Kenapa Pandang Sinis Salahkah Balik Kerja On Time
KENAPA PANDANG SINIS, SALAHKAH BALIK KERJA ON TIME? | Dipandang sinis apabila balik on time? Perkara ini sering berlaku di kalangan rakan-rakan di pejabat. Bila balik kerja tepat waktunya atau on time rasa bersalah seolah-olah melanggar disiplin. Kenapa perlu takut? Balik kerja on time bukan satu kesalahan jika kita betul-betul memperuntukkan waktu pejabat dengan membuat kerja-kerja yang diamanahkan. Kita akan rasa malu atau serba salah jika kita masuk office lambat tapi balik on time. Itu memang patut rasa bersalah sebab melanggar disiplin dan mencuri masa.
Always leave office on time
Andai kata waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bila habis waktu kerja pukul 5.00 petang boleh terus balik. Saya bukan mengajar pekerja supaya balik tepat pada masanya walaupun kerja bertimbun tetapi sekadar berkongsi knowledge kepada mereka yang sering dipandang sinis apabila balik kerja on time. Hakikat sebenar majikan suka bila ada kakitangan stay back buat kerja walhal mereka tak layak claim overtime.
Jadi untuk memberi kesedaran kepada kakitangan yang terasa bersalah bila balik kerja on time atau selalu kena perli, siapa yang pandang sinis tu boleh rujuk:
Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955 (Akta 265) memperuntukkan "Hours of work" atau “Waktu-waktu kerja” dinyatakan seperti berikut:
Seksyen 60A Akta Kerja 1955
means “the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements."
"jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri"
Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955
Undang-undang melindungi hak kita tetapi jangan lupa juga dengan amanah dan tanggungjawab kita terhadap majikan.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2022/12/kenapa-pandang-sinis-salahkah-balik-kerja-on-time.html