Kenapa Rindu Tercipta
Rindu Tercipta. Kenapa Rindu Tercipta? Mengapa mesti Allah menciptakan rindu kepada makhluknya? Bukankah rindu itu sakit? Terutamanya apabila merindui kepada orang yang telah tiada.
Kenapa rindu dicipta

Kerana Allah sedang mendidik hati kita agar tahu menghargai sebelum kehilangan...
Rindu itu bukan kelemahan, ia adalah anugerah yang halus dari Allah untuk menyedarkan kita bahawa setiap insan yang hadir dalam hidup ini tidak datang untuk selamanya.
Allah ciptakan rindu supaya manusia belajar menghargai sebelum waktunya habis. Supaya kita sedar, masa itu tak pernah menunggu. Hari ini mungkin kita sempat memeluk, memandang, memberi kata sayang. Tapi esok? Mungkin hanya tinggal nama dan kenangan.
Maka jangan tunggu kehilangan untuk menghargai, jangan tunggu pemergian untuk mengucapkan “aku sayang kamu”
Rindu juga mengajar kita tentang syukur. Bila hati terasa rindu pada yang jauh, pada yang telah pergi, pada yang telah tiada itu tanda bahawa mereka pernah memberi makna yang besar dalam hidup kita. Maka ucaplah syukur kepada Allah, kerana diberi peluang merasa kasih, walau sekejap
Dan rindu yang paling dalam, adalah rindu kepada yang belum kita temui Allah dan Rasulullah SAW. Bila hati mula rindu kepada akhirat, kepada syurga, kepada sujud yang tenang itulah rindu yang memandu kita kembali kepada jalan pulang
Wahai hati yang sedang merindu..
Jangan biarkan rindu itu kosong..
Isikan dengan doa..
Isikan dengan zikir..
Sampaikan kasih dalam sujud..
Moga rindu itu menjadi saksi di hadapan Tuhan..
Bahawa kita pernah mencintai kerana-Nya..
Dan kita sedang bersedia untuk bertemu-Nya
Kerinduan itu bersifat halus, hanya jiwa-jiwa yang halus dan mengasihi kepada TuhanNya saja yang layak mendapatkan rasa itu. Jiwa yang halus tidak dibina sehari dua.. sebaliknya bila kita menghayati sirah dan kalamNya, maka kita secara perlahan-lahan akan merasai kasihnya Allah kepada kita
Sepanjang hidup, kita akan merindui Nabi kesayangan dan keinginan untuk bertemu dengan Allah Pemilik Sekalian Alam
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2025/09/kenapa-rindu-tercipta.html