Kencing Kat Muka Anak Penyanyi Wanita Ini Dedah Perangai Zalim Bekas Suami Dera Anak Secara Melampau
Bekas ahli kumpulan T-ARA ini telah mencetuskan kekecohan selepas mendedahkan bahawa bekas suaminya telah mendera anak-anak mereka.
ARTIKEL BERKAITAN
Selepas Entri Pelik, Hwang Jungeum & Lee Youngdon Sah Bakal Bercerai Kali Kedua
Untuk pengetahuan, A-reum bekas ahli T-ARA telah berkahwin pada 2019 dan mempunyai dua anak lelaki. Namun pada Disember tahun lalu, dia mengumumkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya itu dan akan berkahwin dengan kekasih barunya.
Pada 2 Mac, wanita itu telah memuat naik hantaran baru di Instagram dan meraih perhatian ramai apabila dia mendedahkan perangai zalim bekas suaminya itu sehingga sanggup mendera anak-anak mereka.
Kongsinya dalam hantaran yang dimuat naik,
Anak sulung datang kepada saya dulu dan bercakap mengenainya. Menurutnya, bapanya telah membaling anak kedua kami yang berusia 1 tahun ke atas katil ketika dia sedang menangis dan mengamuk. Dia juga menolak kepalanya itu keluar dari pintu apabila dia bising.
View this post on Instagram
A post shared by (@areum0ju)
Sambung wanita berusia 29 tahun itu lagi,
Apa yang lebih mengejutkan, apabila mereka pergi ke kolam renang. Saya tak fikir dia akan mendera mereka di kolam renang tetapi dia kencing di muka anak saya. Dia juga membuang air besar ke anak sulung saya. Ini bukan seorang ayah yang mendisiplinkan anaknya. Semua orang cakap saya tinggalkan anak-anak saya untuk bersama kekasih baru tetapi itu tidak pernah berlaku. Setiap hari saya nangis lepas hantar anak-anak saya pergi. Apabila saya dengar dia mendera anak-anak saya, saya benar-benar mahu mati.
Kini, A-reum sedang menjalani prosiding perceraian dan dia akui akan terus berjuang dengan tuntutan mahkamah perceraian serta isu penderaan kanak-kanak, melalui segala bukti yang dia ada.
Kesiannya A-reum..semoga keadilan akan berpihak kepadanya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kencing Kat Muka Anak” – Penyanyi Wanita Ini Dedah Perangai Zalim Bekas Suami, Dera Anak Secara Melampau first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kencing-kat-muka-anak-penyanyi-wanita-ini-dedah-perangai-zalim-bekas-suami-dera-anak-secara-melampau/