Kenapa Pahala Membaca Surah Al Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al Quran


Surah al-Ikhlas. Antara surah terpendek yang hanya mengandungi 4 ayat namun, manfaat dan pahalanya disisi Allah SWT sangatlah tinggi kerana nilai pahala jika membaca surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya.


Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?

Sabda Nabi Muhammad mengenai surah Al-Ikhlas:

1. Pada satu malam, seorang sahabat telah mendengar temannya yang sedang membaca surah al-ikhlas dan diulangnya berkali-kali.

Sahabat tersebut memberitahu kepada Rasulullah SAW pada keesokan harinya, dengan niat merendah-rendahkan amalan temannya itu.

Lalu Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).

2. Dari Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?"

Lalu Nabi SAW menjelaskan, “Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922)

Mengapa bernilai sepertiga Al-Quran?

Di dalam Al-Quran secara keseluruhannya terdapat 3 pembahasan utama iaitu:
Hukum (perintah, larangan, halal dan haram).Janji dan ancaman (berkenaan syurga dan neraka, pembalasan dan kesengsaraan).Penceritaan mengenai Allah (Nama dan sifat Allah).
Jadi, jika dilihat kepada makna surah al-ikhlas, ia membahaskan masalah tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah SWT.

Disebabkan ia merangkumi satu daripada 3 pembahasan utama Al-Quran, maka nilainya adalah sepertiga Al-Quran.

Ianya disokong oleh keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar. Menurut beliau, "Bernilai sepertiga Al-Quran" seperti dalam sabda Rasulullah SAW itu difahami oleh sebahagian ulama akan makna zahirnya.

Ulama-ulama tersebut menerangkan bahawa surah ini bernilai sebegitu kerana dipandang dari sudut kandungan makna Al-Quran.

Oleh kerana isi al-Quran itu adalah hukum, berita dan tauhid dan surah al-ikhlas membentangkan penceritaan tauhid, berdasarkan tinjauan ini, ia bernilai sepertiga Al-Quran. (Fathul Bari, 9/61)

Surah al-Ikhlas sama nilai pahala dan bukan sama nilai amal Al-Quran

Perlu diingat, walaupun membaca 3 kali surah ini pahalanya bersamaan seperti membaca keseluruhan Al-Quran itu sendiri, namun ia hanya senilai dengan PAHALA, dan bukan sama nilai AMAL.

Harus kita membezakan antara al-Jaza' dengan al-ijza'.

Definisi:
Al-jaza': sama nilai dalam pahala yang dijanjikan.Al-ijza': sama nilai dalam amal yang digantikan.
Dalam hal ini, ia memenuhi definisi al-jaza'. Jadi, jika anda membaca 3 kali surah al-ikhlas yang membawa pahala seperti membaca Al-Quran, ia hanya bersamaan nilai pahala dan bukan nilai amal.

Untuk memudahkan pemahaman, kita lihat pada contoh ini:

Jika anda bernazar untuk membaca satu Al-Quran jika hajat anda tercapai, maka anda tidak boleh menggantikan nazar anda ini dengan hanya membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya adalah sama.

Membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya sama tetapi belum dianggap seperti membaca keseluruhan Al-Quran.

Jadi, inilah beza antara senilai pahala dan senilai amal.

Syaikhul Islam berkata:

"Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran, namun bukan bererti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia perlu bentuk pahala dari memahami perintah, larangan dan kisah al-Quran. Sehingga surah al-Ikhlas tidak akan menggantikan semua itu." (Majmu’ al-Fatawa, 17/138)

Satu lagi contoh, jika anda solat di Masjidil Haram, pahalanya adalah 100,000 kali ganda solat di tempat lain.

Ini tidak bermakna bahawa anda tidak perlu lagi solat 100,000 kali waktu kerana ia hanya bermaksud pahala yang anda dapat ketika solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda.

Manakala al-ijza' pula adalah seperti, jika anda bermusafir dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat, maka anda dibolehkan untuk menggantikan dengan solat Zuhur.

Atau jika tidak mempunyai air untuk berwudhu, maka anda boleh bertayammum.

Bermakna, amalan anda bersamaan dengan nilai amalan yang digantikan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Berapa Ramai Menghadiri Majlis Ilmu Dalam Keadaan Hati Yang Ikhlas?Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/pahala-surah-al-ikhlas-sepertiga-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran

Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 353 hits
Perlukah menutup aurat ketika memegang dan membaca al Quran Bila ada orang yang bertanya maka saya dengan ilmu yang terhad mengenainya mengatakan wajib menutup aurat Namun selepas pembacaan dan rujukan beberapa artikel dan kitab kebanyakan ...
Ini Lah 9 Waktu Yang Dianjurkan Membaca Surat Al Ikhlas

Ini Lah 9 Waktu Yang Dianjurkan Membaca Surat Al Ikhlas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 241 hits
Ternyata ada saat tertentu yang dianjurkan membaca surat Al Ikhlas Tersebut sembilan saat yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al Ikhlas 1 waktu pagi dan malamPada waktu ini kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash bersama dengan maw idz...
33 Niat Penting Ketika Membaca Al Quran

33 Niat Penting Ketika Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 474 hits
33 Niat Penting Ketika Membaca Al Quran Al Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW Membaca Al Quran membolehkan kita mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang...
Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 519 hits
Surah Yaasin adalah surah ke 36 dalam Al Quran Surah ini terdiri atas 83 ayat termasuk golongan surah surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj jin Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya sin Sebagaimana halnya erti huruf...
Tag Alquran Anda Sendiri Dengan Set Quran Tagging Diy Enuur

Tag Alquran Anda Sendiri Dengan Set Quran Tagging Diy Enuur

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 888 hits
Membuat Coding dan Tagging Al Quran anda sendiri memerlukan ilmu dan rujukan yang lengkap Tagging paling mudah ialah Tagging 30 Juzuk Al Quran atau Tag Setiap Surah sebanyak 114 kesemuanya Ini merupakan Tagging Quran termudah sekali Bagaima...
Al Quran Tagging Al Quran Tajwid Berwarna Dengan Terjemahan Siap Tagging Untuk Tadabbur Harian Anda

Al Quran Tagging Al Quran Tajwid Berwarna Dengan Terjemahan Siap Tagging Untuk Tadabbur Harian Anda

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1094 hits
Pernahkah anda terlihat atau terdengar mengenai kewujudan Al Quran Tagging Ya sebuah Al Quran yang telah disiapkan tag dengan penuh pengisian DOA PANDUAN bagi melengkapkan lagi penghayatan kalian terhadap AL QURAN Al Quran Tag ini menggunak...
198 Set Kit Tagging Quran Panduan Disediakan

198 Set Kit Tagging Quran Panduan Disediakan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 242 hits
MANUAL TAG AL QURAN MATINADA 168 TAG DAN 30 TAG JUZUK ALQURANApa itu tag mika TAG matin ini kesemuanya adalah ayat baru Terdapat 168 ayat tag dan 30 tag juzuk Keseluruhan 198 tagsContoh ayat ayat pilihan Doa Mendapatkan ZuriatTugas Umat Muh...
Al Quran Tagging A5 Humaira Special Edition Dengan 198 Tag

Al Quran Tagging A5 Humaira Special Edition Dengan 198 Tag

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 756 hits
Nak cari Al Quran Tagging yang lebih besar senang dibaca Kami rekomen Al quran tag bersaiz A5 tetapi masih mudah dibawa ke mana sahaja masuk dalam handbag insha Allah MUAT AlQuran Humaira Edisi IstimewaApa yang best dengan Al Quran Humaira ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults