Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga


Apabila membincangkan hal-hal berkaitan hubungan suami isteri, ia akan melibatkan cara komunikasi, layanan dan sudah tentu SEKS. Hubungan seks merupakan sesuatu yang semulajadi, dan keinginan itu ada pada setiap insan, cuma sama ada ianya tinggi atau rendah.


Seks memainkan peranan yang sangat penting dalam rumahtangga kerana ia bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga elemen emosi, psikologi dan spiritual yang menyumbang kepada keharmonian dan kestabilan hubungan suami isteri.

Keinginan seks ini sama seperti makan, ada orang suka makan ala kadar, ada yang suka makan sedap. Ada yang makan sehari sekali, ada yang makan sepanjang hari.

Begitu juga apabila tidak dapat, akan rasa lapar, bila lapar apa pun tak boleh buat. Begitulah juga keinginan seks ini perlu dipenuhi, jika tidak, ia akan rasa 'lapar' juga.

Begitu penting hubungan seks ini sehingga Nabi SAW menjelaskan di dalam hadis yang bermaksud, "Bagi kamu melakukan jimak (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. Lalu sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawab Baginda, "Bagaimana pendapatmu jika dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala." (Hadis riwayat Muslim)

Hubungan seks ini peranannya ada pada suami dan isteri. Islam telah meletakkan tanggungjawab yang berbeza mengikut keadaan dan kemahuan berbeza setiap jantina.

ISTERI

Dalam hubungan seks rumah tangga, isteri bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak suami apabila dia berkehendak.

"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan suaminya itu, hingga suamiya menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

SUAMI

Dalam hubungan seks, suami bertanggungjawab untuk memuaskan isteri. Jangan bila dah ajak, biarkan isteri dalam keadaan tidak disempurnakan kemahuan seksnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu." (Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Apabila bersetubuh dengan isteri, maka hendaklah si suami menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya, maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya." (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

KEPUASAN SEKS

Akibat daripada tidak memikirkan kemahuan pasangan, maka jarang sama ada suami atau isteri yang mendapat kepuasan dalam hubungan seks.

Lebih parah apabila tidak merasakan bahawa tidak puas seks adalah perkara remeh, akhirnya ia menyebabkan pasangan curang dan akan berlaku perceraian.

Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar dan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004, menunjukkan faktor utama perceraian mendapat peratusan tertinggi ialah, tidak puas dalam hubungan, tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan.

Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri, isteri berasa bosan kerana suami cepat klimaks setiap kali bersama, ketiadaan zuriat, suami mati pucuk, isteri tidak pernah atau jarang mencapai orgasme, juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana ada pihak yang memendam perasaan dan sakit hati akibat perkara yang dianggap kecil oleh sebelah pihak lagi.

Lebih parah apabila pasangan terjerumus dalam fenomena mempunyai kekasih gelap.

Kajian dibuat syarikat farmaseutikal Pfizer melalui The Asia Pacific Sexual Health and Overall Wellness atau APSHOW pada 2008, menunjukkan 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.

Kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita.

Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.

Laporan pada tahun 2008 memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh berkata, bau badan, adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.

Jika anda mempunyai masalah ini, segeralah untuk selesaikan, jangan malu untuk bertanya pada doktor atau kaunselor, berbincanglah untuk memastikan rumah tangga sentiasa aman dan bahagia.

Dalam Islam, isu seks bukan sesuatu yang memalukan untuk diketengahkan. Hubungan seks suami isteri yang halal adalah suatu ibadah dalam rumah tangga seorang muslim.

Hari ini, kita tidak didedahkan dengan hadis hubungan seks suami isteri yang lengkap, sebab itu banyakkan berbincang untuk anda dan pasangan mendapat kepuasan seks bagi memastikan kehidupan dan rumah tangga bahagia.

Kesan buruk akibat tidak puas seks boleh menyebabkan murung, marah, kecewa, tertekan dan pasangan mula mengungkit kesalahan-kesalahan lain.

NIKMAT ORGASME

Ketika tidak mengalami orgasme, tubuh wanita akan mengalami tekanan yang berat. Pada ketika tidak tercapai orgasme, darah tidak akan bergerak dan tertahan. Akibatnya, tubuh dapat mengembangkan berbagai penyakit.

Selain itu, menurut Prof Dr dr Wimpie Pangkahila, Sp.And, FAACS, Ketua Asosiasi Seksologi Indonesia (ASI), tidak mencapai orgasme akan memberikan kesan pengaruh negatif keatas pemikirannnya, seperti menjadi sering marah, pemurung atau susah tidur.

Paling utama, suami isteri perlu banyak berkomunikasi, kerana ia bukannya untuk orang lain, tetapi untuk kebaikan rumah tangga yang dibina.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2025/05/kenapa-seks-sangat-penting-dalam-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Suntikan Ubat Cair Darah Penting Jangan Culas

Ambil Suntikan Ubat Cair Darah Penting Jangan Culas

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 86 hits
Lepas bersalin ramai ibu fikir cabaran melahirkan anak telah pun tamat padahal tubuh masih dalam fasa pemulihan Salah satu risiko kesihatan yang jarang dibincangkan tapi boleh jadi bahaya adalah darah beku atau deep vein thrombosis Apa sebe...
Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 206 hits
Kalau doktor cakap kena buat biopsy mesti ramai yang rasa risau kan Apa sebenarnya biopsy tu Jom baca sampai habis cikla nak share info pasal ni Biopsy ni sebenarnya satu prosedur untuk ambil sedikit sampel tisu dari kawasan yang ada ketula...
Elak Cyst Jadi Serius Masa Hamil Pakar Dedah 8 Larangan Penting

Elak Cyst Jadi Serius Masa Hamil Pakar Dedah 8 Larangan Penting

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 115 hits
Walaupun tidak sampai menyebabkan berlakunya kanser ovari namun begitu pengalaman kehamilan dengan cyst bersama bayi sememangnya amat mengganggu emosi ibu hamil Kerisauan melampau dan emosi berubah ubah Ditambah pula dengan kesakitan yang k...
Subsidi Lpg Fakta Penting Untuk Pengguna Perniagaan Kecil

Subsidi Lpg Fakta Penting Untuk Pengguna Perniagaan Kecil

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 114 hits
Subsidi LPG Fakta Penting Untuk Pengguna Perniagaan Kecil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melancarkan OPS GASAK 2025 bermula 1 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif gerakan membanteras manipulasi dan k...
Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 180 hits
Sempena sambutan Hari Guru bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram malah gambar comel anaknya Fatima turut menjadi bualan ramai Dalam perkongsian tersebut Fazura memuat naik gambar Fatima mengenakan tudung dan...
Banyak Sangat Komen Jahat Jeon Somin Perjelas Sebab Tinggalkan Running Man

Banyak Sangat Komen Jahat Jeon Somin Perjelas Sebab Tinggalkan Running Man

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 136 hits
Akhirnya Jeon So min membuka mulut mengenai sebab dia meninggalkan Running Man Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru Huh Youngman s Food Travel pelakon wanita tersebut telah berkongsi dengan lebih lanjut tentang keputusan itu Saya bersama ...
Pengumuman Penting Mendesak

Pengumuman Penting Mendesak

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 140 hits
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Kepada para pengelola website dakwah yang selama ini domain dan hosting nya difasilitasi oleh Yufid kami mohon dengan sangat agar SEGERA menghubungi tim Yufid melalui email info yufid org Kami men...
Pertama Kali Bergelar Ibu Persediaan Penting Mama Wajib Tahu

Pertama Kali Bergelar Ibu Persediaan Penting Mama Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 129 hits
Menjadi seorang ibu buat kali pertama adalah satu anugerah yang luar biasa tetapi ia juga datang dengan pelbagai cabaran dan tanda tanya Tak pelik jika ramai ibu baru berasa cemas risau dan terharu dalam masa yang sama Untuk bantu redakan d...
I Ve Never Been A Member Of Any Political Party Says Igp

Kisah Saya Dengan Bank Rakyat

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production

Nostalgia Raya 2025

Iran Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera As Di Qatar

How Eu Laws Give Patients Better Protection For Cosmetic Surgery In Poland

Honor Magic V5 World S Slimmest Foldable Is Coming To Malaysia

Paper Cup Double Wall Custom Pilihan Ideal Untuk Minuman Panas Sejuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Self Healing Materials The Future Of Smart Infrastructure And Wearable Tech

Ulasan Mad Unicorn Di Netflix Kisah Benar Bangkit Dari Bawah

Adik Waniey Mangso Cinto

Lg S Radio Optimism Uses Music To Make Life Feel Good Again

Modern Courtyard House In Bangkok By Warchitect A Harmonious Blend Of Form And Function

Ringgit Rises At The Close On Easing Tensions In Middle East