Kenapa Ptg Mahu Hapuskan Kebun Kebun Bangsar Malaysia Gazette 12 07 2022


 

KUALA LUMPUR – Tatkala kerajaan mengesyorkan meningkatkan keluasan penggunaan tanah bagi tujuan aktiviti pertanian kehadiran Notis Perobohan Kebun-Kebun Bangsar oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan dilihat tidak senada.
Menurut Pengusaha Kebun-Kebun Bangsar, Ng Sek San, kawasan seluas tujuh ekar yang diterokainya boleh berfungsi sebagai kawasan untuk meningkatkan keselamatan makanan khususnya di ibu kota.
“Badan-badan seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang mempunyai banyak tanah untuk cuba kerjasama dengan pihak kami.
“Dari situ kita boleh bina kebun-kebun sebegini untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar raya. Ini kerana bandaraya kita makin sesak,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pengusaha Kebun Bangsar, Ng Sek San melihat keadaan kebun yang pemberitahuan mengosongkan tapak di bawah rentis TNB di lorong Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 12 JULAI 2022.Menurut Sek San, semuanya bermula dengan satu notis daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertarikh 23 Jun lalu yang mengesyorkan pengusaha Kebun-Kebun Bangsar supaya merobohkan kesemua struktur terlibat serta mengosongkan tanah kerajaan yang diusahakan.
Notis berkenaan kerana ia satu kesalahan di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara.
Kesalahan itu adalah aktiviti menduduki tanah kerajaan di bawah rentis talian TNB bervoltan tinggi di Lorong Bukit Pantai 4, Bangsar di sini tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri.
Jelas notis berkenaan lagi, operasi penguatkuasaan mengosongkan tapak akan dijalankan pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut.
Sek San yang merupakan jurutera lanskap profesional berkata, notis itu adalah lanjutan daripada aduan jiran sekeliling di kawasan kebun yang diusahakannya.
Ia ekoran dakwaan pihaknya telah melanggar peraturan dengan memelihara haiwan ternakan.
“Kami tidak cukup pekerja untuk memotong rumput di kawasan cerun, jadi haiwan-haiwan peliharaan itu dibawa masuk untuk tujuan tersebut.
“Kami hendak didik masyarakat untuk menggunakan konsep semulajadi pertanian untuk menanam sumber makanan tanpa racun, ubat kimia dan haiwan-haiwan ini disumbangkan kepada kita daripada pelbagai golongan masyarakat.
“Bila ada aduan, kami kurangkan 75 peratus haiwan-haiwan tersebut dan cuma tinggal haiwan yang untuk kegunaan kebun sahaja,” katanya lagi.
Malah menurut Sek San, 10 daripada jiran-jiran di sekeliling Kebun-kebun Bangsar menyokong kewujudan tapak ini.
Menurut Nadzim pula,  PPIM merasakan kawasan kebun sebegini perlu wujud di menambahkan ekosistem kepada sektor keselamatan makanan yang semakin meruncing mutakhir ini.
“Saya mohon kepada pihak berwajib untuk memberikan pertimbangan sebaik mungkin, apa yang diusahakan ini cukup baik dan bukan mudah untuk dibuat.
“Saya merayu kepada pihak tertentu khususnya menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan supaya melihat hal ini. Sepatutnya kita tangani masalah itu dan bukan kita buang sahaja, ini boleh dibetulkan,” katanya dalam sidang media yang sama.
Nadzim berkata, kebun-kebun sebegitu sepatutnya menjadi contoh kepada kerajaan dalam merencanakan proses meningkatkan keselamatan makanan negara.
“Kita tidak seharusnya menjadi Kebun-Kebun Bangsar ini sebagai satu masalah, saya harap timbul satu kaedah untuk membantu dan DBKL sendiri bantu,” katanya lagi. 


Artikel oleh: Malaysia Gazette
KENAPA PTG MAHU HAPUSKAN KEBUN-KEBUN BANGSAR?

https://malaysiagazette.com/2022/07/12/kenapa-ptg-mahu-hapuskan-kebun-kebun-bangsar/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/kenapa-ptg-mahu-hapuskan-kebun-kebun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mgnews Daripada Terbiar Lebih Baik Manfaat Tanah Di Tengah Kota Untuk Kebun Komuniti Kkb Malaysia Gazette Tv 12 07 2022

Mgnews Daripada Terbiar Lebih Baik Manfaat Tanah Di Tengah Kota Untuk Kebun Komuniti Kkb Malaysia Gazette Tv 12 07 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 177 hits
Di sebalik arahan yang diterima daripada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya mengosongkan tanah terbiar yang diusahakan sebagai kebun komuniti dan rekreasi Pengasas The Kebun Kebun Bangsar Ng Sek San masih berharap ada p...
Upadated Business As Usual Authorities Rescind Eviction Order Against Kebun Kebun Bangsar The Vibes 14 07 2022

Upadated Business As Usual Authorities Rescind Eviction Order Against Kebun Kebun Bangsar The Vibes 14 07 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Authorities have rescinded the eviction order against the Kebun Kebun Bangsar community garden following a meeting with its stakeholders today KKB shared the news of the lifting of the eviction on its Facebook page this afterno...
Suaram Biadab Pertikai Lantikan Rahmat Sebagai Pengerusi Suhakam Malaysia Gazette 05 07 2022

Suaram Biadab Pertikai Lantikan Rahmat Sebagai Pengerusi Suhakam Malaysia Gazette 05 07 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia Sevan Doraisamy diingatkan jangan mempertikaikan pelantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Isl...
Kebun Kebun Bangsar Gets New Licence To Remain On Site New Straits Times 14 07 2022

Kebun Kebun Bangsar Gets New Licence To Remain On Site New Straits Times 14 07 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Kebun Kebun Bangsar has been granted a new temporary occupation licence to allow the urban farm to remain on its site City Hall Planning executive director Datuk Sulaiman Mohamed told the New Straits Times this today after a me...
Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Kebun Kebun Bangsar Ppim 03 07 2022

Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Kebun Kebun Bangsar Ppim 03 07 2022

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 183 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi mengadakan lawatan ke Kebun Kebun Bangsar di Bangsar Kuala Lumpur semalam Projek komuniti kebun ini diusahakan oleh komuniti setempat yang menggunakan dana mereka sendiri
Hati Hati Beri Sumbangan Pembelian Van Jenazah Ppim Malaysia Post 05 07 2022

Hati Hati Beri Sumbangan Pembelian Van Jenazah Ppim Malaysia Post 05 07 2022

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 192 hits
ORANG ramai dinasihatkan berhati hati dalam menghulurkan derma dana van jenazah kepada mana mana pihak tidak kira yang terkenal atau tidak bagi mengelakkan penyalahgunaan wang sumbangan tersebut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malays...
Filem Sci Fi Tempatan Imaginur Akan Wakili Malaysia Di New York Asian Film Festival 2022

Filem Sci Fi Tempatan Imaginur Akan Wakili Malaysia Di New York Asian Film Festival 2022

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 246 hits
Filem sains fiksyen tempatan Imaginur akan mewakili Malaysia di New York Asian Film Festival 2022 yang bakal berlangsung bermula 15 31 Julai ini Diarahkan oleh Nik Amir Mustapha Imaginur telah mendapat pencalonan dalam kategori Filem Cereka...
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima Spm Layak Mohon

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima Spm Layak Mohon

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 296 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima SPM Layak Mohon Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mi...
Hari Kemerdekaan Kebangsaan Malaysia 2022 Logo Dan Tema

Hari Kemerdekaan Kebangsaan Malaysia 2022 Logo Dan Tema

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 270 hits
31 Ogos merupakan tarikh Hari Kemerdekaan Kebangsaan Malaysia yang disambut setiap tahun Merdeka 2022 kali ke 65 rakyat Malaysia sambut Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka Itulah laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11