papazola The Movie 11 Dis 2025 Di Pawagam Sinopsis Trailer

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Rembayung Restoran Khairul Aming Dibuka Januari 2026

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Drama Doa Yang Terlindung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fatihah Buat Abah Mama Yan

Emilia Jones Legs And Feet In Tights 2

Iman Asyraf Waktu Kecil Part 2

Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Thank God Ledge Keberanian Dan Ketinggian Di Half Dome Yosemite

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025