Kenapa Pas Rimas Apabila Ramai Polis


 

Mungkinkah ini bunga-bunga awal kekalahan PAS pada PRK Pelangai genap seminggu lagi?
Memasuki seminggu terakhir kempen menjelang hari membuang undi Sabtu depan, kedua-dua parti bertanding sudah mula memperhebatkan kempen dengan menampilkan pemimpin tertinggi masing-masing di pentas-pentas ceramah.
Sudah adat bertanding dalam PRK, tambahan pula ia satu-satunya yang diadakan tanpa ia berlangsung serentak di mana-mana tempat lain, parti-parti terbabit boleh mendatangkan mana-mana pemimpin untuk memenangi hati pengundi.
Pada minggu pertama kempen yang menyaksikan PAS membawa pemimpin no 1 dan 2 mereka, Umno turut melakukan yang sama termasuk kehadiran Timbalan Presiden Mohamad Hasan, pada Sembang Santai PRK N.36 Pelangai di Felda Chemomoi malam kelmarin.
Maka, bolehlah dikatakan kedudukan ketika ini seimbang, dengan jangkaan situasi hambar tempoh awal kempen ini dijangka berubah apabila jentera parti meningkatkan “gear” selain kehadiran pemimpin utama parti peringkat pusat yang dijadual turun padang bermula hujung minggu ini.
Di sebalik PAS dan Perikatan Nasional (PN) menjaja modal kononnya Umno dan gabungan Pakatan Harapan (PH) menggalakkan liberalisme agama “hingga apek berseluar pendek pun boleh menyampaikan khutbah Jumaat suatu hari nanti”, Umno pula mengingatkan pengundi agar jangan lagi tersalah pilih kerana ia tidak akan bawa manfaat kepada mereka.
Tok Mat dalam ceramahnya berkongsi beberapa kali partinya diperdaya setiap kali ingin bekerjasama dengan PAS yang digambarkannya sebagai tidak berpegang pada janji di sebalik jenama “Melayu-Isley” yang dilaung-laungkannya.
Meminjam istilah bola sepak, Umno melalui calonnya Amizar Abu Adam adalah juara bertahan manakala PAS yang menampilkan calon yang kalah pada PRU15, Kasim Samat, adalah lawan bukan pilihan yang berharap untuk membuat keputusan “upset”.
Memang lazim untuk juara bertahan bersifat “cool” dengan kelebihan psikologi yang dimilikinya sambil lawan “underdog” akan tercari-cari helah dan tipu-daya untuk menampung kekurangannya di padang pertandingan.
Semalam, PAS mendakwa kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam pelbagai aktiviti kempen dianjurkan parti itu pada PRK Pelangai konon menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokongnya.
Kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, polis perlu lebih rasional dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat selain tindakan itu didakwanya boleh memberi gambaran tidak sihat kepada amalan demokrasi negara.
Seperti memainkan piring hitam lama yang sudah jemu didengar, ini ulangan taktik lapuk PAS untuk menerbitkan persepsi kononnya ia diperlakukan secara tidak adil sebagai parti pembangkang. Kononnya juga pengundi ditakut-takutkan daripada memihak mereka.
Katanya lagi, peningkatan pemantauan polis menakutkan orang ramai, yang didakwanya enggan bercakap dengan sesiapa daripada PAS atau tidak mahu membuka pintu rumah kepada jentera kempen parti itu.
Usah terlalu mudah “hukum” pengundi. Sama ada mereka sudah membuat pilihan untuk menolak PAS atau tidak mahu termakan janji-janji manis parti itu, apatah lagi Pelangai adalah kubu kuat Umno sejak PRU7 pada 1986, selebihnya Takiyuddin harus berhalusinasi.
Sudah pun diperjelaskan oleh Ketua Polis Pahang Yahaya Othman bahawa kehadiran polis sepanjang tempoh kempen di Pelangai bukan pun sesuatu yang luar biasa, sebaliknya jumlah mereka ditugaskan adalah berdasarkan bilangan permohonan aktiviti kempen yang diterima.
“Tiada sebab untuk orang awam berasa takut. Memang benar kami sudah menambah kekuatan untuk bersiap menghadapi pilihan raya kecil ini. Kami hanya mahu memastikan keselamatan orang ramai. Tiada sebab khusus selain daripada ini. Saya tidak fikir ada pihak harus berasa kecewa,” katanya kepada FMT.
Ada kemungkinan juga polis turut mengambil iktibar daripada kempen PRK Pulai dan Simpang Jeram 9 Sept lalu. Ketika kempen berkenaanlah kedua-dua Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis gara-gara menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R), masing-masing kerana mengeluarkan “fatwa” mengundi calon lawan adalah haram dan mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan.
Seorang penceramah PAS, seperti dikenali daripada keceluparannya, turut tidak segan-silu mencarut di satu majlis yang dihadiri kanak-kanak, wanita dan warga emas di Pelangai minggu lalu, apakah jaminan yang wakil parti itu tidak akan melanggar “garis merah” ketika kempen memuncak pada minggu kedua ini?
PAS tidak boleh hidup tanpa menggunakan isu sekurang-kurangnya “2R” dan kecenderungan parti itu berbuat demikianlah yang mewajarkan polis meningkatkan pemantauannya di sebalik Takiyuddin boleh terus merengek.
Lihatlah siapa yang komplen. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/kenapa-pas-rimas-apabila-ramai-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Bahrin Pas Sendiri Undang Polis Awasi Gerak Kerja Di Pelangai

Raja Bahrin Pas Sendiri Undang Polis Awasi Gerak Kerja Di Pelangai

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 204 hits
Malaysiakini Amanah berpendapat PAS tidak wajar berasa rimas dengan kehadiran pasukan keselamatan semasa berkempen di Pelangai sekarang Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata keadaan itu berla...
Adun Jengka Pas Dipanggil Polis Isu3r

Adun Jengka Pas Dipanggil Polis Isu3r

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 258 hits
AKMAL MANAFAhli Dewan Undangan Negeri Jengka Shahril Azman Abd Halim mengesahkan beliau dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya memainkan sentimen 3R di akaun TikTok baru baru ini Beliau mendakwa laporan polis terh...
Mangsa Ugutan Pentaasub Pas Boleh Lapor Kepada Polis

Mangsa Ugutan Pentaasub Pas Boleh Lapor Kepada Polis

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 234 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF Seorang pentaasub Pas didapati melakukan ancaman dan ugutan dipercayai secara sihir terhadap orang lain di ruangan media sosialnya Tangkap layar perbualan pemilik akaun Facebook atas nama John Jonny Jane itu anta...
Kelantan Polis Tahan Seorang Pemuda Berkait Gig Dun Paloh

Kelantan Polis Tahan Seorang Pemuda Berkait Gig Dun Paloh

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 205 hits
MalaysiakiniSeorang pemuda berusia 28 tahun ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang Khamis lalu bagi membantu siasatan berkaitan satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di sebuah dewan tertutup Ke...
Kes Culik Siasatan Kes Ketua Polis Balai Anggota Larikan Lelaki Dirujuk Ke Bukit Aman

Kes Culik Siasatan Kes Ketua Polis Balai Anggota Larikan Lelaki Dirujuk Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 130 hits
Sinar HarianKUALA LUMPUR Kertas siasatan membabitkan seorang Ketua Polis Balai dan empat anggotanya melarikan seorang lelaki di Desa Petaling pada 24 September lalu akan dirujuk ke Bukit Aman Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam...
Perompak Kedai Barangan Elektrik Buang Hajat Dalam Kereta Polis

Perompak Kedai Barangan Elektrik Buang Hajat Dalam Kereta Polis

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 143 hits
Seorang pemuda yang disyaki mencuri barangan elektronik membuang air besar di dalam seluarnya ketika menaiki sebuah kereta polis Dilaporkan dalam kejadian di Kotamobagu wilayah Sulawesi lapor portal berita Prohaba semalam Sebelum pemuda itu...
Tular Video Polis Ganggu Lelaki Sedang Menunaikan Solat Undang Reaksi Netizen

Tular Video Polis Ganggu Lelaki Sedang Menunaikan Solat Undang Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 358 hits
Salah faham dan tidak tahu itulah yang berlaku pada seorang individu apabila menerima layanan tidak menyenangkan Dari sorang pihak polis ketika sedang mengerjakan solat Kejadian itu berlaku apabila lelaki berkenaan melakukan solat di luar s...
Kes Culik Cuma Salah Faham Polis

Kes Culik Cuma Salah Faham Polis

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 282 hits
Polis Wanita bimbang diculik salah faham kerana pemandu e hailing OKUPolis menggesa orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan bahawa seorang wanita diculik oleh pemandu e hailing di Shah Alam dalam kejadian 27 Sept lain Ketua Polis Daerah Sh...
Samseng Jalanan Polis Buru Lelaki Terbabit Kes Pukul Tepi Jalan

Samseng Jalanan Polis Buru Lelaki Terbabit Kes Pukul Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 140 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myPolis buru lelaki terbabit kes pukul tepi jalan Klang Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pukul yang berlaku di tepi jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat Klang deka...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year