Jika saya Menteri Pelajaran setiap sesi bermula persekolahan, pihak sekolah wajib memohon jasa PDRM utk berkempen mengenai 'buli' sebagai strategi reverse psychology kpd pelajar2. Tapi rasanya ia tidak pernah berlaku kerana style kita hanya menghukum bukan mencegah.Isu utama di sini kenapa org kita dari remaja lagi sudah berminat dgn rasuah. Ini kerana didikan samada di rumah atau di sekolah. Pernah ibu bapa cerita bab bahaya makan duit rasuah? Yg ditekan jgn makan asam sebab ia tahi hidung Cina

Pernah guru2 di sekolah ceritakan betapa jijik makan duit rasuah atau pernah Ustaz di sekolah ceritakan mengenai hukum dari pandangan agama.??? Tidak pernah kan.Di Jepun anak2 dididik dari umur 7 tahun lagi utk melakukan tugasan mencuci bilik kelas, mencuci bilik air dan membersihkan meja makan di kantin. Malah adab melintas jalan pun ditekankan. Sebab itu mereka pembersih.Jadi rasuah atau korupsi ini hanya boleh dihapuskan jika ibu bapa, guru dan org2 beragama menekankan isu ini sebagai perbualan dan subjek yg diperlu diambil serius di rumah, sekolah dan masjid.Ibu bapa stop takutkan cerita hantu dgn anak2... bykkan cerita pasal jgn makan duit rasuah. Jgn asyik cerita pasal anjing dan babi sahaja...Begitulah guru2 dan Ustaz2.Bila cerita bab anjing babi sampai dah tua org Melayu takut benar dgn anjing. Pernah dahulu rombongan dua buah kereta (kenalan dari Semenanjung) ketika bercuti di Kundansang, saya jemput ke satu majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. Sampai di rumah pengantin mereka tidak mahu turun kereta.Saya bertanya kpd kenalan tersebut kenapa family tidak mahu turun kereta... katanya mereka tidak selesa bila melihat beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan kampung tersebut.Lalu saya sindir, di sini (Sabah) anjing lebih byk dari kucing. Lagipun ia bukan anjing peliharaan dan menu perkahwinan ini tak ada pun masak rendang anjing. Org Islam Sabah pun sembahyang bah. Persoalannya kenapa mereka begitu takut sekali? Ia kerana didikan anjing perlu ditakuti dari kecil lagi. Sdgkan jika mereka pergi perkampungan negara2 Arab pun akan terjumpa anjing2 berkeliaran. Moralnya segala galanya bermula dari didikan awal. Kena ada satu naratif dilakukan ditanam ke minda org Melayu bagaimana rasuah ini dibenci, ada perasaan malu dan takut dilakukan.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |