Kenapa Pokok Lidah Mertua Tiba Tiba Viral Dulu Tak Pandang Pun
Dah kenapa semua orang dok update pokok lidah mertua ni? Pokok lidah mertua tiba tiba viral di media sosial akhir-akhir ni. Puncanya? Tak diketahui. Mungkin sebab pengaruh rakan sebaya viral ni yang katanya pokok indoor/pokok dalam rumah macam pokok lidah mertua ni boleh kurangkan habuk dalam rumah. Betul ke tidak?
Pokok Lidah Mertua Kurangkan Habuk Dalam RumahApa yang Fiza tahu, pokok lidah mertua ni mampu menyingkirkan toksin dan membersihkan udara yang tercemar. Duduk dibandar ni udara sentiasa tercemar. lagi-lagi udara dalam rumah yang terperap jika tiada pengaliran udara yang baik.
Kalau susah nak faham ayat-ayat tu, senang cakap pokok lidah mertua ni untuk membersihkan udara dengan lebih baik dan pembekal oksigen yang bagus lah. Fakta ni pun telah di iktiraf oleh NASA. Haa jangan main-main dengan kebaikan indoor plant ni
Fiza pun lama tak update tentang pokok lidah mertua Fiza ni yang dah lama Fiza tanam dan propagate sejak beberapa bulan lepas. Bila dah viral ni katanya pokok lidah mertua ni terlajak laris sampai sold out di nursery.
Harga pokok lidah mertua mungkin lebih mahal disebabkan pengaruh viral ni. Siapa dah terjebak sila mengaku. Fiza lama dah terjebak dengan houseplant ni. So nak update sikitlah pokok-pokok lidah mertua yang semakin banyak
Kenali Pokok Lidah MertuaSelain popular dengan nama pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua terkenal dengan nama pokok lidah jin, kaktus lidah jin, pokok lidah ular dan pokok lidah tiong. Pokok lidah mertua dalam english pula di panggil dengan nama mother in law tongue, snake plant dan lebih popular dengan nama sansevieria.
Sedap sikit nama sansevieria tu daripada pokok lidah mertua, lidah ular dan lain-lain nama tu. Seram dengar
baca juga : 3 jenis pokok lidah mertua/sansevieria
Kenapa lidah mertua? Mungkin kata-kata/teguran mak mertua pada menantu tu ibarat setajam lidah. Berbisa macam ular. Sebab tu juga dipanggil lidah ular. Macam tu lah kot cerita nya. Tak pasti lah sejarah pokok ni
Nama pokok lidah jin tu mungkin bentuk dia panjang macam lidah jin. Tapi pernah ke tengok lidah jin?. Kalau google macam tu lah kot rupa panjang macam lidah jin. Tapi in real tak tahu lah kan
Dulu Tak Pandang Pun! Sekarang Tercari-Cari Pokok Lidah MertuaDulu kemain masing-masing tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Kat kampung tu hidup terbiar orang tak ambil kisah pun. Fiza pun sama camtu! Tak pandang pun pokok-pokok mak tanam. Tapi bila dah terjebak dengan houseplant. Payah nak stop. Hahaha..gelak jahat ni tau sebab diri sendiri dah terkena.
Pembiakan pokok lidah jin sangatlah mudah. Tak yah sembang kalau kata tangan panas lah tak boleh tanam pokok nanti tak menjadi lah. Sila move on sebab pokok lidah mertua ni " Hard to Kill" you know? Agak-agak tak pandai nak tanam dalam tanah, buat cara Fiza letak dalam air. Nak letak dalam air tu kena potong serong okay
Cara Mudah Tanam Pokok Lidah Mertua1. Potong serong daun lidah mertua2. Letak dalam air sampai berakar3. Tanam dalam pasu dan letak tanah
Baca juga : Cara tanam pokok lidah mertua dalam air
Fiza potong dari pokok mak kat kampung je. Setiap kali balik mesti ambil sampailah dah banyak kat rumah ni. Suka letak pokok dalam bilik tidur dan letak pada bahagian workspace. Rasa seronok buat kerja sambil tengok pokok-pokok hijau ni. Tapi pokok lidah mertua letak kat ruang makan je. Kat workspace ni letak pokok golden pothos dan monstera je.
Bila rendam dalam air, dia akan mula berakar dalam masa 2 minggu lebih atau dalam tempoh sebulan macam tu. Fiza letak dalam balang kaca di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Nak akar lagi banyak, biarkan lagi lama dalam air tu.
Selepas 1-2 bulan letak dalam pasu bertanah, baru lah anak-anak tumbuh membesar. Yang ni Fiza letak luar kat ruang car porch. Kurang cahaya sikit tapi kira cukup cahaya jugalah ni. Siram 2-3 kali seminggu. Tak susah pun nak jaga. Yang penting, air dan cahaya cukup.
Cadang nak letak pasu ni dekat luar pagar rumah. Tapi letak dulu dalam pagar rumah dalam proses nak membesar tu. Fiza campur pelbagai jenis pokok lidah mertua. Bila dah membesar mesti nampak cantik kan.
Bila tak ada pasu, gabungkan je semuanya dalam satu pasu. Pun cantik juga! Tapi kena bersabarlah nak menunggu membesar ni. Nak pokok cepat besar tumbuh, letaklah baja. Macam kita lah manusia, kena makan baru lah membesar dengan sihat. Begitu jugalah dengan tumbuhan perlukan baja sebagai makanan
Tak tahu nak ambil kat mana, beli je. Boleh je beli kat nursery. Harga dia mungkin lebih kurang RM8 dan ke atas bergantung kepada saiz pokok. Kalau di IKEA, saiz kecik RM11.90 dan besar RM29.90. Pilih je ikut bajet kau orang tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/kenapa-pokok-lidah-mertua-tiba-tiba-viral.html