Hanya Kerajaan Persekutuan Boleh Tutup Kilang Exco Selangor


Oleh Ruwaida Md Zain Anggota penguat kuasa PBT Selangor meninjau warga asing melakukan aktiviti harian bersantai dan lepak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Meru, Klang baru-baru ini. SHAH ALAM: Lesen pengoperasian kilang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, hanya tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sahaja.
Ia tidak membabitkan hal ehwal kesihatan berkaitan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di bawah undang-undang kesihatan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han, berkata, Akta 171, khususnya Seksyen 107(2), adalah untuk menutup kilang dengan membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT.
"Seksyen ini dirujuk, 'Tiap-tiap lesen atau permit yang diberi tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.'
"Walaupun seksyen yang dirujuk seakan-akan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk membatalkan lesen, tindakan pembatalan harus dilakukan mengikut syarat serta parameter yang tertera di dalam lesen pada waktu ia dikeluarkan dan bukannya bersifat arbitrari, dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas.
"Seksyen ini juga tidak menjelaskan berhubung tindakan PBT untuk mengarahkan penutupan kilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sze Han berkata, sejak 18 Mac tahun lalu, penentuan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dikuatkuasakan melalui Akta 342 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan di hampir seluruh Selangor.
"Akta 342 memberi kuasa kepada Menteri Persekutuan melalui Seksyen 3(1) untuk melantik Pegawai Kesihatan ataupun mana-mana pegawai lain bagi tujuan menguatkuasakan usaha mengawal penularan wabak COVID-19," katanya.
Beliau berkata, ketika PKP kali pertama pada 18 Mac tahun lalu, pegawai yang diberi amanah menguatkuasakan peruntukan Akta 342 melalui Seksyen 3(1) adalah pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RELA.
"Bidang kuasa berkenaan meliputi penentuan sektor sosial yang dibenarkan, kawalan pergerakan termasuk pergerakan merentas daerah atau negeri, sektor ekonomi dan premis yang boleh beroperasi atau diarahkan tutup, serta proses penentuan kesalahan dan penalti terhadap syarikat atau individu didapati ingkar syarat yang ditetapkan.
"Pada 3 Mac lalu, Menteri Kesihatan dan Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri meminda Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan memperluaskan pegawai terbabit merangkumi Badan Berkanun dan PBT agar dapat turut bersama menjalankan penguatkuasaan ke atas SOP," katanya.
Menurutnya, perlu diingat, pindaan berkenaan bukan bermaksud PBT mempunyai kuasa untuk menutup kilang sebaliknya membolehkan Pegawai Kesihatan Persekitaran di PBT membantu menguatkuasakan SOP dan arahan Kerajaan Persekutuan.
"Kuasa itu masih di bawah Kerajaan Persekutuan. Setakat ini salah satu usaha penutupan kilang dan pematuhan SOP dilaksanakan di bawah Op Patuh.
"Operasi itu dilaksanakan oleh suatu Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP COVID-19 (JKPS) yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri yang mana PBT Selangor hanyalah salah satu anggota jawatankuasa.
"Berdasarkan laporan PDRM sehingga 12 Julai lalu, sejumlah 39,604 pemeriksaan dijalankan dalam Op Patuh di Selangor dengan 768 kompaun dikeluarkan dan sebanyak 214 premis termasuk kilang diarah tutup," katanya.
Justeru itu katanya, perkara berkait operasi sektor pengilangan bagi tujuan pengawalan COVID-19 adalah tertakluk kepada Akta 342 dan apa-apa Pengendalian Piawai PKP/PKPB/PKPD yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/hanya-kerajaan-persekutuan-boleh-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Boleh Guna Pbt Tutup Kilang Zuraida Bidas Exco Dap Putar Belit Fakta

Selangor Boleh Guna Pbt Tutup Kilang Zuraida Bidas Exco Dap Putar Belit Fakta

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 193 hits
AGENDA DAILY Sektor perkilangan dan pembuatan antara penyumbang tertinggi kes Covid 19 dalam negara Kerajaan Selangor didakwa memutar belit fakta dengan mengatakan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang mela...
Pbt Selangor Tiada Kuasa Tutup Kilang Kata Syahredzan

Pbt Selangor Tiada Kuasa Tutup Kilang Kata Syahredzan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 260 hits
Peguam Syahredzan Johan berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 membenarkan Putrajaya menentukan sektor ekonomi mana adalah perkhidmatan perlu dan boleh beroperasi PETALING JAYA Pihak berkuasa tempatan di Selangor ti...
Rafizi Syahredzan Perang Di Twitter Gara Gara Selangor Tak Guna Kuasa Tutup Kilang

Rafizi Syahredzan Perang Di Twitter Gara Gara Selangor Tak Guna Kuasa Tutup Kilang

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 202 hits
FMT ReportersRafizi Ramli dan Syahredzan Johan bertegang urat selepas naib presiden PKR itu mengkritik kerajaan Selangor tidak menggunakan kuasa negeri untuk menutup kilang susulan lonjakan kes Covid 19 di negeri itu PETALING JAYA Rafizi Ra...
Soal Tutup Kilang Kuasa Di Bawah Kerajaan Negeri Atau Pusat

Soal Tutup Kilang Kuasa Di Bawah Kerajaan Negeri Atau Pusat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 274 hits
Tidak dinafikan keberkesanan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu semakin dipersoalkan dalam kalangan rakyat Mana tidaknya sudah sebulan lebih mereka berkurung di dalam rumah namun kes Covid 19 tetap m...
Yakinkah Anda Dgn Hanya Setakat Pkpd Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yakinkah Anda Dgn Hanya Setakat Pkpd Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 205 hits
YA Saya tidak menafikan kemungkinan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperlukan Ia bakal menghadkan pergerakan Rakyat tapi adakah kaedah lapok ini SAHAJA yg akan memberi impak positif terhadap penurunan angka jangkitan ...
Kenapa Selangor Tak Tutup Kilang Ini Jawapan Buat Rafizi

Kenapa Selangor Tak Tutup Kilang Ini Jawapan Buat Rafizi

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 284 hits
Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin kalau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi lesen pelepasan pun tetapi kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT kilang kena tutup jugakan Kenapa tak buat begitu Mohon sekolahkan s...
Hanya Kerajaan Allah Boleh Hapus Covid 19 Kata Hadi

Hanya Kerajaan Allah Boleh Hapus Covid 19 Kata Hadi

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 194 hits
Hanya kerajaan Allah boleh hapus Covid 19 kata Hadi Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulangi pandemik Covid 19 adalah ujian kepada manusia dan hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan virus itu walaupun p...
Selangor Allows Sacrificial Rites For Aidiladha At Three Premises Says State Exco

Selangor Allows Sacrificial Rites For Aidiladha At Three Premises Says State Exco

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 292 hits
State Islamic Religious Affairs Consumer Affairs and Halal Industry Committee chairman Mohd Zawawi Ahmad Mughni said the approved premises are government owned or private abattoirs as well as farms or livestock pens registered with Selangor...
Selangor Exco Slams Miti For Allowing More Businesses During Enhanced Mco

Selangor Exco Slams Miti For Allowing More Businesses During Enhanced Mco

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 268 hits
Selangor exco member Ng Sze Han has hit out at the International Trade and Industry Ministry for certain economic sectors to resume operations amid the enhanced movement control order in Selangor from July 7 The new directive from Miti is c...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened