Kenapa Perlu Beri Jawatan Kepada Cina Tetapi Tidak Kepada Pas



Kenapa perlu beri jawatan pada Cina walhal pengundi dah tolak mereka. Jika GRS pilih juga wakil Cina, mungkin pilihan raya depan mereka tak kisah pun kalau kalah sebab yakin akan dilantik dalam Kabinet. Oleh Athirah Huda Zalhe, 1Media
Tidak menjadi kesalahan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melantik wakil masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang baharu dibentuk.
Ini kerana, pengundi Cina sendiri menolak parti di dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) – MCA serta Parti Maju Sabah (SAPP) – menjadi wakil mereka berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, dua parti kaum Cina itu gagal memenangi enam kerusi yang ditandingi, malah semua kawasan berkenaan ditawan oleh DAP serta calon Cina, PKR.
“Ini bermakna, kita katakan bahawa pengundi Cina Sabah menolak PN dan parti-parti di bawah BN, dan mereka menolak wakil mereka untuk berada dalam GRS.
“Justeru, adakah wajar dalam sistem demokrasi, wakil yang ditolak itu diambil? Kalau kembali kepada tahun 1955-1959, orang Cina menyokong MCA, maka wajarlah Tunku ambil dan bawa masuk dalam Kabinet,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Dr Mat Yazid berkata, langkah itu juga secara tidak langsung akan mendorong pengundi Cina untuk berhati-hati pada pilihan raya akan datang, supaya ada wakil mereka dalam kerajaan gabungan tertentu.
“Jika GRS kekal mengambil wakil Cina, mungkin pada masa depan parti Cina ini tidak lagi kisah jika kalah dalam pilihan raya kerana mereka yakin akan diambil masuk ke Kabinet.
“Saya melihat perkara ini dalam konteks demokrasi, kenapa kita perlu ambil mereka yang kalah dan ditolak rakyat? Tidak kiralah daripada kaum mana sekali pun,” katanya.
Pada PRN lalu, GRS meletakkan calon BN daripada MCA, calon PN daripada SAPP dan calon Cina daripada PBS di kerusi majoriti Cina, namun semuanya kalah dengan Warisan dan rakan sekutunya.
Antara kerusi majoriti Cina itu ialah Api-Api yang ditandingi calon PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai; calon MCA, Lu Yen Tung (Kapayan) dan Dr Chang Kee Ying (Likas) selain calon SAPP di Luyang dan Tanjung Papat.
Sebelum ini, GRS memaklumkan akan berbincang mengenai ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu Sabah dalam kalangan pemimpin PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, isu itu adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet negeri.
Pada masa sama, Dr Mat Yazid turut menyarankan GRS mempertimbang untuk memberi dua posisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik kepada PAS.
“PAS tidak bertanding PRN, tetapi secara tidak langsung ahli-ahli beri sokongan pada PN dan BN.
“Oleh kerana parti itu menang, saya rasa wajar diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi kepada PAS untuk memegang jawatan berkaitan seperti menteri pendidikan serta hal berkaitan Bumiputera dan kebajikan masyarakat boleh memberi sumbangan kepada kerajaan negeri,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/03/kenapa-perlu-beri-jawatan-kepada-cina-tetapi-tidak-kepada-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Terengganu Bengang Pas Asyik Rebut Jawatan Glc

Rakyat Terengganu Bengang Pas Asyik Rebut Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 200 hits
Harapan rakyat Terengganu memilih kerajaan Pas yang kononnya lebih baik berbanding BN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu berkecai melihat sikap pimpinan parti itu yang sibuk berebut jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Menurut P...
Jika Umno Bekerjasama Dengan Pas Identiti Umno Akan Hilang

Jika Umno Bekerjasama Dengan Pas Identiti Umno Akan Hilang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 172 hits
Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai tidak menguntungkan UMNO malah semakin memencilkan peranannya di Sabah Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun UMNO waktu ini...
Munajat Punca Kuasa Utama Kemenangan Pas

Munajat Punca Kuasa Utama Kemenangan Pas

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 185 hits
INDERA MAHKOTA Munajat tanpa henti adalah punca utama kemenangan cemerlang PAS di Kelantan pada PRU14 lalu yang sebenarnya berhadapan cabaran amat genting ketika itu berbanding PRU PRU sebelumnya Malah munajat juga membezakan perjuangan PAS...
After Sabah Win Annuar Suggests Pas Rep S Appointment Into State Assembly

After Sabah Win Annuar Suggests Pas Rep S Appointment Into State Assembly

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 202 hits
After winning the Sabah state election leaders of Gabungan Rakyat Sabah component parties have suggested that a PAS representative be appointed into either the state assembly or new Sabah cabinet BN secretary general Annuar Musa said he bel...
Annuar Cadang Lantik Wakil Pas Ke Dalam Kabinet Sabah

Annuar Cadang Lantik Wakil Pas Ke Dalam Kabinet Sabah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 258 hits
Setelah memenangi pilihan raya negeri Sabah pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah mencadangkan agar kerajaan baru negeri di bawah bayu melantik wakil pemimpin mereka seperti PAS untuk menganggotai Kabinet atau Dewan Undangan Negeri ...
Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 273 hits
HAMDAN TAHABn dan umno jika nak kuat semula perlu berkeadaan asal iaitu bertanding di semua kerusi di peringkat parlimen dan adun Baru lah semua ahli dan bahagian berfungsi dan aktif Baru ramai ketua bahagian dan sesiapa sahaja yang rasa na...
Jauh Sangat Idea Melalut Pemuda Pas Ni

Jauh Sangat Idea Melalut Pemuda Pas Ni

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 316 hits
Mudah nak faham macam ni PAS tidak bertanding tetapi PAS mahu tempat yang tiada Adun dari GPS diberikan satu tempat untuk PAS bersandiwara bersama rakyat sabah Habis tu parti yang bertanding tapi kalah Apakah PAS fikir parti tersebut akan s...
Cadangan Bawa Pas Masuk Dun Sabah Dipersetujui Sebelum Prn Sabah Kata Tuan Ibrahim

Cadangan Bawa Pas Masuk Dun Sabah Dipersetujui Sebelum Prn Sabah Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 315 hits
Nampaknya langkah membawa wakil PAS menduduki salah satu kerusi DUN Sabah hampir menjadi kenyataan tidak lama lagi Hari ini salah seorang pemimpin kanan parti itu memberitahu cadangan berkenaan sebenarnya sudah dipersetujui parti parti yang...
Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Simpan Duit Kertas Rm5

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord

Penjara Naqab Neraka Dunia Untuk Tawanan Palestin

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air