Kenapa Orang Jatuh Miskin Dari Pengalaman Sertai Program Kebajikan


Saya pernah ada pengalaman ikut serta dalam program kebajikan ziarah rumah ke rumah untuk menyantuni keluarga yang kurang berkemampuan. Atau dengan kata lain, keluarga orang miskin.
 
Program kebajikan seumpama ini, kalau nak mudah dijalankan, kita kena dapatkan kerjasama dari ketua atau penghulu kampung terlebih dahulu. Itu kalau program kita berbentuk ziarah rumah orang-orang kampung.
 
Kalau dibandar, maka kenalah berhubung dengan pengerusi atau ketua blok.

Lazimnya ketua kampung ini lebih kenal dan lebih tahu, siapa dalam kalangan penduduk kampung yang hidup susah dan layak untuk diberikan bantuan.
 
Bila kita dah kenalpasti, dengan siapa yang kita nak berurusan, seterusnya kita minta mereka cadangkan senarai nama yang dirasakan layak untuk menerima bantuan.
 
Kebiasaannya juga, dari senarai nama yang diberikan tu, penama adalah orang yang dapat bantuan dari zakat dan juga jabatan kebajikan masyarakat.
 
Ada yang dapat bantuan dari kedua-dua institusi, dapat salah satu, dan ada juga yang langsung tak dapat bantuan. Mereka yang tak dapat bantuan ini kadang-kadang disebabkan oleh masalah dokumen. Bila buat permohonan, mereka perlu berikan supporting document terlebih dahulu.
 
Ya la, kadang mereka segan nak turun naik pejabat zakat atau pusat kebajikan untuk minta bantuan. Jadi, mereka pilih untuk usaha sendiri daripada bergantung kepada bantuan. Bila terlibat dengan aktiviti seperti ini, baru saya tahu memang ada orang susah yang tak suka nak minta-minta bantuan.

 
Bagi mereka, selagi mereka boleh usaha, selagi itu mereka akan usaha sendiri. Biarlah orang yang lebih layak, lebih susah dari mereka yang minta dan dapatkan bantuan.
 
Semasa sesi ziarah dijalankan tu, kita akan ziarah bersama dengan ketua kampung atau wakilnya. Ya la, saya dan ahli kelab ni kan orang luar. Kalau terus ketuk rumah ke rumah jadi kurang manis. Bila ada muka orang yang dikenali, maka tuan rumah lebih terbuka untuk terima kehadiran kami.
 
Bila kita ikuti program seumpama ini, kita akan rasa insaf. Kita rasa yang diri kita ini susah, tapi rupanya diluar sana, dikawasan ceruk kampung, dipinggir bandar, dan disebalik bangunan apartment yang bertingkat-tingkat, ada ramai lagi yang lebih susah dari kita.
 
Beberapa hari sebelum program ziarah dilakukan, biasanya setiap keluarga akan diberitahu terlebih dahulu hajat kami untuk datang ziarah. Ini tugas wakil kampung tersebut. Pada tarikh sekian-sekian nanti, akan ada orang nak datang ziarah. Orang dari kelab kebajikan. Mungkin itulah yang biasa diberitahu.
 
Tujuan kita bagitahu hasrat kita nak datang ziarah adalah supaya pihak keluarga dapat bersedia menerima kehadiran kita. Jadi pada hari itu, dia boleh lapangkan jadual dan jangan keluar kemana-mana, misalnya keluar bekerja.
 
Dalam kalangan peserta program ziarah, ada juga yang kurang setuju untuk kita bagitahu terlebih dahulu hasrat nak datang. Katanya, lebih baik datang secara spontan, sebab waktu itu tuan rumah “lebih jujur”.
 
Masa itu, tuan rumah memang tak sempat nak kemas rumah, nak sorokkan apa-apa yang perlu disembunyikan, misalnya nak sembunyikan tv baru, piring astro, motosikal baru, kereta dan sebagainya. Ah… Tu cuma contoh je.
 
Niat kita cuma nak membantu. Kita nak meringankan beban dan pada masa sama kita cuma nak sampaikan hajat kawan-kawan yang dah sedekahkan duit untuk disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan. Bukannya nak menilai setakat mana tahap kejujuran seseorang itu.
 
Biasanya dalam sesi ziarah ini, kita akan beramah-mesra dengan tuan rumah. Biasalah, kita akan interview sikit, dan dalam sesi tersebut kita cuba kenal pasti, apa lagi bentuk bantuan yang kita boleh salurkan.
 
Niat asal, kita nak sampaikan sumbangan dalam bentuk bekalan makanan dan barang-barang dapur. Tapi ada sesetengah keluarga yang perlukan bantuan lain yang lebih mendesak.
 
Misalnya perlu ganti atap zink yang baru, perlukan pampers dewasa, bantuan katil untuk orang sakit, kerusi roda, susu untuk orang dewasa yang sakit dan sebagainya.
 
Bila kita tanya perkara-perkara ni, barulah kita dapat tahu apa lagi bantuan yang kita boleh hulurkan.
 
Kadang-kadang saya rasa pelik, kenapa hidup mereka ni boleh jadi begitu susah? Apa sebenarnya peristiwa yang berlaku dan dimana silapnya?
 
Jika betul ada kesilapan, kita nak tahu apa silapnya? Mudah-mudahan dapat dijadikan pengajaran. Barulah ziarah ini ada sesuatu pengajaran dan pelajaran yang dapat dibawa pulang.
 
Jadi tak adalah sekadar datang ziarah, sampaikan barang sumbangan lepas tu balik. Pernah juga dalam beberapa sesi ziarah, dalam kumpulan kami ada seorang yang alim dan mampu untuk beri tazkirah ringkas.
 
Kita yang hadir sama ni pun boleh tumpang mendengar, dan timbul keinsafan. Ada beberapa pesanan yang disampaikan dan salah satu yang saya masih ingat lagi, ialah
 
Yang miskin, jangan sampai putus asa dan putus harapan dengan rahmat Allah
Hari ini kita diuji dengan kemiskinan, tapi itu bukan alasan untuk putus asa dengan rahmat Allah. Sepatutnya lagi kita susah, lagi kita berusaha untuk dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kita banyakkan berdoa, disamping berusaha untuk cari rezeki.
 
Janganlah sampai kita jadi orang yang miskin didunia, dan miskin diakhirat. Percayalah, Allah mendengar setiap rintihan dan doa kita. Malahan, kedatangan kami hari ini membawa sedikit buah tangan, adalah hasil daripada doa tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
 
Manakala bagi yang diberikan rezeki yang lebih, yang diuji dengan kesenangan, jangan sampai lupa bahawa diluar sana ada ramai lagi yang hidup susah. Nasihat ini untuk kami juga, para peserta program.
 
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan pengalaman untuk bertemu pelbagai latar belakang orang yang susah. Ada banyak perkara yang dapat saya jadikan pengajaran, misalnya
 
Ada orang yang jadi miskin disebabkan penyakit dan kemalangan Betullah kata orang, malang tak berbau. Elok-elok sihat dengan tak disangka-sangka, kemalangan. Kalau dari kemalangan tersebut, terus meninggal dunia, selesailah masalah, tapi bagaimana kalau masih panjang umur tapi hilang keupayaan untuk bekerja?
 
Kalau sebelum ini pernah buat caruman insurans atau takaful, In Shaa Allah dapatlah ringankan beban. Tapi kalau tak ada? Insaf sekejap.
 
Kata-kata ejen insurans (dan ejen takaful) walaupun kita tak suka, ye la seolah-olah dia mengharapkan kita ditimpa nasib malang bila nak mempromosikan produk mereka, hakikatnya ada benarnya.
 
Perlindungan insurans ini adalah perlu jika berlaku musibah. Kalau tak mampu beli pakej yang mahal, ambil yang paling murah pun tak apa. Itu lebih baik berbanding langsung tak ada.
 
Nanti bila kedudukan kewangan dah mula stabil, mungkin ada kenaikkan gaji, ada pendapatan lebih dari bisnes, boleh upgrade kepada pelan perlindungan yang lebih komprehensif atau yang lebih baik.
 
Ada yang hidup susah kerana anak ramai Bahagian ini mungkin akan ada yang tak berapa setuju. Maklumlah, ada ramai juga yang berpegang kepada pendapat “anak-anak itu rezeki dan setiap anak itu ada rezekinya masing-masing”.
 
Saya bukanlah nak menentang pendapat tersebut atau nak kata pendapat tersebut salah. Benda berlaku depan mata, jadi saya kongsilah apa yang saya nampak.
 
Ada keluarga yang kami ziarah, memang anak ramai. Semuanya masih kecik-kecik. Jumlah sebenar saya dah tak berapa ingat, tapi kalau tak silap mungkin ada dalam 6 orang.
 
Si ayah kerja kampung manakala ibu suri rumah sepenuh masa. Anak ada 6 orang dan dalam kandungan yang on the way nak keluar ada lagi seorang.
 
Saya pun tak faham, macam mana agaknya dia nak manage keluarga? Dia tak pernah dengar ke istilah family planning?
 
Katanya anak ramai tu rezeki.
 
Tapi anak-anak tak cukup makan.
Kadang-kadang sehari cuma makan sekali sahaja. Jiran-jiran yang faham, ada yang masak lebih untuk diberikan sedikit kepada keluarga. Kadang-kadang jiran sendiri rasa tak sampai hati tengok budak-budak ni menahan lapar. Cuma kalau nak sedekahkan makanan setiap hari, jiran-jiran juga ada keluarga yang perlu dijaga.
 
Keperluan dan kelengkapan sekolah tak dapat disediakan dengan sempurna sebab tak mampu.
Selain ziarah, kami juga ada buat program untuk bawa anak-anak yang terpilih untuk shopping keperluan sekolah. Harapan kami, anak-anak yang terpilih ini nanti dapat rasa semangat dan seronok nak ke sekolah sebab ada baju baru dan kelengkapan sekolah yang lainnya.
 
Ini juga buat saya fikir. Kalau situasi yang sama berlaku pada saya. Ada anak yang ramai, macam mana saya nak pastikan yang setiap anak dapat pendidikan yang terbaik?
 
Ada keluarga yang anak-anaknya terpaksa kongsi baju uniform sekolah. Pada waktu pagi kakak yang akan pakai, manakala sebelah petang giliran adik pula yang pakai.
 
Kalau baju kotor, salah seorang terpaksa ponteng sekolah sebab baju uniform yang perlu dicuci masih belum kering.
 
Ada ke masa untuk beri perhatian dan didikan kepada anak-anak
Kita tinggalkan dulu soal persekolahan. Bagaimana pula dengan aspek didikan dari ibu dan ayah. Mampu ke nak mendidik setiap anak supaya jadi anak yang baik, sentiasa bersyukur, hormat kepada orang lain, berdisiplin dan sebagainya.
 
Maklumlah budak-budak ni bila kurang diberi perhatian, dia akan mula cari perhatian ditempat yang tak sepatutnya. Ah… saya bukan nak mempersoalkan kemampuan para ibu-bapa anak ramai yang saya jumpa, cuma apa yang saya lihat membuat saya insaf dan refleksi diri.
 
Kalau mampu serba-serbi, go on. Buatlah anak banyak-banyak. Ataupun kalau dah tahu tak mampu dari sudut kewangan, tetap nak buat anak banyak-banyak, pun silakan. Saya harap anak-anak tu nanti dapat membesar dengan makanan yang cukup, pendidikan yang baik, dan tiada yang perlu berkorban sebab mak ayah gagal merancang kewangan.
 
Ada yang hidup susah kerana tak berpelajaran Bukan sebab zaman dia masih kecik dulu sekolah belum dibina, tapi waktu tu, dia sendiri yang nakal.
 
Waktu sekolah, dia ponteng. Baru tingkatan 4 dah berhenti sekolah, atas alasan nak cari duit bantu keluarga, ataupun sebab tak boleh bawa subjek yang dia ambil.
 
Macam mana nak faham topik yang dipelajari, kalau dalam seminggu cuma 2 atau 3 kali datang sekolah. Bila tak faham, salahkan cikgu. Semua salah cikgu. Cikgu pilih kasih, cikgu suara perlahan sangat, cikgu ajar macam nak tak nak.
 
Ya… Mana boleh nak mengaku kesalahan diri sendiri. Selagi boleh salahkan orang lain, salahkan orang tu dulu.
 
Ada yang hidup susah kerana tak bekerja Saya boleh faham, kalau tak bekerja kerana hilang kemampuan untuk bekerja, misalnya sebab kemalangan, penyakit dan sebagainya.
 
Tapi tahukah anda, ada juga manusia jenis yang tak bekerja sebab… Tak nak kerja.
 
Kalau dapat tawaran kerja sekalipun, dia cuma akan kerja paling lama satu minggu je, lepas tu dia akan berhenti.

Biasalah, pasti akan ada sebab (atau mungkin sebenarnya cuma alasan) diberikan kenapa berhenti kerja.
i. Tempat kerja jauh
ii. Tak tahan panas
iii. Penat
iv. Sakit badan
v. Malam tak boleh tidur, bila pagi susah nak bangun
 
Nak minta kerja di pejabat dalam suasana berhawa dingin, tak layak pula.
 
Bila tak kerja, apa yang dia buat? Tak ada buat apa-apa. Cuma duduk dirumah, dengan alasan boleh jaga dan boleh tengok-tengokkan keluarga.
 
Kalau ada makanan, dia makan. Waktu petang-petang nanti, jalan-jalan ronda kampung dan lepak dengan kawan-kawan sampai hampir subuh. Lepas tu bila balik rumah tidur sepanjang hari.
 
Bila dah bangun ulang balik aktiviti yang sama macam semalam. Sesetengah orang dia memang rasa bahagia hidup dengan rutin macam tu.
 
Lama kelamaan bila dah terbiasa, sikap macam ni terbawa-bawa sampai ke usia tua. Orang yang macam ni, macam mana kita nak bantu dia?
 
Ada yang miskin sebab sikap sendiri Kategori yang macam ini memang ada. Tapi orang yang ada masalah sikap ini, mana nak mengaku setiap yang terjadi adalah disebabkan oleh salah sendiri.
 
Hidup dia dah terbiasa dengan bantuan. Dapat bantuan zakat, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Segala jenis bantuan, dia antara yang paling awal kedepan.
 
Hilang dah rasa malu dalam diri dia agaknya. Saya masih ingat lagi, satu hari tu masa kami buat program agihan barangan dapur, dengan tiba-tiba muncul seorang individu marah-marah dan cuba buat kecoh.
 
Dekat tangan individu tersebut ada kad pengenalan. Antara ayat dia yang saya ingat
“Kenapa saya tak dipilih untuk jadi penerima? Awak ambik IC saya ni awak check sekarang, saya ini orang yang layak terima sumbangan! Ambik IC saya ni, check lekas.”
 
Macam yang saya katakan, biasanya nama penerima sumbangan ini dicadangkan oleh ketua kampung atau wakil penduduk di sesuatu kawasan.
 
Mereka ini pula akan cadangkan nama mengikut kriteria yang kita mahukan, misalnya
i. Orang susah yang anak ramai
ii. Orang yang susah sebab ada penyakit atau jaga famili sakit
iii. Orang yang susah sebab pendapatan yang rendah tapi tanggungan yang ramai
 
Kalau nama seseorang tu memang tak ada dalam senarai penerima yang kami ada, maka tak layaklah. Kalau sebelum ini memang biasa dapat bantuan, bersyukurlah. Bukannya memaksa-maksa orang lain yang buat program, untuk sekali lagi bagi bantuan kepada dia.
 
Saya pun terkejut juga bila jumpa secara berdepan orang macam ni. Dia rasa selesa agaknya hidup atas bantuan orang lain. Bila tengok orang lain dapat bantuan tapi dia tak terpilih, mula rasa tak senang duduk.
 
Terus rasa gelisah dan mungkin dia fikir ada mana-mana pihak yang terlepas pandang, sampaikan nama dia tak terpilih.
 
Bagaimana cara untuk keluar dari belenggu kemiskinan? Apabila saya ikuti program kebajikan seperti ini, saya mula sedar bahawa apa yang kami lakukan hanya sekadar mampu untuk meringankan sedikit beban dan membawa kegembiraan kepada keluarga penerima.
 
Namun semua itu hanya sementara.
 
Apabila bantuan telah habis, mereka akan kembali kepada keadaan yang asal.
 
Jika ada rezeki lebih, mungkin kami akan datang sekali lagi berkunjung dan menyampaikan sumbangan, ataupun mungkin kerja-kerja ini disambung pula oleh NGO atau kelab yang lain.
 
Kita juga sedar, dengan hanya beri bantuan bekalan makanan, ia tak akan mampu untuk mengeluarkan keluarga tersebut dari kemiskinan. Setakat memastikan rumah ada benda untuk dimakan dalam masa sebulan dua tu bolehlah.
 
Malahan, kita juga risau kalau-kalau apa yang kita buat ini mungkin mendatangkan side effect seperti melahirkan corak pemikiran yang salah, contohnya “biarlah aku hidup susah, sebab bila hidup susah ini mesti akan ada ramai NGO akan datang bantu beri bantuan. Nanti bila dah senang, aku dah tak layak terima bantuan.”
 
Saya amat menghormati NGO yang mampu untuk beri bantuan bukan sekadar wang ringgit dan barangan bekalan makanan, tapi mampu untuk wujudkan juga peluang pekerjaan.
 
Kemudian untuk anak-anak yang masih bersekolah, disediakan juga bantuan kelas tambahan percuma. Keluarga mereka mungkin tak mampu untuk sediakan yuran untuk hantar anak-anak ke kelas tusyen.
 
Untuk mengubah nasib keluarga, dan mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan adalah dengan memberi ilmu dan juga pendidikan. Siapa tahu, dari kalangan keluarga yang menerima bantuan ini, ada antara anak-anak mereka yang berjaya jadi seorang doktor, jurutera, lawyer dan lain-lain kerja dalam bidang profesional, kan?
 
Selain beri ilmu, ada jalan lain ke untuk bantu mereka? Maksud saya, ada jalan lain ke untuk kita bantu seseorang itu untuk keluar dari kemiskinan?

Ilmu itu pula tak semestinya merujuk kepada ilmu-ilmu yang kita pelajari di sekolah, kolej mahupun universiti. Ia boleh juga ilmu yang kita pelajari dijalanan, hasil personal coaching dan sebagainya.
 
Untuk anak-anak yang masih kecil, belum terlewat untuk kita pupuk minat dan galakkan dia untuk menimba dan mencintai ilmu.

Cabaran yang besar bila berhadapan dengan mereka yang telah dewasa dan yang ada pemikiran sendiri.
 
Kalau jenis berfikiran terbuka dan matang, itu tak ada masalah. Mereka sedia untuk mendengar dan menerima nasihat. Tapi kebanyakkannya tak begitu. Sebab itu mereka berada dalam keadaan mereka berada sekarang.
 
Pemikiran sempit dan tak matang. Bila kita cadangkan sesuatu, asyik dengan kalimah … ah susahlah… tak pandailah… tengoklah dulu… Kalau begitu, macam mana nak berubah?
 
Sepatutnya pada usia muda dulu, umur belasan tahun dulu, patut di suapkan dengan ilmu pelajaran. Tapi sayang, dia pilih untuk lari dari sekolah dan lepak dengan kawan-kawan.
 
Maka tak hairanlah, kalau kita jumpa sosok tubuh seorang yang berusia 40an, tapi tahap pemikiran seperti umur belasan tahun.
 
Penulisan disini bukanlah untuk menghina sesiapa. Malahan saya juga tak sebut mana-mana batang tubuh secara spesifik.
 
Mesej yang saya cuba sampaikan adalah ilmu itu penting. Mungkin kita dah terlepas peluang untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya. Namun jangan biarkan ahli keluarga dan orang terdekat dengan kita lakukan kesilapan yang sama.
 
Kalau dulu kita malas belajar, janganlah dibiarkan anak-anak kita juga malas belajar. Kalau macam tu, ia hanya akan membiarkan kitaran hidup itu terus berputar disekitar jalan kemiskinan yang sama.
 
Semoga apa yang saya lalui dan kongsikan disini, dapatlah dijadikan pengajaran dan iktibar.
 
 
The post Kenapa orang jatuh miskin – Dari pengalaman sertai Program Kebajikan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kenapa-orang-jadi-miskin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
40 Startup Terpilih Sertai Gap 2020 Program Berlangsung Secara Maya

40 Startup Terpilih Sertai Gap 2020 Program Berlangsung Secara Maya

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 297 hits
Malaysian Global Innovation Creativity Centre secara rasminya telah melancarkan program Global Accelerator Programme untuk kumpulan ke empat hari ini Program ini diadakan bertujuan membantu meningkatkan kebolehupayaan para syarikat startup ...
Bekas Ketua Mafia Antarabangsa Kini Sertai Ppim Video

Bekas Ketua Mafia Antarabangsa Kini Sertai Ppim Video

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 543 hits
Vince Focarelli sebelum ini menarik perhatian media sebagai bekas ketua gangster yang memeluk Islam Menggunakan nama Imran Salaam dia berhijrah ke Malaysia pada awal 2017 untuk mengelak risiko diusir ke negara asalnya Itali oleh kerajaan Au...
Genius Matematik Serah Borang Kepada Zahid Untuk Sertai Umno

Genius Matematik Serah Borang Kepada Zahid Untuk Sertai Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 496 hits
SLIM Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi ketika berceramah di Slim dalam kempen pilihanraya kecil di kawasan itu turut menerima borang penyertaan UMNO dari genius matematik Adi Putra Abdul Ghani Adi Putra yang lahir 27 Ja...
Kos Besar Sangat Klopp Tak Nampak Kemungkinan Messi Sertai Liverpool

Kos Besar Sangat Klopp Tak Nampak Kemungkinan Messi Sertai Liverpool

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 230 hits
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyatakan beliau sebenarnya berminat untuk membawa masuk kapten Barcelona Lionel Messi ke kelabnya tetapi melihat kemungkinan tersebut agak tipis kerana melibatkan kos yang besar Messi mengejutkan dunia bola...
Dua Kali Gagal Ujian Sertai Tentera Bapa Hiba Tengok Anak Datang Pakai Uniform Tentera

Dua Kali Gagal Ujian Sertai Tentera Bapa Hiba Tengok Anak Datang Pakai Uniform Tentera

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 335 hits
Tidak dinafikan kegagalan ibarat seperti asas kejayaan dimana peluang bagi kita melangkah semula untuk mengecapi apa yang diimpikan Itu dilakukan oleh pemuda ini yang ingin menyertai pasukan Tentera Nasional Indonesia Sekali mencuba dia gag...
75 Ketua Cawangan Warisan Kunak Sertai Bersatu

75 Ketua Cawangan Warisan Kunak Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 349 hits
Seramai 75 ketua cawangan Parti Warisan Sabah di kawasan Dewan Undangan Negeri Kunak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bekas ketua cawangan Kampung Sungai Langgas 2 Hussein Ibnu Hassan yang mengetuai kumpula...
Mic Tarik Diri Daripada Sertai Pn

Mic Tarik Diri Daripada Sertai Pn

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 661 hits
MIC menarik diri daripada menyertai Perikatan Nasional selepas Umno juga membuat keputusan tidak menyertai gabungan itu Dalam satu surat yang dilihat Malaysiakini MIC telah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia unt...
Mkt Umno Tentukan Keputusan Parti Sertai Mn Kerajaan Pn Mahdzir

Mkt Umno Tentukan Keputusan Parti Sertai Mn Kerajaan Pn Mahdzir

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 288 hits
9 Keputusan UMNO menyertai Muafakat Nasional dan Ahli Parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional ditentukan Majlis Kerja Tertinggi parti itu sendiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa juga pandangan yang dikelua...
Dr Mahathir Ramal Bersatu Akan Di Bubarkan Ahli Sertai Umno Semula Menjelang Pru 15

Dr Mahathir Ramal Bersatu Akan Di Bubarkan Ahli Sertai Umno Semula Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan dibubarkan dan terpaksa menyertai UMNO apabila kehilangan sokongan daripada UMNO dan Pas pada PRU 15 nanti Katanya kehadiran parti Pej...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj