Elak Cyst Jadi Serius Masa Hamil Pakar Dedah 8 Larangan Penting


Walaupun tidak sampai menyebabkan berlakunya kanser ovari, namun begitu pengalaman kehamilan dengan cyst bersama bayi sememangnya amat mengganggu emosi ibu hamil.
Kerisauan melampau dan emosi berubah-ubah. Ditambah pula dengan kesakitan yang kerap mengganggu. Semua ini amat memberikan kesan kepada perjalanan selama sembilan kehamilan.
Menurut Dr Ahmad Zubaidi Hj Ahmad, sungguh pun cyst tidak menyebabkan kanser, namun ia turut memberi kesan kepada ibu hamil. Malah beliau turut berkongsi punca-punca terjadinya cyst ketika hamil. Lapan perkara ini patut ibu hamil elakkan!

APAKAH PUNCA OVARIAN CYST BERLAKU KETIKA HAMIL?
Cyst ovari semasa hamil memang berbahaya dan biasanya terjadi kira-kira 0.19 ke 8.8% pada wanita yang sedang mengandung. Malah, pesakit yang mempunyai cyst boleh dikesan semasa scan kehamilan di klinik di mana doktor akan melihat sebarang keabnormalan pada kandungan.
Namun begitu, usah terlalu bimbang kerana tumor ovari ini tidaklah sampai boleh menyebabkan kanser ovari dan risikonya juga rendah. Namun, semuanya bergantung pada saiz cyst yang dikesan itu.
Pada peringkat ini, pesakit tidak memerlukan pembedahan kerana cyst tersebut akan hilang sendiri setelah masuk ke trimester kedua kehamilan yang boleh dilihat pada ultrasound berkala.

GEJALA CYST OVARI SEMASA HAMIL
Kebanyakan pesakit dengan cyst tidak mengalami sebarang gejala, tapi ia boleh dikesan semasa melakukan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi semasa melihat janin. Namun ada juga sesetengah daripada mereka mengalami sakit perut, kencing dengan lebih kerap atau ada benjolan di kawasan peranakan. Oleh sebab itu, pemeriksaan yang lebih lanjut akan diberikan doktor bagi melihat saiz dan pembentukan cyst tersebut sama ada ia boleh membahayakan atau tidak.
Semasa pemeriksaan ultrasound, doktor akan melihat diameter cyst tersebut sama ada ia kurang atau lebih dari 5 sentimeter. Tapi, doktor biasanya akan tunggu lebih kurang empat minggu bagi melihat perubahan pada ketumbahan tersebut untuk menentukan rawatan yang sesuai. Sekiranya doktor mendapati cyst tersebut berukuran lebih besar dari 5 sentimeter kemungkinan doktor akan mengesyorkan untuk melakukan pembedahan selepas 16 minggu kehamilan bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kesimpulannya, cyst ovari semasa hamil adalah sangat jarang berlaku dan ia bukanlah bermaksud anda hidap kanser. Selain rujuk dengan doktor anda dan mendengar sebarang keputusan yang terbaik dari mereka demi keselamatan ibu serta janin.

PUNCA-PUNCA CYST SEMASA MENGANDUNG
1. Pil dan serbuk kolagen
Ramai wanita yang terlalu terpengaruh dengan kolagen yang katanya dapat membantu kulit wajah jadi semakin muda. Namun sebenarnya ia boleh menganggu kitaran horman sekaligus mengalakkan pertumbuhan cyst.
2. Hormon dan suntikan antibiotik dalam haiwan ternakan
Haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan ikan selalunya diberikan suntikan hormon supaya ia cepat membesar dan penjual boleh dapat untung yang lebih banyak. Akan tetapi hormon tersebut akan kekal dalam tubuh haiwan dan seterusnya masuk ke dalam badan manusia apabila dimakan yang merupakan salah satu punca pembentukan cyst.
Begitulah juga suntikan antibiotik yang dapat mempercepatkan tumbesaran haiwan bagi mengelak jangkitan yang boleh menyebabkan penjual kerugian tapi sebenarnya ia boleh membahayakan badan manusia setelah di makan dagingnya.

3. Stres dan tekanan
Apabila sukar mengawal stres dan tekanan perasaan, ia juga boleh menyebabkan pertumbuhan cyst pada organ dalaman wanita.
4. Hormon yang tak seimbang
Sememangnya hormon dalam badan manusia memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan setiap individu. Sebab itu punca cyst juga boleh disebabkan lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron.
5. Lambat hamil
Berdasarkan penelitian, wanita yang lambat hamil juga berisiko tinggi untuk mendapat cyst terutama bila umur semakin meningkat.
6. Lebihan hormon xenostogen
Hormon xenostegon ini adalah estrogen palsu yang masuk dalam badan melalui makanan, minuman dan persekitaran yang tercemar. Atas sebab itu hormon estrogen tak mampu berfungsi dengan baik.
7. Berat badan berlebihan
Bila mengalami berat berlebihan secara automatiknya anda akan mempunyai lebihan lemak yang boleh mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system sekaligus menganggu hormon dalam tubuh hingga berlakunya ketumbuhan cyst akibat dari radang yang muncul.

8. Genetik dan merokok
Melalui genetik pula sekiranya ada di kalangan ahli keluarga yang mempunyai sejarah cyst sekaligus membuatkan anda juga berisiko tinggi mengalami hal yang sama. Manakala itu, bahan kimia yang terkandung dalam rokok juga boleh jadi punca cyst sekaligus merosakkan paru-paru.
Walaubagaimanapun, amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat agar dapat mengurangkan gejala cyst yang boleh membahayakan badan seterusnya menganggu proses untuk mempunyai zuriat suatu hari nanti.
 
The post Elak Cyst Jadi Serius Masa Hamil, Pakar Dedah 8 Larangan Penting! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-cyst-jadi-serius-masa-hamil-pakar-dedah-8-larangan-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Panau Dan Elak Ia Datang Kembali Tip Pakar Kulit

Cara Hilangkan Panau Dan Elak Ia Datang Kembali Tip Pakar Kulit

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 125 hits
Cara hilangkan panau dengan berkesan memerlukan gabungan rawatan yang sesuai dan penjagaan kulit yang betul Panau ialah jangkitan kulat yang menyebabkan tompokan kulit berubah warna dan boleh mengganggu penampilan Dalam artikel ini kami kon...
Target Bersalin Normal Pakar O G Kongsi Faktor Utama Bantu Proses Bersalin Lancar

Target Bersalin Normal Pakar O G Kongsi Faktor Utama Bantu Proses Bersalin Lancar

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 128 hits
Bagi ibu yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan pastinya punya impian besar untuk bersalin normal Namun ia bukan mudah Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia tahap ...
Hiburan Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal

Hiburan Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 120 hits
Remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang menjadi mangsa amang seksual selebriti lelaki mendakwa sudah berkenalan dengan suspek sejak tiga bulan lalu Memetik laporan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja afar...
Hiburan Papar Visual Aneh Kartun Tung Tung Sahur Tralalero Tralala Boleh Rosakkan Fungsi Otak Anak Menurut Pakar

Hiburan Papar Visual Aneh Kartun Tung Tung Sahur Tralalero Tralala Boleh Rosakkan Fungsi Otak Anak Menurut Pakar

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 147 hits
Tung Tung Sahur menjadi viral global di TikTok sebagai sebahagian dari tren humor absurd Italian Brainrot Versi Indonesia yang dicipta oleh pengguna noxaasht meletup dengan video Meta AI menampilkan suara Tung Tung Sahur yang disunting bers...
Bekas Pakar Bedah Dipenjara 20 Tahun Dera 299 Pesakit

Bekas Pakar Bedah Dipenjara 20 Tahun Dera 299 Pesakit

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 87 hits
BernamaPARIS Seorang bekas pakar bedah Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas mengaku mendera 299 pesakit kebanyakannya kanak kanak lapor agensi berita Jerman dpa Dalam perbicaraan penderaan kanak kanak terbesar di Per...
Hiburan Dia Taknak Satu Cincin Dia Nak Dua Dia Maki Pukul Saya Muntazar Ghufran Dedah Sisi Gelap Saidah

Hiburan Dia Taknak Satu Cincin Dia Nak Dua Dia Maki Pukul Saya Muntazar Ghufran Dedah Sisi Gelap Saidah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 117 hits
Semalam kecoh mengenai isu selebriti Muntazar Ghufran bersama bekas tunangnya iaitu Saidah selepas wanita itu dakwa aktor tersebut hanya mempunyai wang RM500 di dalam bank akaun Muntazar dedah sisi gelap Saidah Susulan dituduh bertubi tubi ...
Pengarah Kata Lee Jehoon Buka Cerita Dedah Pernah Kena Reject Untuk Bawa Watak Utama

Pengarah Kata Lee Jehoon Buka Cerita Dedah Pernah Kena Reject Untuk Bawa Watak Utama

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 88 hits
Bukan senang tau untuk Lee Je hoon berada pada tahapnya sekarang sebagai pelakon Artikel Berkaitan Susulan tayangan filem Big Deal Lee Je hoon telah terlibat dalam satu temu bual khas di mana dia ada membuka kisah tentang kerjaya lakonannya...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Navigate The World Of Online Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang