Kenapa Pintu Pagar Masjid Dikunci Selepas Isyak


Oleh : Arif Atan

Kenapa pintu pagar masjid dikunci selepas Isyak?

Di Pekan Tanjung Karang, Selangor, Adam Sufyan dipukul sekitar jam 11 malam dengan besi kerana dituduh mencuri wang tabung masjid.



 
Imej wajah Adam disimbah darah yang mengalir dari dahinya dirakam di muka akhbar. Kasihan sungguh dia. Sampai hati orang yang pukul.

Remaja berusia 17 tahun hanya singgah solat Isyak selepas bekerja di sebuah gerai nasi lemak berdekatan masjid itu.

Adam letak motosikal miliknya tidak jauh dari masjid dan masuk melalui celah pagar yang sudah rosak apabila didapatinya pagar utama depan dan belakang masjid itu berkunci.

Umur awal 20-an dulu, saya pernah dengan kawan bertiga berkereta. Jam baru 9.30 malam ketika itu.

Salah seorang daripada kami ajak singgah masjid yang lagi 500 meter di hadapan. Dia tidak tahan benar untuk buang air. Katanya, boleh terus solat Isyak walau di serambi masjid saja.

Tapi seorang lagi kawan yang sedang memandu spontan menjawab, "Toksah lah. Kita singgah Petronas je. Lepas masjid itu ada (stesen minyak Petronas).

"Kau sembahyanglah kat surau tu kalau nak. Kang kat masjid nanti orang ingat kita nak mencuri!"

Nampak? Fasa usia remaja selalu dipandang lekeh lagi jahat. Remaja pula anggap orang lebih tua yang dulu pun pernah muda jadi terlalu prejudis dengan mereka.

'Orang masjid' pula (bukan semua, hanya segelintir - harapnya) lebih suka pukul rata, berprasangka buruk kepada orang lain.

Mengapa tidak jawatankuasa masjid sepakat upah dua orang pengawal keselamatan selain pasang CCTV?

Tak perlu ambil warga asing. Upah pun tidak perlu tinggi tapi tidaklah harus terlalu rendah.

Dalam ribuan ahli kariah, mustahil tiada walau seorang pun bekas tentera atau polis atau Rela tidak pun anggota Unit Amal (Pas) yang masih sihat boleh bertugas menjaga masjid selama 8 jam sepanjang tempoh masjid paling lengang.

Contohnya, mulai jam 9 malam (waktu lazimnya, jemaah sudah ramai meninggalkan masjid selepas Solat Isyak, berwirid, berdoa, beriktikaf, sembang-sembang geng pencen di kaki tangga masjid) hingga jam 5 pagi (menjelang waktu Solat Subuh)?

Dari situ, masjid boleh saja diimarahkan 24 jam seperti ramai orang Islam lelaki mak orang, gadis TikTok khususnya orang Melayu suka benar 'mengimarahkan' restoran mamak yang beroperasi tanpa henti walaupun status bersih lagi suci diragui.

Jadi, mulakan masjid dibuka 24 jam ini di kawasan bandar, pekan dan dikelilingi kawasan penempatan.

Jika ada pengawal, ahli kariah boleh datang jam 3, 4 pagi untuk ibadat seperti sembahyang tahajud, contohnya, dalam keadaan lebih tenang dan aman.

Melambung

Oh, nanti bil elektrik, bil api melambung? Tutuplah suis utama untuk penghawa dingin. Hanya benarkan pasang kipas.

Mulai dari mimbar dan saf depan hingga ke tengah dewan solat, boleh saja tutup.

Rentang tali penghalang dan bentangkan 5,10 helai sejadah, bawa beberapa kipas berdiri itu sekali sebagai penanda untuk saf pertama masjid untuk tempoh 9 malam - 5 pagi itu.

Gunalah duit tabung masjid. Duit tabung bukan sedikit. Tambahan kalau masjid di kawasan bandar dan taman perumahan ramai orang berpencen. 'Masjid kaya woi'.

Usai solat Jumaat minggu lepas di Masjid Jamek Kampung Baru comtohnya, jelas depan mata saya dari aras 2 masjid melihat duit RM50 saja seinci tebal di tangan orang yang sedang mengira lambakan duit di atas bentangan sejadah.

Tidak pasti duit itu daripada beberapa tabung atau semua tabung sebab terlindung dengan tiang masjid.

Itu pun baru tabung yang digerakkan dari satu jemaah ke jemaah lain. Kalau tabung statik di hampir tiap dinding itu, tidak tahulah banyak mana!

Di masjid lama dekat tapak Flat Pekeliling sebelah Bulatan Pahang, walaupun sudah "hilang" ahli kariah - flat lama itu sudah diroboh untuk projek MRT - tapi kutipan derma mingguan cecah ribuan ringgit. Angkanya ada ditulis di papan kenyataan. Itu 2, 3 tahun lalu. Sekarang, tidak tahulah.

Rata-rata masjid hatta di pekan kecil, hasil kutipan hari Jumaat saja untuk sebulan lazimnya begitu lumayan kalah pendapatan sebulan seorang jurutera baru bergraduan!

Jadi, apa guna ahli kariah menderma kalau tidak dipulangkan dalam bentuk membuka ruang memberi kemudahan untuk solat malam, kan?

Kalau masih soal duit jadi hitungan, buat saja tabung khas yang boleh dinamakan Tabung TABIM - Tabung Ibadat Malam.

Ini tidak. Maaf saya sebutkan, sesetengah masjid nampak bukan main kedekut sungguh untuk menghidupkan walau sebiji lampu di ruang yang bukan dewan utama masjid ketika solat Jumaat sedangkan ada bahagian tertentu di sayap kanan kiri atau aras 2 masjid sudah sedikit terlindung sekali gus gelap kelam.

Jawatankuasa masjid tidak fikirkah jemaah yang hadir itu ada yang rabun akhirnya menggagau mencari cermin mata selepas memberi salam!

Jadi, apabila kita membaca nasib malang Adam dipukul di dahi dengan besi (gila isim agaknya lelaki berusia 40-an itu), itu tidaklah "menghairankan".

Itulah sebabnya, 'orang masjid' kita mesti berjiwa insani. Pintu pagar masjid mesti dibuka 24 jam sehari.

Masjid insani, ummah diberkati.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/kenapa-pintu-pagar-masjid-dikunci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah Im Dijangkiti Kuma N Anak Meninggal Selepas 3 Hari

Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah Im Dijangkiti Kuma N Anak Meninggal Selepas 3 Hari

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 309 hits
Tak Sempat Bagi Susu Pintu Rah im Dijangkiti Kuma n Anak Meninggal Selepas 3 Hari Ibu mana tidak sedih jika anak yang dikandung 9 bulan akhirnya pergi meninggal dunia Pada awalnya wanita ini tidak menyedari masalah yang dihadapi kerana tiad...
Video Lelaki Ser Ang Polis Kena Tem Bak Selepas Bengang Tak Dapat Keluarkan Duit

Video Lelaki Ser Ang Polis Kena Tem Bak Selepas Bengang Tak Dapat Keluarkan Duit

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 281 hits
Lelaki Ser ang Polis Kena Tem bak Selepas Benga ng Tak Dapat Keluarkan Duit Gara gara tidak dapat mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM lelaki tempatan ini bertindak diluar kawalan Susp ek berusia 41 tahun itu mengamuk dan bertindak agre s...
Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 396 hits
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan pondan ditujukan kepada Lim Guan Eng Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua dua anggota ...
Cukup Muhibah Jiran Cina Berganding Bahu Gotong Royong Selepas Majlis Kesyukuran Orang Melayu

Cukup Muhibah Jiran Cina Berganding Bahu Gotong Royong Selepas Majlis Kesyukuran Orang Melayu

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 627 hits
Bergotong royong untuk menjayakan sesebuah majlis atau kenduri adalah sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat Malaysia Memang menyeronokkan apabila dapat berkumpul beramai ramai dan melakukan kerja bersama sama Aktiviti tersebut diliha...
Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak

Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 458 hits
Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak Akibat komplikasi ketika melahirkan anak November lalu Nor Fadilla dilaporkan koma tanpa sempat menyentuh dan mencium bayi lelakinya yang diberi nam...
Furqan Perubahan Positif Selepas Berambut Pendek

Furqan Perubahan Positif Selepas Berambut Pendek

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 302 hits
Agak lama tak update kisah anak bongsu Ina ni Si Muhammad Arif Furqan Dah besar panjang dah dia ni Tetapi seolah baru sahaja bersalin kan my baby ni Walhal tahun 2017 dulu ahaks Muhammad Arif Furqan senyum selalu terus lah Ina minta suami b...
Suaram Gesa Kpn Letak Jawatan Selepas Cawangan Khas Disalahkan Kehilangan Che Amri Pastor Koh

Suaram Gesa Kpn Letak Jawatan Selepas Cawangan Khas Disalahkan Kehilangan Che Amri Pastor Koh

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 372 hits
Kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia menggesa Ketua Polis Negara Fuzi Harun meletak jawatan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia memutuskan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh Pengarah Eksekutif ...
Anwar Mungkin Tak Jadi Pm Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir Pensyarah

Anwar Mungkin Tak Jadi Pm Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir Pensyarah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 508 hits
KUALA LUMPUR Wawancara Nurul Izzah Anwar bersama The Straits Times yang mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan mendedahkan perpecahan antara komponen gabungan pemerintah itu kata penganalisis Menurut pakar kritikan Nurul Izzah terhadap Tun D...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba