Suaram Gesa Kpn Letak Jawatan Selepas Cawangan Khas Disalahkan Kehilangan Che Amri Pastor Koh


Kumpulan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia menggesa Ketua Polis Negara, Fuzi Harun meletak jawatan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia memutuskan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, Fuzi ialah ketua SB apabila Koh diculik pada waktu siang oleh sekumpulan lelaki pada Februari 2017.
“Sekarang, beliau ialah KPN. Beliau perlu meletak jawatan dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin juga perlu memastikan beliau (Fuzi) dan bekas KPN, Khalid Abu Bakar disiasat.
“Bawa semua pelaku ke mahkamah,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Suhakam menyalahkan SB bertanggungjawab terhadap kehilangan misteri Koh dan aktivis berpangkalan di Perlis, Amri Che Mat yang hilang pada November 2016.
Sevan menggesa sebuah pasukan petugas bebas menyiasat mereka yang terbabit dalam kehilangan itu kerana Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) belum ditubuhkan dan kerajan perlu memastikan Koh dan Amri pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Sementara itu, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Khalid dan bekas menteri dalam negeri, Ahmad Zahid Hamidi ditahan segera.
Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel bersetuju dengan keperluan menubuhkan IPCMC seperti dijanjikan kerajaan.
Jurucakap Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED), Rama Ramanathan berkata, mereka menjangkakan respons daripada Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk hal ehwal agama, Mujahid Yusof Rawa.
“Polis dan pihak berkuasa agama terbabit (dalam kehilangan Amri serta Koh) di Perlis dan Selangor,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pegawai polis yang dinamakan dalam inkuiri hari ini “agak muda” dan mereka mahu tindakan diambil terhadap pegawai lebih kanan yang memberi arahan kepada mereka.
“Orang-orang ini tidak patut dibenarkan terlepas tanpa sebarang hukuman.”
Lebih 10 lelaki menculik Koh dari keretanya di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017, dengan rakaman kamera litar tertutup sebuah rumah berhampiran menunjukkan sekurang-kurangnya 3 kenderaan hitam terbabit dalam penculikan itu.
Ramai mengatakan penculikan Koh mungkin ada kaitan dengan dakwaan beliau cuba menyebarkan agama Kristian, tetapi ia disangkal keluarganya.
Amri yang merupakan pengasas persatuan kebajikan, Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016.
Isterinya dilaporkan berkata, saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m dari rumah mereka di Bukit Chabang, Kangar.
Ada dakwaan mengatakan Amri menjadi sasaran kerana kecenderungannya terhadap ajaran Syiah yang dianggap “sesat” oleh pihak berkuasa agama tempatan. – Sumber FMT
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Suaram gesa KPN letak jawatan selepas Cawangan Khas disalahkan kehilangan Che Amri, Pastor Koh appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191406/suaram-gesa-kpn-letak-jawatan-selepas-cawangan-khas-disalahkan-kehilangan-che-amri-pastor-koh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Minta Suhakan Buktikan Cawangan Khas Bukit Aman Terlibat Kehilangan Paksa Pastor Koh Che Amri

Dr Mahathir Minta Suhakan Buktikan Cawangan Khas Bukit Aman Terlibat Kehilangan Paksa Pastor Koh Che Amri

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 377 hits
Dr Mahathir berkata sekiranya wujud bukti jelas menunjukkan terdapat salah laku polis dalam kehilangan Pastor Koh dan Che Amri beliau akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menanganinya Foto Sinar Harian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dimin...
Kpn Akan Jawab Tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman Culik Pastor Koh Che Amri

Kpn Akan Jawab Tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman Culik Pastor Koh Che Amri

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 322 hits
Ketua Polis Negara Fuzi Harun akan menjawab tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman menghilangkan Pastor Koh dan Che Amri oleh Suhakam Foto The Malaysian Insight Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun akan menjawab dakwaan polis bertanggungjawab at...
Zahid Nafi Arah Polis Bukit Aman Tangkap Pastor Koh Che Amri

Zahid Nafi Arah Polis Bukit Aman Tangkap Pastor Koh Che Amri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 252 hits
Bekas menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau pernah mengarahkan Bukit Aman menahan aktivis Perlis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh yang hilang sejak 2016 Ia susulan keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini yang ...
Pastor Koh Diculik Cawangan Khas Kata Inkuiri Suhakam

Pastor Koh Diculik Cawangan Khas Kata Inkuiri Suhakam

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 271 hits
Panel inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh yang dilihat diculik beberapa lelaki pada siang hari Februari 2017 Ini selepas a atas kehilangan aktivis ber...
Cawangan Khas Culik Pastor Raymond Koh Suhakam

Cawangan Khas Culik Pastor Raymond Koh Suhakam

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 340 hits
Cawangan Khas culik pastor Raymond Koh SUHAKAMPosted By on April 04 2019Panel inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh yang dilihat diculik beberapa lelaki...
Suhakam Salahkan Cawangan Khas Atas Kehilangan Aktivis Amri

Suhakam Salahkan Cawangan Khas Atas Kehilangan Aktivis Amri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 260 hits
Panel inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini memutuskan aktivis berpangkalan di Perlis Amri Che Mat ialah mangsa kehilangan paksa kira kira 28 bulan selepas beliau dilaporkan hilang berdekatan rumahnya di Kangar Panel ini mempertimb...
Kehilangan Paksa Amri Dan Koh Siapa Makan Darah

Kehilangan Paksa Amri Dan Koh Siapa Makan Darah

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 412 hits
Ia boleh menjadi momen Jacinda Adern buat pemimpin Pakatan Harapan apabila panel 3 orang pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memutuskan misteri kehilangan pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis Hope Amri Che Mat bukan penculik...
Laporan Penuh Suhakam Kes Kehilangan Amri Koh

Laporan Penuh Suhakam Kes Kehilangan Amri Koh

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 296 hits
MALAYSIAKINI INKUIRI SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini membentangkan laporan hasil 18 bulan inkuiri berhubung kes kehilangan individu Laporan itu membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terlibat dalam kehilangan paksa mem...
Pm Ag Urged To Seek Immediate Release Of Activist Amri And Pastor Koh

Pm Ag Urged To Seek Immediate Release Of Activist Amri And Pastor Koh

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 252 hits
Suaram adviser Kua Kia Soong has called for action against those responsible for the duo s enforced disappearance KUALA LUMPUR Suaram adviser Kua Kia Soong has called on the prime minister and the attorney general to ensure the release of A...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Harum Mewangi

Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024