Kenapa Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang




Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. 
Rahmatan Lilalalmin.


baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...


Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....


Sollu alan Nabi...


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 


Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -


ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW


Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.


Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 


Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”


Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :


Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”


Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”


Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”


Istimewanya darah Rasulullah SAW:


Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”


Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”


Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”


Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”


Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”


Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”


Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:


1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)


2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)


3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)


4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)


5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)


6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)


7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.


8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)


9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)


10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)


11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)


12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)


13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)


14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)


15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.


16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)


والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Wallahua'lam...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2018/12/kenapa-rasulullah-tidak-mempunyai-bayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukjizat Rasulullah Membelah Bulan Telah Dibuktikan Sendiri Oleh Nasa Allahuakbar

Mukjizat Rasulullah Membelah Bulan Telah Dibuktikan Sendiri Oleh Nasa Allahuakbar

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 379 hits
Mukjizat Rasulullah Membelah Bulan Telah Dibuktikan Sendiri Oleh NASA ALLAHUAKBAR Mukjizat Rasulullah Membelah Bulan Telah Dibuktikan Sendiri Oleh NASA ALLAHUAKBAR
Awali Pagi Dengan Doa Rasulullah Ini

Awali Pagi Dengan Doa Rasulullah Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 242 hits
Pagi adalah penentu hari Kita bisa merasa nyaman menjalani rutinitas sepanjang hari jika melewati pagi dengan penuh kebahagiaan Sebaliknya hari akan terasa melelahkan apabila pagimu terlewati dengan kejengkelan Semua bisa berjalan tidak sep...
Perpustakaan Awam Di Dalam Pusat Beli Belah Petaling Jaya Ini Mempunyai 5 000 Buku Dan Boleh Dimasuk Secara Percuma

Perpustakaan Awam Di Dalam Pusat Beli Belah Petaling Jaya Ini Mempunyai 5 000 Buku Dan Boleh Dimasuk Secara Percuma

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 284 hits
Kadangkala kita berharap kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang selain daripada bermain telefon Hal ini demikian kerana jika terlalu banyak menghabiskan masa melayari internet di telefon juga tiada gunanya Ja...
Dia Mempunyai Hati Emas Terharu Dengan Pertanyaan Pelajar Ini Tony Buat Kejutan Taja Tiket Ke Mekah

Dia Mempunyai Hati Emas Terharu Dengan Pertanyaan Pelajar Ini Tony Buat Kejutan Taja Tiket Ke Mekah

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 286 hits
Oktober lalu Unversiti Sultan Zainal Abidin telah mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA Pelantikan tersebut dilantik Datuk Dr Muhammad Nur Manuty berkuat...
Kelebihan Orang Yang Mempunyai Lesung Pipit

Kelebihan Orang Yang Mempunyai Lesung Pipit

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 931 hits
Anda Mempunyai Lesung Pipit Ini 5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Mengenai Lesung Pipit Jangan Terkejut Betul ke kakak tadi dah 40 tahun Nampak macam muda je Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda untunglah kan ada lesung pipit Uniknya merek...
Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai Hb Yang Rendah Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko

Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai Hb Yang Rendah Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 333 hits
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan Dr Mastura Mohd Mokhtar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor akan mengupas mengenai komplikasi ini Tumpah darah merupakan salah satu kompl...
Google Arts Culture Kini Mempunyai Muzium Seni Lukisan Vermeer Dalam Realiti Terimbuh

Google Arts Culture Kini Mempunyai Muzium Seni Lukisan Vermeer Dalam Realiti Terimbuh

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 232 hits
Aplikasi Google Arts Culture adalah satu aplikasi yang memberi info info berita lokasi dan pelbagai lagi berkaitan dengan seni Kebanyakan kandungan dalam aplikasi ini adalah karya karya seni klasik yang jauh untuk kita lihat Terbaru dalam k...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan