Kenderaan Perkhidmatan Awam Capai Usia Maksimum Diberi Lanjutan Setahun


 
Lanjutan itu merangkumi semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan memberi lanjutan selama satu tahun secara automatik kepada mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksimum penggunaan seperti ditetapkan dalam syarat lesen atau permit kenderaan.
Ini termasuk yang telah mendapat lanjutan pada tahun sebelumnya.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil untuk membantu penggerak industri pengangkutan awam khususnya pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran mengharungi tempoh sukar akibat pandemik Covid-19.
“Mana-mana kenderaan perkhidmatan awam mencapai had usia maksimum penggunaan kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan diberi pelanjutan secara automatik untuk satu tahun lagi.
“Pelanjutan ini adalah tertakluk kepada kenderaan terbabit menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan tahap keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lanjutan berkenaan merangkumi semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.
“Keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) berkaitan pelanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran juga turut diselaraskan dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak dan Labuan yang berada di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac),” katanya.
Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan sesi perbincangan serta libat urus di antara MOT bersama persatuan dan pengendali termasuklah Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA) dan Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM).
Selain itu, proses libat urus turut membabitkan Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan dan Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.
“Diharapkan dengan pelanjutan had usia penggantian kenderaan selama setahun secara automatik ini dapat memberi kelegaan kepada industri pengangkutan awam, seterusnya kembali pulih serta terus berdaya saing bagi tempoh panjang demi manfaat rakyat serta negara secara keseluruhannya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/kenderaan-perkhidmatan-awam-capai-usia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Usia Setahun Maut Dilibas Dengan Parang Oleh Bapa Saudaranya

Bayi Usia Setahun Maut Dilibas Dengan Parang Oleh Bapa Saudaranya

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 280 hits
The ReporterSeorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak oleh bapa saudaranya dalam pergaduhan di antara ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari semalam di Kampung Parit Mahang Jeram Menurut saksi kejadian yang tidak mahu did...
Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 503 hits
Anda masih menunggu panggilan temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia Jika sudah menerima emel panggilan tahniah saya ucapkan Bukan kaleng kaleng bila anda dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan Dah bersedia untuk lulus temuduga kerja keraja...
Roadtax Mati Lebih Setahun Jom Renew Roadtax Insurans Kenderaan Secara Online

Roadtax Mati Lebih Setahun Jom Renew Roadtax Insurans Kenderaan Secara Online

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 431 hits
Hai semua Assalamualaikum Selamat sejahtera semua Kali ini nak sharing tentang ROADTAX KENDERAAN YANG MATI LEBIH SETAHUN BOLEH KE RENEW ROADTAX INSURANS KENDERAAN ONLINE DENGAN AZLINDA URBAN CONSULTANCY SERVICES Macam mana pula dengan roadt...
Anwar Patut Diberi Peluang Tunjuk Majoriti Dr Aziz Bari

Anwar Patut Diberi Peluang Tunjuk Majoriti Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 272 hits
Kerajaan Perikatan Nasional secara teknikal telah tumbang malam tadi apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik kembali sokongan parti itu yang diberikan sejak 1 Mac 2020 lalu Pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz bari berkat...
Gol Supermokh Diberi Pengiktirafan Oleh Fifa

Gol Supermokh Diberi Pengiktirafan Oleh Fifa

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 284 hits
Sumber gambar Google ImagesAssalamualaikum wbt Pada bulan lepas badan bola sepak Eropah UEFA telah menyenaraikan nama legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman Senarai ini j...
Mahasiswa Kedokteran Diperbantukan Sebagai Vaksinator Harus Diberi Pelatihan

Mahasiswa Kedokteran Diperbantukan Sebagai Vaksinator Harus Diberi Pelatihan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 149 hits
Mahasiswa yang akan dilibatkan sebagai vaksinator juga diberikan pelatihan khusus oleh Kementerian Kesehatan Agar mereka benar benar memahami tugas serta mampu melaksanakan vaksinasi dengan baik
Ops Patuh Mulai 1 Julai Kompaun Maksimum Dikenakan

Ops Patuh Mulai 1 Julai Kompaun Maksimum Dikenakan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 316 hits
Oleh June 29 2021 Jika sebarang perlanggaran SOP kami akan tangkap dan kompaun maksimum akan dikenakan Itulah amaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika mengumumkan enguatkuasaan Operasi Patuh secara ...
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 251 hits
MDA bakal senaraikan kit yang diluluskan di laman webnya PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID 19 untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia Dalam satu kenyataan Pihak Berku...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majoriti Sedang Melihat Kelaku Minoriti

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Kerap Kencing Bila Ambil Ubat Dapagliflozin

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan