Kenapa Umat Islam Diharamkan Melawat Masjid Al Aqsa


Pasti amai di antara kita yang bercita-cita mahu menziarahi Masjid Al-Aqsa kerana selain dikatakan salah satu masjid suci bagi umat Islam, pengkisahan Nabi Muhammad ketika peristiwa Israk Mikraj saat dibawa dari Masjidil Haram sebelum dibawa ke langit ke tujuh turut membuatkan kita mempunyai keinginan tinggi untuk menziarahi sekali gus bersolat di masjid ini.

Masjid Al-Aqsa (kiri) and Dome of Rock (kanan)

Malah, Nabi Muhammad SAW turut mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid Al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan.

Dalam masa yang sama juga kita pasti terfikir dengan menziarahi Masjid Al-Aqsa dapat membantu secara tidak langsung ekonomi Palestin tanpa kita sedar bahawa selama ini kita telah tertipu.

Malah, sejak berpuluh tahun dahulu, ulama sudah mengharamkan kita menziarahi Masjid Al-Aqsa ini sejak Israel menjajah Baitulmaqdis.

LAWATAN KE MASJID AL-AQSA? FIKIR-FIKIRKAN

Baca catatan dari page fb Aqsa Syarif ini. Bacalah dengan mata hati agar kita faham, perjuangan membantu Palestin ini sebenarnya adalah jihad paling besar.

Membantu Ekonomi Israel

Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia cukup menghairankan. Kenapa? Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967? Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 50 tahun yang lalu!

Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel dengan pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

Malah, Israel telah menghadkan umur pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak: “Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali ISRAEL!”

Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?

Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!

Ramai penganjur menziarahi Masjid Al-Aqsa kerana pada tanggapan mereka masjid ini berada di bumi Palestin.

Hanya Jordan sahaja mengiktiraf Isreal sebagai negara!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?

Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?

Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!

Industri pelancongan bernilai USD 1 Bilion Tapi Satu Sen Pun Palestin Tak Dapat

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Maqdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun!

Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen pun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!

Berbanggalah, wang yang anda bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestin! Sangat tak berbaloi!

Adakah kita dilayan seperti mana penduduk Palestin dilayan ketika mengunjungi Al Aqsa? Jawapannya tidak, kerana kita membawa duit kepada Israel.

Dan yang lebih penting lagi ialah, pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.

Kalau tak, takkanlah Israel yang angkuh itu boleh dengan mudahnya membenarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis ‘tidak mengiktiraf Israel’ masuk?

Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.

Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN.

Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.

Tetapi, jika anda datang sebagai ‘pejuang pembebasan’ atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.

Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.

BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!

Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!

Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.

Tidak wajar kita merelakan diri menjadi ‘pelancong’ di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!

Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah dan diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskan, bukan menziarahinya.

Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.

Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa.

Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.

Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!

FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)

Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:
KESATUAN ULAMA SEDUNIA,KESATUAN ULAMA PALESTIN,ULAMA-ULAMA AL-AZHAR,dan para pejuang Palestin yang tulus seperti HAMAS dan BRIGED AL-QASSAM.
Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.

Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977.

Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.

Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.

Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.

Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia; Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam Palestin 1948; Hamas dan al-Qassam dan Syeikh Ekrema Sobri, Khatib Masjid al-Aqsa TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.

Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa, namun sebahagian besarnya meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.

Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002).

ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.

Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!

ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH

Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.

JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?

Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!

Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis.

ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.

Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.

Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat r.a. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine.

Baginda memujuk para sahabat r.a. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000) namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!

Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti; “Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: "..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis…” dan “…al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana.”

Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat r.a., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.

Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar kerana beliau menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib.

Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib.

Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.

PUN BEGITU, Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!

Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar ‘imarah’ sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!

Jika tidak, disarankan supaya anda menyalurkan wang kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Dan kalau boleh, berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi’ tabiin.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita. Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.

Sekali lagi kami ingatkan, FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.

“Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!”
“Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya, pembukanya, bukan pelancong!”
Berfikir selangkah kehadapan,
Agar tidak terus ditipu amal peribadi,
Sedang umat menderita,
Musuh tertawa,
Dan kemenangan terpaksa ditunda,
Untuk kesekian-kalinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang DitindasSekutu Zionis Dalam Dunia Islam
sumber: remaja



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/haram-melawat-masjid-al-aqsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kita Perlu Melawat Al Aqsa

Adakah Kita Perlu Melawat Al Aqsa

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 274 hits
Oleh ADAKAH KITA PERLU MELAWAT AL AQSA Palestine itu besar bukan hanya Gaza sahaja Baitulmaqdis pula bukan hanya milik Palestine ia adalah milik seluruh umat Islam di atas muka bumi ini walau di mana pun kita berada Yang diperintah dan dige...
Umat Islam Bazirkan 4 600 Tan Makanan Sepanjang Ramadan

Umat Islam Bazirkan 4 600 Tan Makanan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 302 hits
SHAH ALAM Sekitar 4 600 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Semenanjung Malaysia pada Ramadan Menyifatkannya sebagai membazir Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkata jumlah itu meningkat kira kira 15 hing...
Oic Perlu Penstrukturan Semula Tangani Cabaran Umat Islam

Oic Perlu Penstrukturan Semula Tangani Cabaran Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 417 hits
MAKKAH 27 Ramadan 1440H Sabtu Penjaga Dua Kota Suci Islam Raja Salman Abdulaziz al Saud mahu melaksanakan penstrukturan semula terhadap Pertubuhan Kerjasama Islam supaya mampu menangani cabaran serantau dan antarabangsa yang dihadapi umat I...
Sholat Idul Fitri Di Masjid Al Aqsa Israel Persulit Warga Palestina Berkunjung Ke Kota Suci Al Quds

Sholat Idul Fitri Di Masjid Al Aqsa Israel Persulit Warga Palestina Berkunjung Ke Kota Suci Al Quds

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 256 hits
Belasan Ribu warga Palestina menunaikan sholat Idul Fitri di Masjid Al Aqsa Al Mubarak Pusat Informasi Palestina Palinfo melaporkan bahwa pasukan pendudukan Israel mempersulit warga yang hendak menunaikan sholat eid di Masjid Al Aqsa Sejuml...
Khutbah Idulfitri 2019 Masjid Istiqlal Islam Indonesia Berciri Khas Ramah

Khutbah Idulfitri 2019 Masjid Istiqlal Islam Indonesia Berciri Khas Ramah

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 306 hits
Mantan Menteri Agama Said Agil Husin Al Munawar mengatakan Indonesia wilayah unik dalam interaksi beragama Tidak hanya islam agama apapun tidak pernah dijumpai konflik yang sangat keras Menurutnya islam di Indonesia adalah islam yang ramah ...
Aksi Warga Yahudi Masuk Masjid Al Aqsa Picu Bentrokan Dan Gelombang Protes

Aksi Warga Yahudi Masuk Masjid Al Aqsa Picu Bentrokan Dan Gelombang Protes

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 236 hits
Direktur Masjid Al Aqsa Omar al Kiswani menuduh Israel melanggar perjanjian yang mengatur bahwa kunjungan semacam itu dilarang selama hari hari terakhir Ramadan
Demi Memperoleh Lailatul Qadar Setengah Juta Warga Palestina Penuhi Masjid Al Aqsa

Demi Memperoleh Lailatul Qadar Setengah Juta Warga Palestina Penuhi Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 273 hits
Depertemen Wakaf Islami Kota Yerusalem menyebutkan Masjid Al Aqsa semalam dipenuhi oleh hampir setengah juta warga Palestina demi memburu kemuliaan malam Qadar Para jemaah tersebut merupakan warga Palestinayang datang dari berbagai wilayah ...
Masjid Al Aqsa Dikepung Zionis Israel Jamaah Muslim Diusir

Masjid Al Aqsa Dikepung Zionis Israel Jamaah Muslim Diusir

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 488 hits
Serangan pasukan Israel terhadap jamaah di kompleks di Masjid al Qibli kompleks Masjid al Aqsa Yerusalem Timur dikutuk Pemerintah Qatar Serangan itu menyerbu dan mengusir para jamaah Muslim yang sedang beribadah di malam malam terakhir Rama...
Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 217 hits
Muslim Suni di Desa Wakal Kaitetu Kecamatan Leihitu dan Tengahtengah Kecamatan Salahutu Pulau Ambon Kabupaten Maluku Tengah Provinsi Maluku Senin hari ini merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1440 Hijriah
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba