Kenapa Penerbangan Dari India Masih Dibenarkan Mendarat Di Klia Hassan Karim


 


POSTED BY AMIR WRLR



Kerajaan Malaysia memutuskan mulai 28 April lalu untuk menyekat semua penerbangan keluar atau masuk dari India berikutan lonjakan kes Covid 19 sehingga 200,000 kes sehari di negara itu.

Namun sebaliknya, rekod penerbangan di KLIA sehingga semalam menunjukkan masih terdapat pesawat dari India yang masih dibenarkan mendarat.
Hal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai ketegasan kerajaan mengawal merebaknya varian baharu virus Covid 19 yang kini melumpuhkan sistem kesihatan di India.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tindakan membenarkan pesawat dari India mendarat jelas berisiko tinggi dan mengingkari keputusan yang dibuat kerajaan sendiri.
"Kerajaan telah buat keputusan penerbangan dari India tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
"Jadi, saya ingin penjelasan dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob adakah benar laporan media yang menyatakan sejak semalam, Sabtu, 1 Mei 2021 sekurang-kurangnya tujuh penerbangan dari India telah mendarat di KLIA?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Jadual penerbangan dari India ke Malaysia

Hassan turut membariskan beberapa maklumat penerbangan yang dilaporkan media. Misalnya, pada 2 Mei 2021, tiga pesawat dari India dilaporkan telah mendarat.

Urutan penerbangan, MH6241 dari Chennai mendarat 4.45 petang; MH190 dari New Delhi mendarat 6.50 petang dan MH6245 dari Mumbai mendarat 8.35 malam.
Bagi Hassan, sekiranya kerajaan tidak serius menguatkuasakan larangan penerbangan maka tidak mustahil virus baharu Covid yang lebih ganas akan menyebar dari India ke Malaysia.
"Penjelasan dari Menteri Ismail Sabri Yacob adalah penting untuk meredakan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan penularan varian baharu Covid-19 dari India ke negara ini," katanya lagi.
Pada 26 April lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri dalam kenyataannya berkata, mana-mana pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit dilarang memasuki Malaysia.
Turut dikenakan sekatan ialah pekerja asing dari India yang mempunyai pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang masih sah laku, pelajar warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa.
Prosedur sama terpakai untuk bukan warganegara yang merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia.
Sebelum ini, akibat penerbangan masuk dari India yang tidak disekat, Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari negara itu dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya memaklumkan mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara, KLIA.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/kenapa-penerbangan-dari-india-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 239 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan berkaitan pandemik Covid 19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan dan tiga kes bagi varian United Kingdom Menteri Kesihatan Datuk Seri D...
Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 283 hits
Darurat diisytihar pada awal Januari lalu dengan alasan khusus untuk memerangi wabak Covid 19 Namun setelah berlalu 3 bulan bukan sahaja jumlah jangkitan Covid tidak menurun malah angka kematian pula yang meningkat Bagi Ahli Parlimen Pasir ...
Biar Pun Kalah Tujuh Kali Sri Pahang Fc Masih Perlukan Dollah Salleh Untuk Buat Perubahan

Biar Pun Kalah Tujuh Kali Sri Pahang Fc Masih Perlukan Dollah Salleh Untuk Buat Perubahan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 327 hits
KUANTAN Dollah Salleh terus diberi kepercayaan membim bing Sri Pahang biarpun tidak banyak perubahan dilakukan sejak beliau mengambil alih jawatan daripada Thomas Dooley pada awal musim ini Dooley 59 direhatkan selepas dua kali tewas tetapi...
Tak Puas Hati Kereta Dibaiki Masih Rosak Lelaki Bakar Mekanik

Tak Puas Hati Kereta Dibaiki Masih Rosak Lelaki Bakar Mekanik

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 274 hits
BernamaMangsa berusia 37 tahun berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh PARIT Seorang mekanik melecur 46 bahagian tubuhnya selepas terkena semburan api aerosol yang dinyalakan oleh abang pelanggannya ...
Koma 2 Bulan Amp Disahkan Meninggal Wanita Ini Hampir Dihantar Ke Bilik Mayat Walaupun Masih Bernyawa

Koma 2 Bulan Amp Disahkan Meninggal Wanita Ini Hampir Dihantar Ke Bilik Mayat Walaupun Masih Bernyawa

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 370 hits
Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT yang menentukan segala galanya Dari kurniaan rezeki ketetapan ajal maut malah jodoh pertemuan juga perpisahan semuanya dengan izin Allah Seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita ini yang mencer...
Pengungsi Rohingya Yang Masih Di Lhokseumawe Tinggal 10 Orang

Pengungsi Rohingya Yang Masih Di Lhokseumawe Tinggal 10 Orang

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 254 hits
Ia menjelaskan bahwa ada enam pengungsi Rohingya yang belum bisa dipindahkan ke Medan karena sakit dan empat pengungsi lain yang menunggu pemindahan ke Makassar Sulawesi Selatan
8 Orang Masih Hilang Bnpb Ungkap Kendala Pencarian Korban Longsor Tapanuli Selatan

8 Orang Masih Hilang Bnpb Ungkap Kendala Pencarian Korban Longsor Tapanuli Selatan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 255 hits
Sementara itu 5 warga dinyatakan meninggal akibat bencana ini Kelima warga tersebut saat ini telah dievakuasi ke fasilitas Kesehatan setempat Tanah longsor di Desa Muara Hutaraja ini merusak dua rumah warga
Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 245 hits
April 30 2021 Top Glove Corp berkata ia memenuhi semua syarat ILO berhubung buruh paksa PETALING JAYA Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat berkata ia belum mengesahkan sama ada Top Glove Corp mengatasi semua 11 petunjuk ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah