Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran


Perlukah menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran? Bila ada orang yang bertanya maka saya dengan ilmu yang terhad mengenainya mengatakan wajib menutup aurat. Namun selepas pembacaan dan rujukan beberapa artikel dan kitab, kebanyakan ulama' berpendapat tidak wajib menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran... namun adakah ianya benar?

Dalam menuntut ilmu, kita tak boleh buat separuh jalan. Ilmu kehidupan tak memerlukan biaya yang tinggi, asalkan buang rasa malu, ada kesungguhan dan istiqamah. Sentiasa perbaharui ilmu di dada kerana dalam zaman ini, ilmu kena sesuai dengan waktu dan perlaksanaannya. Insyaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kita menambah ilmu.



Perlukah menutup aurat ketika membaca al Quran?
1. Syeikh Salih al-Munajjid menjawab begini... Alhamdulillah. Tidak wajib bagi seorang perempuan itu untuk memakai hijab untuk membaca al-Quran kerana tiada dalil yang mewajibkan begitu. 

2. Syeikh Ibn al-'Uthaimin berkata : 'Tidak disyaratkan menutup kepala ketika membaca al-Quran...' (Fatawa Ibn Uthaimin, 1/420). Dan berkata Syeikh Ibn Uthaimin mengenai sujud tilawah : 'Sujud tilawah itu sama halnya dengan membaca al-Quran, tidak mengapa sujud dalam apa jua keadaan walaupun tidak memakai tutup kepala dan sebagainya kerana sujud tidak sama hukumnya dengan solat', (al-Fatawa al-Jami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 1/249). 
3. Dan dirujuk semula jawapan kepada soalan di atas, 'Adapun tidak boleh membaca al-Quran dalam keadaan junub samada dari mushaf atau selainnya kerana telah sabit dari Nabi bahawa tiada suatu yang menghalangnya dari al-Quran kecuali janabah.' 
4. Adapun hadas kecil maka boleh membacanya tanpa memegang mushaf berdasarkan dalil umum.' (Majmu' Fatawa Syeikh Ibn Baz, 10/150)

5. Adapun yang lebih baik adalah berwudhu, kerana al-Quran itu Kalamullah, maka yang lebih baiknya adalah berwudhu' kerana kemuliaan al-Quran itu. 
6. Tetapi tidak boleh memegang mushaf tanpa wudhu' berdasarkan firman Allah yang bermaksud : (Tidak memegangnya (al-Quran) kecuali orang-orang yang suci) [al-Waqiah : 79].

Adab-adab membaca al-Quran
Sebagai perkongsian kepada anda semua, saya salin di sini dari sumber website Masjid al azim tentang adab-adab membaca al-Quran. Semoga ianya bermanfaat buat kita yang kurang ilmu berkaitan perkara tersebut.


1. Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

2. Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

3. Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

4. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

5. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

6. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

7. Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

8. Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

9. Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Semoga apa yang dikongsikan menjadi manfaat buat semua yang terbaca atau membaca artikel tersebut di atas. Mungkin ada yang sudah tahu, dan ada pula yang belum tahu...tetapi pesan memesan kepada kebenaran adalah orang yang beruntung. Betul tak? Alhamdulillah.. dah tahu pun Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran?
#Sebarkan bahagia... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ilmanhati.blogspot.com/2018/10/inilah-jawapannya-adakah-kita-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pahala Membaca Surah Al Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al Quran

Kenapa Pahala Membaca Surah Al Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al Quran

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1431 hits
Surah al Ikhlas Antara surah terpendek yang hanya mengandungi 4 ayat namun manfaat dan pahalanya disisi Allah SWT sangatlah tinggi kerana nilai pahala jika membaca surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al Quran dan isinya Adakah ke...
Jaga Aurat Keluarga Ketika Upload Gambar

Jaga Aurat Keluarga Ketika Upload Gambar

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1038 hits
Pada hari raya ramai yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memuat naik gambar diri dan keluarga Ini tidaklah dihalang jika wanita sekadar berkongsi foto mereka sesama keluarga atau dengan rakan rakan perempuan sahaja Namun...
Tak Putus Asa Mizz Nina Tetap Cuba Padam Semua Foto Video Tidak Menutup Aurat

Tak Putus Asa Mizz Nina Tetap Cuba Padam Semua Foto Video Tidak Menutup Aurat

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 520 hits
Tak putus asa Mizz Nina tetap Cuba Padam semua foto video Tidak Menutup Aurat Cukup bertuah dan beruntungnya apabila terpilih untuk menerima hidayah Allah begitu juga dengan penyanyi penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman Ji...
Video Pemergian Dicemburui Khatib Rebah Menghadap Ilahi Ketika Membaca Khutbah

Video Pemergian Dicemburui Khatib Rebah Menghadap Ilahi Ketika Membaca Khutbah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 337 hits
Dalam kita masih bergembira menyambut aidilfitri para jemaah Masjid Al Bukhary Alor Setar gempar seketika apabila tiba tiba imam Jumaat rebah pada minggu lepas Khatib pada ketika itu sen dang khusyuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kejadian...
Dijemput Ajal Ketika Tunggu Solat Asar Di Masjid

Dijemput Ajal Ketika Tunggu Solat Asar Di Masjid

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 312 hits
TUKANG urut tradisional meninggal dunia ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi Kota Bharu semalam Dalam kejadian 4 30 petang Razali Muhamad 50 berasal dari Kampung Berangan Tumpat ditemui tidak sedarkan diri ...
4 Hal Yang Harus Dipertimbangkan Ketika Mudik Bersama Balita

4 Hal Yang Harus Dipertimbangkan Ketika Mudik Bersama Balita

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 183 hits
Mudik bersama bayi dan balita bisa menjadi saat yang menyenangkan sekaligus melelahkan tutur dr Cut NurulHafifah Sp A selaku dokter spesialis anak RS Pondok Indah Pondok Indah
Terjatuh Ketika Potong Dahan Badan Tertusuk Besi Pagar

Terjatuh Ketika Potong Dahan Badan Tertusuk Besi Pagar

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 393 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 44 tahun tertusuk besi pagar di belakang badannya selepas terjatuh dari tangga ketika cuba memotong dahan pokok Dalam kejadian yang berlaku kira kira jam 10 pagi Khamis di sebuah bangunan pejabat di Nontha...
Begini Cara Atasi Dan Cegah Ketika Anak Mulai Tantrum

Begini Cara Atasi Dan Cegah Ketika Anak Mulai Tantrum

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 255 hits
Menangani kerewelan anak di tempat umum merupakan salah satu hal yang sering membuat orangtua geleng geleng kepala Perilaku rewel yang ditunjukkan anak atau biasa disebut sebagai tantrum ini merupakan sebuah hal yang sulit ditangani oleh or...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias